My Life In 2016


Hye Assalamualaikum!

I'm back! Ya Allah aku minta maaf banyak-banyak sebab dah lama sangat tak update apa-apa dalam blog ni. There's a lot of reasons why I really don't care about my blog for this year. 

So macam mana ea nak start? Okay, actually aku stay dekat Kedah right now and memandangkan my mom pindah ke KL untuk tahun ni, so I need to stay with my brother and his wife at Kedah because I am studying in Kedah right now. And the good news is I don't stay in hostel anymore! Oh, ia adalah satu penghargaan yang sangat besar yang patut aku celebrate. No guys I'm just kidding! 

Walaupun aku berulang dari rumah ke sekolah everyday, but I'm still don't have any opportunity to update anything in my blog. There's because the first is, MALAS. Kalau aku nak update pun aku terfikir what should I update? I don't have any interesting stories to share to everybody. So, what should I write? And the second reason is, I don't have wifi at my home. That's the huge excuse actually why I'm not update anything. 

So hari ni aku terpanggil nak share beberapa event penting yang aku lalui sepanjang tahun 2016. Tak banyak pun but dah cukup untuk melengkapkan kenangan aku bagi tahun ni. 

Oh, I am really awkward right now. Biasalah dah lama tak menaip panjang-panjang macam ni. Selalunya kalau taip panjang-panjang macam ni akan jadi singkat jugak sebab seriously dah tak ada bakat menulis dan menaip macam dulu hahaha okay never mind. 

Okay so let's start!

KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR (KESUMMAS)

Setiap tahun, sekolah akan mengadakan sukan tahunan. And aku salah seorang atlet yang masih belum menyerlah lagi ni, cubakan diri untuk join apa-apa sukan yang aku gemari. Dan sukan yang aku pilih ialah, ping-pong.

Why ping-pong? Sebab pertama, dekat sekolah aku tak ramai yang join ping-pong sebab bagi kitaorang ping-pong ialah satu game yang agak payah. Kita perlukan table ping-pong sendiri untuk bermain. Dia tak macam badminton yang boleh main sesuka hati dekat mana-mana ja. Dia juga tak macam bola jaring ataupun bola sepak yang memang popular dan sediakan kemudahan tempat untuk bermain. Ping-pong ada meja. Kalau lah kerajaan bagi kemudahan meja ping-pong hari ini, confirm esok meja tu hilang sebab kena curi. Berkemungkinan ada dekat rumah aku eh. 

Sebab kedua ialah aku memang mencari sukan yang buat muka aku tak sunburn. Aku benci gila muka hitam-hitam rentung ni. Hitam asli tak mengapa. Tapi hitam sunburn lain macam sikit warna dia. Tambah pulak aku gadis jelita berhijab pulak. Memang ada line lah dekat bahagian muka macam bumi yang sebelah malam sebelah siang. Akibat faktor berhijab, bahagian muka yang terdedah jadi gelap dan yang tertutup putih. Tapi aku tak sampai hilang kewarasan lagi untuk cabut tudung kan. Tak fasal-fasal rentung semua. Tak dekat dunia, kat akhirat Alhamdulillah. So aku pilih untuk mencari sukan yang memang tak buat muka aku jadi sunburn. Dan ternyata ping-pong main dalam dewan bukan padang sekolah.

Alhamdulillah, aku dapat untuk mewakili rumah sukan dalam acara ping-pong. Yang tak boleh tahannya, ping-pong beregu dengan individu sekali aku dapat. Hebat sangat ke aku ni hoho . Dan yang paling membanggakan dan menyeronokkan, aku dapat mewakili sekolah dalam acara ping-pong. Kan aku cakap senang je nak dapat. 

Aku bersyukur sangat-sangat sebab dalam KESUMMAS ini aku dapat dua pingat sekali untuk acara yang sama. Aku tak masuk acara lain dah selain ping-pong. Dan untuk individu aku dapat johan manakala beregu aku dapat naib johan. Tahniah untuk aku!



KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNE) PERINGKAT NEGERI KEDAH

Konvensyen PROTUNE ni ialah salah satu pertandingan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri. Sekolah aku terlibat dalam pertandingan ini dan diorang hantar 10 orang wakil untuk menyertai pertandingan Konvensyen PROTUNE ini. Aku adalah salah seorang daripada peserta konvensyen tersebut. 

Untuk konvensyen ini, diorang bahagikan kepada dua pertandingan. Satu, pertandingan catur bestari dan dua, pertandingan pembentangan laporan syarikat. So terang lagi bersuluh aku join pertandingan yang kedua. 

Bagi yang tak faham apa sebenarnya konvensyen ini, untuk pertandingan yang kedua ni, aku dengan 5 orang lagi kawan diminta untuk buka satu syarikat bawah Kelab Usahawan Muda sekolah. Dalam syarikat ini, kami diminta untuk membuat satu produk kreatif and satu perkhidmatan. Lepas tu, kitaorang diminta untuk menjalankan perniagaan ini sepanjang tahun di sekolah dan berakhir pada bulan November if I'm not mistaken. Lepas je tamat semua perniagaan kitaorang untuk tahun tu, kitaorang diminta buat satu laporan tahunan syarikat. Dalam laporan tahunan syarikat itu, kita kena terangkan detail lah apa yang syarikat kita buat sepanjang tahun dan untung rugi sebuah syarikat tu.

Dalam sebuah syarikat mesti ada organisasi dia, Aku dah terang dalam post sebelum ni fasal organisasi untuk syarikat kami. Dan jawatan yang aku pegang ialah Pengurus Pemasaran. Oh ye! Sebelum aku lupa nak bagitahu, nama syarikat kami ialah D'MAS Sdn. Bhd.. Nama ni sempena daripada nama sekolah kami sendiri iaitu Maktab Mahmud Alor Setar atau lebih dikenali sebagai MMAS. So kitaorang bercadang untuk letak D'MAS ( Double MAS ). Sounds great, right? Okay tak.

Beralih pula kepada pertandingan pertama. Untuk pertandingan catur bestari ni, satu kumpulan empat orang wakil. Aku tak berapa faham actually fasal pertandingan catur bestari ni because it's quite difficult. Atau lebih tepat sekali, aku yang tak ada hati nak tahu fasal game ni. Ya! Catur bestari ini sejenis game. Dia bukanlah catur/chess. Jauh sangat beza mereka. Tapi dia sejenis game yang ala-ala Saidina or Jutaria. Dan dia main saham dalam game ini. Yang tu je aku faham and aku boleh terang.

Untuk Pertandingan Konvesyen PROTUNE Peringkat Negeri Kedah yang dianjurkan oleh PKNK ini, alhamdulillah kumpulan kitaorang dapat menjuarai pertandingan yang kedua dan mendapat naib johan dalam pertandingan yang pertama. Kitaorang happy sangat-sangat sebab ini pertandingan PROTUNE yang kali pertama kitaorang participate. Kitaorang bersyukur sangat-sangat sebab lepas menang ni, kitaorang dapat MENYERTAI KE PERINGKAT KEBANGSAAN PULA! Ouh, I'm really excited because this is my first time dapat join sampai ke peringkat kebangsaan. And one more thing I like this competition because we got a really high amount of money okay siapa je tak suka duit kan?



KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNE) PERINGKAT KEBANGSAAN

Untuk peringkat seterusnya, kitaorang daripada pertandingan persembahan je yang layak untuk menyertainya. Sedih jugaklah sebab pertandingan catur bestari tak dapat sebab diorang dapat nombor dua. Tapi sedih 2 minit je. Lepastu tak dah sebab yang taleh sertai tu bukan aku kan hoho .

Untuk pertandingan konvensyen peringkat kebangsaan tahun ini, diorang adakan di Perak. Aku tak excited sangat sebab Perak aku lalu selalu kalau nak ke KL. Aku harapkan Sarawak atau Sabah sebab dua negeri tu terpisah jauh sangat dari kitaorang yang dekat semenanjung ni. Susah tau nak usya lelaki handsome dekat sana hahaha I'm just kidding. 

Peserta yang datang kali ni semua hebat-hebat belaka. Memang tak boleh sangkal. Produk diorang semua gempak-gempak. Kencing harimau lah, I-Planner lah and banyak lagi! Aku seriously berbangga gila dengan anak-anak muda Malaysia yang mampu untuk berfikiran jauh dan sangat bijak dalam urusan perniagaan. Kita perlukan orang-orang macam ini untuk memajukan ekonomi Malaysia dan menjadikan Malaysia dikenali di mata dunia. Bolehlah undi saya sebagai PM baru.

Tapi untuk pertandingan ini, biasalah. Dah cakap awal-awal tadi ramai yang hebat. Mestilah kitaorang kalahkan. Kalau menang dah cakap dah kami yang paling hebat, bergaya, jutawan, glamour, bijak dekat situ. Tapi dah kalah ni memang kami cakap honestly RAMAI SANGAT-SANGAT HEBAT and kami yang turut hebat ni pun orang tak tengok sebab orang tak nampak, kami pendek. Ye kami pendek bukan tak hebat.


PERTANDINGAN PING-PONG PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR (MSSD)

Okay, untuk pertandingan ping-pong ini, aku tak join pun sebab pertandingan ini bertindih dengan pertandingan konvensyen protune peringkat negeri. Tapi game kali ini game berkumpulan. So macam mana kumpulan aku menang sekalipun, aku still akan dapat sijil.

Untuk hari penyampaian sijil dan pingat tu aku datang lah. Sebab waktu tu, waktu cuti. Dan aku berpeluang lah jugak tengok atlet menengah atas berlawan kan. Memang hebat sangat-sangat! Dan majoriti yang join pertandingan ping-pong dan yang nampak hebat ini ialah cina. 

Alhamdulillah, kumpulan aku berjaya jugak untuk dapat naib johan walaupun tak ada aku haha. Macamlah kalau ada aku boleh dapat johan ceh. Tahniah buat Nasyitah, Cuna dan Wafa' sebab dapat membanggakan sekolah. And thank you sebab bagi dapat nombor jugak, so aku bolehlah dapat nama sekali kehkeh.


PERTANDINGAN PING-PONG PERINGKAT MAKTAB MAHMUD (KESUMMAM)

Pertandingan seterusnya peringkat negeri pulak. Kiranya aku wakil sekolah Maktab Mahmud Alor Setar nak berentap dengan Maktab Mahmud cawangan yang lain lah. Entah macam mana aku boleh dapat single. Bukannya hebat mana pun aku. Orang cakap aku dapat single sebab aku tak datang masa pemilihan haritu. So, kira macam balas dendam lah jugak ni kan huhu.

Untuk peringkat negeri ni, aku tak berharap sangat dapat sambung sampai peringkat kebangsaan. Yelah, aku pun masih lagi barukan? Main pun terkial-kial lagi. Aku cuma harap aku dapat kalahkan beberapa orang pun dah cukup. 

Untuk first game, aku menang. Game yang kedua atau ketiga aku tak ingat, aku kalah hahahaha. Yang tak boleh blah nye aku dah cakap tadi aku tak kisah menang ke kalah sebab ni first time aku wakil sekolah, last-last aku nangis jugak masa kalah tu. Entahlah kenapa aku nangis. Mungkin sebab aku nervous sangat kut. Pastu aku tak boleh nak focus time lawan tu sebab mata kami dekat-dekat je. 




PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH 2016 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Amboi nama kemain panjang. Untuk pertandingan kali ini, lebih kurang macam konvensyen bawah protune jugak, tapi yang ini bawah koperasi. Jadi aku dengan 4 orang lagi terlibat dalam pertandingan ini. Untuk pertandingan ini, peserta dia berbeza dengan peserta konvensyen yang lepas. Orang lain pulak. Cuma aku je orang yang sama.

Aku seperti biasa, dengan tugas aku. Jadi eksekutif pemasaran lagi. Aku tak kisah pun dapat jawatan tu sebab aku memang minat dalam bidang pemasaran ni kan. So aku bersyukur je bila dapat apa-apa jawatan pun huhu.

Produk kami untuk pertandingan ini ialah roll pencil case. Diperbuat daripada gegelung tisu, kami modified kan dia menjadi sebuah kotak pensel. Ha teruja tak? Sebenarnya proses pembuatan dia tu sangat lah renyah (susah). Tapi nak buat macam mana lagikan? Benda diy apa lagi kami dah tak tahu nak buat apa. Tahun 2017 ni berkemungkinan ada lagi. So sapa-sapa yang ada idea untuk produk kreatif, bolehlah komen dekat bawah okay? 

Untuk pertandingan ni, dijalankan di Langkawi. Happy gila aku. Walaupun aku anak jati kedah, tapi bukan bermakna aku selalu pergi langkawi kan? Jarak Langkawi dengan Alor Setar itu bukan dekat seperti ruang tamu ke dapur. So setakat ni aku pernah melawat Langkawi 2 kali je. That's why aku happy gila bila dapat pergi lawan dekat Langkawi. Tambah pulak kami menginap dekat De'Baron Resort. Wah lagi lah happy!

Walau macam mana usaha kita sekali pun, kalau Allah tak bagi kita menang, tak menang jugak kan? Tapi kami tak kisah. Mungkin Allah nak suruh kami fokus dekat peperiksan PT3 dengan SMAMM yang mana memang dah dekat sangat dah dengan tarikh perlawanan ke peringkat kebangsaan tu. Kami happy sebab at least kitaorang dapat pengalaman. Yelah, orang kata pengalaman tu penting. Mematangkan kita.


PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 2016

Okay sila baca dengan betul ye. PERCUBAAN dulu. Time percubaan ni, aku rasa aku bodoh lagi. Seriously, aku tak ada semangat langsung nak percubaan. Masih lagi main-main. And bila nak study, satu haprak pun aku tak faham. Contoh terdekat, math. Aku jadi buntu gila sebab tak faham. 

Lepas jawab soalan percubaan math tu, barulah tahu nak menyesal sebab tak study and fokus awal-awal dulu. Nak buat macam mana kan? Benda dah jadi. So telan jelah kepahitan tu. Jadikan penyesalan ni sebagai pengajaran dan langkah untuk kita terus berhati-hati pada masa akan datang. 

Jadi bila dah tak buat sungguh-sungguh, kena rasalah hasil tak sungguh-sungguh tu kan? Setiap hasil yang kita dapat, datang daripada usaha kita. Jadi aku sangat bangga dengan keputusan main-main aku. Bangga dengan diri sebab dapat tonjolkan kebodohan diri sendiri. Bangga dengan diri sendiri sebab dapat malukan diri sendiri huhu apa sedih sangat ni woi!


PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

Okay, yang ni yang mendebarkan. Sebelum aku lalui peperiksaan pt3 ni, aku dah buat preparation dengan belajar math dekat maklang aku. Kebetulan dia guru math. So apa yang aku tak faham, aku belajar masa cuti dengan dia. So apa yang aku tak jelas masa study dulu, dah mula jelas sikit-sikit.

Lepas daripada belajar masa cuti tu, aku mula sedar yang dulu aku bengap sangat tak faham walaupun soalan tu sebenarnya mudah je. Lepas study tu aku rasa otak aku mula berjalan dengan lancar balik. Buka je sekolah lepas daripada cuti tu, aku perasan yang aku dah laju sikit bahagian math. Bila cikgu tanya, aku boleh jawab. Bila cikgu bagi soalan, jawapan yang aku bagi betul. Bila kawan tanya, aku boleh tolong ajarkan. Ah masa tu aku happy sangat sebab aku yakin kalau soalan pt3 ni lagi senang dari percubaan, insya Allah aku boleh jawab dengan tenang dan tepat.

Tapi apakan daya. Masa exam math pt3, soalan dia buatkan aku pening. Terlalu berbelit sampai aku sakit kepala tengok soalan-soalan math tu. Aku jadi rimas sebab kertas dia tebal sangat. Aku jadi pening dengan setiap soalan yang diberi. 

Lepas tamat je peperiksan tu, aku tengok ramai kawan-kawan aku nangis sebab nampak macam tak ada harapan nak dapat A dalam math. Aku cuma mampu memujuk je sebab aku tak mampu nak nangis haha. Balik daripada jawab soalan math tu, bad mood gak ah. Hari tu je aku bad mood. Hari lain aku happy je masa balik. 

Tapi alhamdulillah, walaupun tak dapat A dalam Math, aku still bersyukur at least aku tak failed huhu. Nak tengok ke aku dapat berapa A dalam PT3 kali ni? Bukan semua A tapi aku bersyukurlah sebab aku pun tak sangka dapat sampai macam ni sekali bila belek balik usaha aku kan? 


Actually banyak lagi aku nak kongsikan dengan korang. But I think I should make another post with specific title sebab takut post ni jadi panjang berjela pulak kan. 

Sampai sini dululah entry aku untuk kali ni. Aku harap korang enjoy masa membaca nya. Tak nak lah stress baca penulisan aku yang dah makin teruk sangat dah ni. Sampai tak ada ilham langsung dah nak tulis apa ni huhu.

Apapun aku harap korang boleh doakan supaya aku berjaya and dapat menggapai cita-cita. Aku bersyukur sangat akhirnya entry ni dapat di publish kan. Yelah selama ni duduk terperap dalam draft. Risau aku lama-lama jadi busuk dan tak laku. 

Jangan lupa follow aku and kalau boleh desak lah aku selalu untuk update blog ye. Bye!



XOXO