Pesta Pantun Peringkat Daerah Kota Setar dan Peringkat Negeri Kedah

Assalamualaikum

Sekian lama aku tak mengupdate belog, kini aku kembali dengan jari yang keras kaku untuk tekan keyboard. Aku mengaku aku tak adalah sibuk mana kan. Tapi aku still tak dapat luang masa dengan blog. Huhu :'(

So, hari ni aku datang untuk menggegarkan dunia blog ini. Jaga-jaga wahai rakyat marhaen sekalian! Muahahaha :D

Berbalik pada tajuk yang aku tulis di atas. Aku telah join satu pertandingan untuk mengharumkan nama sekolah aku, Maktab Mahmud Alor Setar (nampak macam besar sangat amanat aku ni) dalam pesta pantun yang telah dilangsungkan pada bulan Mac baru-baru ini. 

Jadi, sebagai AJK Badan Bahasa Melayu yang baik lagi setia, aku telah menghadiri ujibakat untuk mencari pemantun-pemantun. Buat pengetahuan semua, sekolah kami tak pernah join langsung pesta pantun ini dan tidak pernah dijemput langsung. Dan tahun ini menjadi sejarah, Maktab Mahmud Alor Setar dijemput dan diminta untuk menonjolkan bakat dalam pantun.

Cikgu hanya menginginkan lima orang pemantun sahaja kerana setiap pasukan terdiri daripada lima orang pemantun-pemantun handal. Disini aku perkenalkan barisan-barisan pemantun yang berjaya lagi berdedikasi serta setia menjunjung adat Melayu ini.(Haha).

                                            Pemantun Pertama  : Muhammad Fahmi (F5)
                                            Pemantun Kedua     : Alea Sufia (F3)
                                            Pemantun Ketiga     : Fatin Nur Fariha (F2)
                                            Pemantun Keempat : Siti Wardah (F2)
                                            Pemantun Kelima    : Ashya' (F2) (pemantun paling berdedikasi :P)


Mari aku perkenalkan nama cikgu pantun kami. Semoga cikgu berbangga kerana namamu terselit di blog ku. Hiks. Nama diberi Cikgu Asmida. Ini lagi satu cerita, bila sebut nama 'Asmida' mesti aku akan teringat 'Mentor Bukan Sekadar Rupa'. 

Ketika pelajar-pelajar sekolah di Malaysia ini sedang bercuti seminggu sempena cuti penggal, kami dikerah untuk datang ke sekolah untuk berlatih pantun. Sebenarnya semua belum ada pengalaman join pantun peringkat sekolah menengah ni. Adapun Fatin dan Wardah pernah join pantun peringkat sekolah rendah dulu. Cikgu pun tak ada pengalaman untuk ini. Jadi kami bersama-sama mereka pantun yang diberi tema. Ada 51 tema dan setiap seorang dapat 10 tema untuk direka.

Sesungguhnya orang paling lambat sekali siap ialah Fahmi. Kerana dia seorang lelaki yang mana tidak boleh bergaul dengan perempuan Maahad. Mamnung!! Haha. Actually, sekolah kami sangat menjaga batas pergaulan diantara pelajar yang tidak sama jantina ini. So, agak kekok apabila digandingkan dengan lelaki untuk permulaan. Nak buat kerja pun Fahmi sorang-sorang tanpa bantuan siapa-siapa keculi Cikgu Asmida. 

Dalam 3 hari juga kami bertungkus-lumus mereka pantun dan berlatih. Kami banyak menggunakan contoh-contoh di internet bagi intro pengenalan pemantun. Sebab kami masih belum ada kemahiran untuk merekanya sendiri 100%

Kami sambung berlatih di sekolah lepas cuti sekolah dah habis. Kami berlatih adakalanya di makmal komputer dan library sekolah. Sejak daripada itulah, muka Fahmi sudah tidak malu untuk bercakap dengan kami. Bukan itu sahaja, ketawakan kami lagilah.

Seronok perjalanan kisah latihan kami ni sebab tak payah masuk kelas, belajar. Walaupun agak ketinggalan, tapi sikit pun tak membuatkan aku jadi terpesong kearah lain daripada apa yang cikgu mengajar dalam kelas time aku tak ada, Alhamdulillah.

Kami lawan hari Rabu. First sekali kami berentap dengan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).


Gambar sebelum pergi ke Sekolah Sains Pokok Sena nak lawan pantun.


Sebelum lawan.


Bilik wawasan.


Sebelum mula lawan. Tarik nafas dan baca doa.


Fatin ketaq sangat sampai patah pen dia.

Lepastu, game pertama pun bermula. Aku ditugaskan untuk memperkenalkan pasukan. Ketaq gila!! Huduh suara aku bila dengar balik. Huhu :'(


Terasa kerdil disitu.

Alhamdulillah. Kami juara untuk pusingan pertama. 

Then, kami sambung lawan dengan SMK Seberang Perak, SMK Sultanah Asma dan lepastu kami balik. Untuk peringkat separuh akhir dan akhir, kami kena lawan besok pula di sekolah SMK Pokok Sena.

KEESOKKAN HARINYA


Pagi-pagi dah tunggu dekat sekolah


Abang Fikri dah siap nak hantar kami je tu.

Sampai SMK Pokok Sena, kami akan berlawan dengan SMK Dato Syed Omar. Seriously takut gila! Sebab diorang memang hebat sangat. Psycho kami betul!


No comment.

Tapi Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Ilahi kerana kami akhirnya dapat menjuarai pusingan separuh akhir sekaligus membawa diri kami ke pusingan akhir. Sebenarnya ini betul-betul keluar dari hati yang luhur kami semua, kami tak kisah kami menang atau tidak untuk pusingan akhir ini. Sebab kami dah cukup gembira dapat masuk ke peringkat akhir walaupun baru first time join pesta pantun ni.

Tapi, takkan kita tak nak buat elok-elok pulak kut kan? Still lah buat elok, tapi kalau dah tak dapat tu kami tak kisah sebab kami tahu kami masih baru dan masih dalam pembelajaran melihat situasi-situasi baharu. 

Lepastu kami kena lawan dengan SMK Sultanah Bahiyah. Kali ni lawan pun sangat-sangat hebat!




Dengan izin Allah SWT, kami menjuarai Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Kota Setar. Alhamdulillah! Cikgu-cikgu cukup bangga dengan kami. Tambah-tambah Ustaz 'Asim, penolong kanan kokurikulum. 








Fahmi dapat ANugerah Pemantun Terbaik Wooahhh!


Lepastu kami lawan peringkat negeri Kedah pulak. Kami kalah! Hahaha!


Sekian ~


XOXO








No comments: