Perlis has many place that I never know before

Assalamualaikum

Heyya uolss! Well, dekat 5 months jugak aku tak update blog. Jangan risau. Blog aku tak berhabuk cause aku cuci every week. Yeah, I usually open my blog but I dont have any idea to share it. Cerita aku tak menarik, seriously. Nak cerita fasal hari raya, tapi iolss takut uolss bosan. Yelah everyone ada cerita raya kan? Buat apa nak tahu lagi kisah raya orang lain, kan? 

        So hari ni aku nak cerita jugak even cerita tak best pun. Yeah sekurang-kurangnya ada satu cerita every 5 months right? lol . Actually ada je cerita tu tapi gambar tak ada. Yang ni je satu-satunya ada gambar. Lagipun tak bestlah kalau tak ada gambar kan?

       So sepatutnya minggu lepas kitaorang ada kem, Kem Pertolongan Cemas. Aku bukanlah ahli PBSM dekat school. Aku kadet polis, kalau adalah. Tapi saja je seronok-seronok nak join kem. Well yeah aku tak pernah join kem luar lagi sepanjang 2 tahun mengaji dekat sekolah menengah ni. So that's why aku nak try join. 

      Nak dijadikan cerita, kem tu ditunda atas sebab-sebab masalah yang tak boleh dielakkan. Masalah macam mana tu, aku tak tahu cause bukan aku yang urus. Tapi aku rasa mybe sebab tak ramai yang join kem tu. Yelah sekarang kan musim trial exam besar-besar tu, Orang tak berminat nak join jadinya.

       Tiba-tiba ada orang tanya nak pergi ke tak lawatan ke Perlis? So aku terfikir 2 hingga 3 kali jugak lah. Sehari je tapi harga dia RM10 ringgit. Memandangkan aku agak kaya minggu lepas (kaya setiap hari Aamiin ) , so aku pun rasa nak join lah. And then ajaklah kawan-kawan join sekali. Pengalaman kena dikongsi bersama kan?

       Trip tu hari Sabtu. Aku memang suka travel. Even travel balik tempat yang aku dah pergi, itu satu perkara yang menakjubkan! Aku join trip ke Perlis tu pun sebab aku bosan terperap dekat asrama. Lagipun aku tak bercadang nak outing haritu. So pagi sabtu tu dah mula bersiap-siap nak ke school. Nak dijadikan cerita, first time dalam tahun ni aku kejut ahli bilik aku bangun Subuh. Dan reaction diorang tentulah menyakitkan hati. Terkejut konon aku kejut. Tahulah orang selalu bangun lambat pun. Huhu :(

       Bila dah sampai school, terus aku dengan kawan-kawan aku lagi 5 orang naik bas. Yang syoknya lawatan ni, makan sarapan dengan tengahari sekali bayar dengan RM10 tu. Haa! Murahkan?


Tentatif kitaorang pagi tu first sekali ke Padang Besar. 

cr:google

For your information, padang besar ni tempat shopping untuk orang-orang yang nak cari barang dengan harga yang murah sebab Padang Besar ialah 'kompleks bebas cukai' . Dekat padang besar ni semua ada. Daripada periuk nasi, beg, baju, bantal sehingga makanan daripada negara Thailand pun ada!

      Waktu aku datang, tak banyak kedai yang buka. Tak sampai 10 kedai yang buka. Sebab kami datang awal pagi sangat. Kami diberi masa lebih kurang 1 jam setengah untuk bershopping. Dalam tempoh yang diberikan tu dah banyaklah kedai dibuka.

       Jalan-jalan punya jalan, tak banyak pun barang aku beli. Aku cuma beli baju t-shirt elmo untuk adik bilik aku yang sambut birthday dia haritu, pepero cookies untuk ahli bilik aku dan cornae untuk aku. 

       Sebenarnya dekat luar pun ada kedai. Tapi aku dengan Aishah lupa. Kami jalan-jalan bahagian dalam jelah. Tepat jam 10:15 kami dah kena ada dalam bas untuk bertolak ke Gua Kelam.


Okey aku mengaku yang sebelum ni aku tak pernah masuk gua. So bila rasa masuk gua tu baru aku tahu betapa kelamnya Gua Kelam ni. Memang bila berjalan kalau tak ada lampu suluh or lampu hp tu memang korang rasa macam sikit lagi nak jatuh bawah gua lepastu terhanyut dengan air terjun tu. Huhu



       Penat jugaklah kan berjalan tanpa lampu ni. Lepas sampai seberang, kami makan dulu nasi yang disediakan tengahari tu. Lepak-lepak, tengok orang mandi dalam sungai and whateva yeah. Lepastu kitaorang rentas balik gua yang kelam tu untuk tuju balik tempat asal kitaorang tadi. 

       Lepastu kitaorang solat, habis settle semua dekat Gua Kelam tu kitaorang naik bas balik terus tuju ke destinasi kedua. Destinasi kedua ialah Taman Ular.



Bila masuk sini, perkara pertama aku nampak ialah aiskrim. Bercadang nak membeli lepas keluar dari taman ular tu.



Taman ni agak besar. Time kitaorang datang, monyet tak ada sebab diorang tengah buat sangkar. Sebelum ni ada. Kawan aku lah cakap. 


masing-masing tak cukup tinggi nak lawan diorang ni. 


Kitaorang nampak ada sekor ular albino ni terlepas. Means ular tu ada orang jagalah. Bukan terlepas tak dijaga. Pakat pi pegang. Hehe



*bajet berani*


Kami jalan-jalan keluar dari bahagian ular pulak. Amek angin luar pulak. Tengok rusa, ostrich, burung unta. Eh! Kejap. Burung unta ngan ostrich bukan sama ke? haha






Lastly kitaorang singgah Kuala Perlis. Singgah Kuala Perlis untuk makan dan solat.





ajet-ajet naruto. puihh! haha




Destinasi last kitaorang Kuala Perlis lah. Sebenarnya ada lagi satu destinasi sebelum Kuala Perlis. Ladang Kifli namanya. Tapi ada sedikit masalah that's why kitaorang tak jadi pergi Ladang tu. Ladang Kifli tu ladang nipah. Proses pembuatan nira nipah. Rasa dia? Aku pun tak tahu coz aku tak pernah minum. Rasa rugilah jugakkan . Huhu

       Lepas solat Maghrib, kitaorang pun balik. Dalam pukul 10.30 macam tu sampai lah. Walaupun sehari, tapi pengalaman tu ada. Lepas ni kena cari trip lain pulak yer. Nantikan ... Bye 


XOXO


















No comments: