Konvensyen Tunas Niaga 2015

Assalamualaikum

Hello everybody! I am so sorry because I don't post anything in my blog since August 2015. Wow it's so longgggggg time! 

So harini aku akan bagitahu korang apa yang aku buat sampai sibuk sangat nak publish cerita dalam blog ni.

So let's start with September in the last year I guess.


KEM PERSEMBAHAN ICT 

Time ni aku terpilih untuk menyertai satu Kem Persembahan ICT di Hotel SP Inn . Time ni sumpah malas gila gila gila gila gila nak pergi cause aku ada plan time cuti 2 hari sempena cuti minggu tu. Maklumlah time tu cuti balik kampung buat hostelians . Tapi aku dipaksa menyertai satu kem yang belum tentu aku berminat,

Mana nak minatnya kalau tiba-tiba dipaksa oleh kakak tingkatan 5 untuk join this camp. Kenapa mesti aku yang terpilih? Sebab aku ialah ahli jawatankuasa Kelab Usahawan Muda yang satu-satunya tak ada terlibat dengan peperiksaan besar seperti PT3, SMAMM dan SPM. So that's why I am the chosen one hoho. 

Satu sekolah wakil 2 orang. Kalau ikutkan hati memang nak sangat suruh orang lain ganti. Tapi bila fikir balik, tanggungjawab aku juga selaku ahli jawatankuasa Kelab Usahawan Muda untuk join kem ni. Yelah selain menyibukkan diri dalam jualan harian, bulanan dan tahunan, ada juga perkara lain bawah tanggungjawab aku seperti menggantikan tempat kakak-kakak tingkatan 3, 4 dan 5 dalam kem seperti ini.

Dalam kem ini, kitaorang diharuskan bawa komputer riba sendiri. Memandangkan aku hostelian, jadi aku tiada komputer riba yang bakal dibawa. Jadi bagi memudahkan aku, aku ajak homelian ( macam alien lah pulak ) untuk menjadi wakil ke kem tersebut. Dan aku ajak kawan aku, Aisyah Khalil untuk join sekali kem tersebut. Dan dia tanpa membuang masa bersetuju dengan cadangan aku untuk pergi ke kem tersebut.

Kami akan bertolak ke Hotel SP Inn pada hari Khamis tepat jam 2 petang dengan menaiki bas dibawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Dalam perjalanan ke bangunan PKNK tersebut, Ustaz Bushrol Hadi, guru pengelola Kelab Usahawan Muda Sekolah ada ceritakan kepada kami kelebihan join kem bawah PKNK. Antaranya tidur, makan, rehat, belajar di hotel yang selesa. Dapat elaun sehari RM10. Makanan disediakan. Dan macam-macam lagi!

Dengar je memang semangat nak mampos lah pergi sana. Ustaz pesan ustaz nak salah seorang dari kami jadi penghuluwati di sana. Bukan nak gila kuasa tapi benda tersebut memang berguna dalam markah kokurikulum dan banyak benefits yang boleh dapat kalau jadi penghulu ataupun penghuluwati.

Sampai je PKNK kami terus bertolak ke SP Inn. Disana Aisyah Khalil dilantik menjadi penghuluwati dan penghulu nya datang dari SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang , Zakwan.

Disana kami diajarkan cara-cara membuat slide bagi persembahan ICT untuk pembentangan laporan syarikat . Jadi kami belajarlah banyak sangat cara-cara buat slide menggunakan Powerpoint yang sebelum ni kami tak tahu pun kami jadi tahu.

Seterusnya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat persembahan ICT. Kami kena buat satu produk untuk dipasarkan dan kami kena bercakap di depan tentang produk kami. Aku dilantik sebagai Pengurus Besar dan mentor kami cakap aku ditugaskan untuk bercakap semua dihadapan. Fuh! 

So aku pun cakaplah sorang-sorang dihadapan dengan ditemani oleh 3 orang lagi rakan. Cakap suka hati je. Jangan nak baku sangat because this is our first time. Dan akhirnya aku dapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Dapat hadiah pendrive 8gb tak silap. 


KEM PEMBUBARAN SYARIKAT

Seterusnya Kem Pembubaran Syarikat di Intan Wilayah Utara (INTURA). Setiap sekolah perlulah menghantar wakil seramai 5 orang selaku Ahli Lembaga Pengarah. Time ni kami angkut je orang-orang yang bakal pergi ke kem tersebut memandangkan tiada siapa-siapa yang dilantik lagi menjadi ALP Syarikat. 

Dalam kem ni, actually satu bilik dua orang. Tapi kami dah ditakdirkan dapat satu bilik seorang. Time tu syok gila sebab bilik tak kongsi! Bila tengok suasana bilik, syok giler ah aku sebab fully complete bilik yang kami dapat. Ada aircond, peti ais, tv, katil single, bilik air, iron board dan iron dan benda-benda yang wajib ada dalam bilik. Yang syoknya lagi (banyak betul benda syok) , yang dapat satu bilik dua orang tu tak ada peti ais. Tu yang saja show off dalam group whatsapp bila yang lain merungut tak ada peti ais disediakan.

Dalam kem pembubaran syarikat ni, yang bestnya kami ada aktiviti outdoor. Memang banyak aktiviti outdoor berasaskan tali yang kami buat. Dan kem ni banyak juga kami belajar daripada bermain. Untuk kem kali ini, pesertanya ramai gila dan tak berapa best sangat sebab hadiah tak ada :( (hahaha tahu nak hadiah)

Tapi still dalam kategori best lah sebab semua free kan? Ahahaha. Aku suka kem ni sebab ramai kawan dapat kenal. Kawan kem sebelum ini pun dapat jumpa balik. Kawan yang kenal cuma dalam group whatsapp pun kenal balik dah dekat kem.



KONVENSYEN TUNAS NIAGA NEGERI KEDAH

Finally lepas je kami balik dari kem yang terakhir, memang usaha untuk buat laporan syarikat lah bagi siap sebab syarat nak masuk dalam kategori pembentangan kena siapkan laporan. Sebab nama pun ' membentangkan laporan syarikat ', kalau laporan tak siap apa benda yang nak bentangnya?

Usaha bukan main kitaorang, memang macam-macam benda terjadi sempena nak buat laporan tu. Antaranya kena marah dengan cikgu, kena tegur dengan cikgu, kena tulis nama dalam buku ponteng kelas, kena marah dengan pengurus besar, bergaduh dan macam-macam lagi! Fuh, cabaran teruk gila. Sampai aku kena lucut jawatan Pengawas SPBT . HAHAHAHAHA -_-

Kami cuma ambil masa 2 hari je untuk berlatih bentang sebab kami memang busy gila dalam bahagian slide yang tak siap-siap. Bukan senang tau nak buat mende alah tu. Ambil masa yang lama sebab slide kami kena paling kurang 30 slide. Huh nak tulis apa dalam slide sampai 30 slide tu? Penat tu jangan cakap. Memang kalau boleh, tiap-tiap hari boleh tertidur dalam makmal ICT tu. 

Bagi permainan Catur Bestari pulak, kami diwakili oleh 4 orang pelajar putera dari tingkatan 4. Sehari sebelum lawan memang mereka baru diajar macam mana nak main Catur Bestari tu. Aku pun tak berapa faham sangat fasal Catur Bestari ni. Yang aku tahu dia lebih kurang Jutaria tapi yang ni more susah lah sebab dia main saham lah, gaji lah, duit berjuta-juta lah dan macam-macam lagi. 

Pada tarikh 28 Januari 2015 bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani (dah kenapa tiba-tiba intonasi macam nak umum pelajar mithali ni) Pertandingan Konvensyen Tunas Niaga Peringkat Negeri Kedah diadakan. Sebanyak 11 sekolah akan berentap dengan kami dalam pembentagan laporan syarikat. 

Mula-mula sampai memang takut gila ler sebab kitaorang bukan ada pengalaman langsung dalam pertandingan bawah protune ni. Nak harapkan kakak-kakak senior dulu pun diorang tak pernah join sebelum ni. Bermaksud kami lah yang join for the first time in our school. 

Masuk je nampak pelbagai baju karporat yang tersarung dekat badan diorang. Memang nampak hebat habis! Nak pandang pun dah takut apatah lagi nak pergi dekat. (Ceh! Acah jer) Kitaorang datang pakai baju sekolah kain cotton putih dan kain sekolah warna hitam bersama kot pinjam yang tersarung di badan. Memang nampak jauh beza gila dengan sekolah lain yang datang pakai kemeja dan baju korporat yang lain. Fuh!

Tapi baju tak melambangkan apa-apa. Ia hanyalah satu markah bonus bagi yang berpakaian kemeja. Yang penting tampil korporat dan kemas. Itu saja. Kami dapat undian no. 7 . Selamat sikitlah rasanya bila berada di tengah-tengah. Tak adalah terkejar-kejar nak buatkan? Kami buat persembahan, alhamdulillah walaupun ada kesilapan sedikit tetapi berjaya dibentangkan dengan tenang dan yakin. 

Aku sebenarnya dah malas nak buat ayat-ayat suspen ni. Otak dah kering idea pun. So aku teruskan je ye apa aku nak cakap. Selepas perasmian dari Ketua PKNK, kami dihidangkan dengan nyanyian lagu dari band yang datang dari SMK Syed Al-Bukhary. Aku suka sangat dengan permainan muzik mereka. Nampak sangat profesional. (Bagi akulah. Maklumlah dah tak tahu main cakaplah orang yg tahu tu pro)

Tiba masa yang ditunggu-tunggu iaitu umum pemenang untuk 8 kategori yang dipertandingkan. Alhamdulillah, kami menang 5 kategori daripada 8. Ya Allah bersyukur sangat-sangat atas usaha titik peluh kami, akhirnya terbuah hasil yang kami idamkan selama ini. 


Anugerah Laporan Syarikat Terbaik : MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
Anugerah Produk Kreatif Terbaik : SMK SULTAN BADLISHAH
Anugerah Perkhidmatan Terbaik : SMK SULTAN BADLISHAH
Anugerah Pameran 'Booth' Terbaik : SMK SYED AL-BUKHARY
Anugerah Persembahan Terbaik : MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
Anugerah Guru Pengelola Tebaik : MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
Anugerah Pengurus Besar Terbaik : MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
Anugerah Syarikat Terbaik : MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

Pertandingan Catur Bestari : SMK SYED AL-BUKHARY - No 1
                                                              MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR - No 2
                                               ERROR 404 - No 3 (x ingat actually)

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dapat join Konvensyen Tunas Niaga Peringkat Nasional. Tak sangka dapat pergi sejauh ini seterusnya membanggakan cikgu-cikgu sekolah kami. Alhamdulillah Ya Allah.

Apapun tahniah untuk sekolah lain yang turut menyertai pertandigan Konvensyen Tunas Niaga Peringkat Negeri ini. Sesungguhnya percayalah cakap saya yang korang memang hebat gila! Boleh maju lagi ke peringkat Nasional. 


KONVENSYEN TUNAS NIAGA NASIONAL

Haaa yang ni lagi takut! Sumpah takut gila bila sampai dekat Tower Regency Hotel, Ipoh Perak. Tak tengok lagi orang lain. Tengok banner pun dah kecut perut. Lepastu tengok password wifi hotel dah tak terkejut dah lah HAHAHA 

Kitaorang tidur dekat Tower Regency Hotel Ipoh Perak tapi buat persembahan dekat Hotel Casuarina@Meru , Ipoh Perak. Hari first sampai malam tu terus kena pergi Casurina@Meru untuk sesi taklimat disiplin.

Memang sepanjang 4 hari 3 malam kami kerja ulang-alik dari Tower Regency Hotel ke Casuarina@Meru. Tipulah tak penat. Penat tapi bahagia sebab macam-macam orang kami jumpa! Seluruh Malaysia! Bila lawat booth diorang rasa macam lawat negeri masing-masing dah. Sebab layanan mereka pada booth, yang Kelantan kecek Kelate. Yang Terengganu pun cakap Terengganu. Yang Sabah cakap Sabah baa , Sarawak jugaa dan macam-macam lagi. Memang sumpah syok gila! 

Lepastu kami dapat tengok persembahan daripada setiap negeri. Seriously semua hebat-hebat belaka! Tiba-tiba rasa tubuh ni kecil sangat nak tonjolkan diri yang aku masuk dalam pertandingan tu. Serius diorang hebat-hebat belaka! Salute lah aku! Patutlah menang Konvensyen Negeri masing-masing. memang layak gila!

Malam dinner tu waktu keputusan diumumkan. Alhamdulillah kami tak menang apa-apa anugerah. Walaupun tak menang tapi kami still berbangga dengan pencapaian kami sehingga ke tahap ni. Insya Allah tahun depan akan kami cuba lagi dengan lebih bersungguh-sungguh. Tahun ni kita ambil pengalaman dulu.

Doakan kami dapat mewakili sekali lagi ke peringkat Nasional dan seterusnya menang dengan cara yang adil dan saksama di Nasional 2016. Aamiin. Semoga Allah merahmati orang yang mendoakan kejayaan kami.

Pendek je cerita aku di Konvensyen Tunas Niaga Nasional. Jet lag tak habis lagi kut HAHAHA ke tak sanggup hadapi kekalahan? HUHUHU 

Apapun KENANGAN tu yang penting. Rindu sangat sangat sangat sangat sangat sangat konvensyen. Rasa macam nak putar balik masa. Ngorat semua yang handsome. Ngorat juri HAHAHA Lepaskan rindu balik di Konvensyen. Huarghhh! 

Jangan lupa eh. Doakan kami untuk Konvensyen Nasional seterusnya :)




Sekian, terima kasih.