Tips : 5 Sikap Yang Membuatkan Perempuan Nampak Buruk !

Assalamualaikum



Hye peeps! Lama aku tak buat tips kan? So tiba-tiba hari ini rasa terbuka hati nak buat tips memandangkan duk tengok lama dah tips tu kosong. Tiba-tiba dapat idea nak buat 5 Sikap Yang Membuatkan Perempuan Nampak Buruk ni. Actually dia bukanlah tips sangat pun kan? Tapi aku letak dalam kategori tips sebab aku nak lepas korang baca ni bawak-bawaklah sikap yang elok sikit ye.

       So, nak jadi cantik ni bukan setakat pakai makeup je. Perangai pun kena jaga jugak. Maybe lah ada sesetengah yang kata aku pun lebih kurang je, tapi tak apa. Entry ni aku buat bukan pada readers je, tapi dekat diri aku jugak. Moga-moga bila aku baca balik entry ni suatu hari nanti, dengan perangai aku yang buruk jugak, insaflah balik kan?

        Kenapa 5 je? Sebenarnya boleh je bagi lebih. Tapi tengoklah! Baru intro dah 3 perenggan. Sebenarnya sikap ni aku tengok pada diri aku dan orang sekeliling jugak. Apa pendapat orang dan pendapat diri aku. 

        Okey malas nak buang masa. Jom tengok 5 Sikap Yang Membuatkan Perempuan Nampak Buruk .

  1. SUKA BERCAKAP KASAR / MENCARUT 

Yang ni aku mengaku kadang-kadang aku pun buat. Yelah sometimes kita geram sangat dengan orang yang cari fasal tiba-tiba kan? Tapi sekarang ni i'm try to be nice. Dah tak nak cakap kasar-kasar ni bila geram. 

Cuma aku nak pesan dekat sini, kalau korang memang style kasar dan tak boleh move on, bawak-bawaklah bertenang sikit ye nak. Bukan apa. Takut melukakan hati orang tersayang. Setengah orang nampak perempuan buruk sangat kalau mencarut. 


     2.  SEPERTI KATAK DIBAWAH TEMPURUNG 



Kalau perangai macam ni, aku yang perempuan pun naik meluat. Bukan apa. Tolonglah ambil tahu hal isu semasa sikit. Jangan nak duduk bawah tempurung je. Kalau tanya tu mintak-mintak boleh jawab lah soalan-soalan berkaitan hal isu semasa tu. Dah tu jangan nak salahkan orang cakap kita ja yang betul.

    3.  BANGGA DIRI MELEBIH-LEBIH 

635743081985019856-1825494403_work

Yang ni berlaku sendiri dekat kawan-kawan aku. Diorang geram dengan sorang perempuan ni. Suka sangat bangga diri sorang-sorang dia. Memanglah cantik tapi lepas dengan ayat masuk bakul angkat sendiri dia tu orang sekeliling rasa jengkel. Take a note, girls!

     4.  PANAS BARAN

tumblr_mdnqr64BHM1rojiixo1_500

Perempuan memang cepat marah kan kalau tengok dalam cerita-cerita drama. Cepat bad mood kalau putus cinta or something like that. Ubahlah sikap cepat marah, moody terlebih. Annoying sangat tau.

       5.  SUKA MENIPU DAN MEMUTAR BELITKAN AYAT

anigif_original-30188-1404409795-25

Aku mengaku aku memang pandai bab-bab ni. Tapi aku cuma menggunakan kuasa ini untuk keselamatan dan demi menjaga hati orang. Yang lain aku tak pakai. Kadang-kadang benda ni buat ramai tak suka . Sebab yelah. Memang nampak sangat salah dia, pandai pulak putar belitkan cerita. Aiseh!




      So kesimpulan dia jaga hati, jaga peribadi, jaga iman, jaga muka !

credit : hanasuva.com


XOXO

No comments: