Tingkatan 1 Fathonah 2014 Super Duper Awesome Mowsem Howsem!

Assalamualaikum

Lama bebenor aku tak mengupdate blog ni. Malas aku nak update sebenarnya. Tak ada benda pun nak cerita dekat korang semua. Takkanlah pergi sekolah balik sekolah pun nak cerita kan? Well I'm 14 years old now and yes! Muda lagi kan? 

Tapi setiap kali cuti sekolah je rasa nak mengupdate blog tu tinggi dan aku tercari-cari tajuk yang sesuai nak cerita untuk pembaca-pembaca semua. So, hari ini aku teringat pulak dekat budak kelas aku tahun lepas. Aku dah lama nak update pasal jamuan ni tapi keje lupa je kan.


Pada tanggal 1.11.2014 kelas kami, tingkatan 1 Fathonah mengadakan jamuan akhir tahun.So, setiap orang ada kerjanya tersendiri. Kami dibahagikan kepada 4 biro, iaitu biro teknikal, biro makanan, biro photographer dan biro kebersihan. 

Bagi setiap biro ada kerjanya. Aku tersenarai dalam timbalan exco untuk biro makanan. Exco kami Izzati Zaki dan kami terdiri daripada 4 orang ajk. 

Tapi korang jangan pelik kalau ada gambar yang tak ada kena mengena dengan biro makanan tapi aku buat. Maksudnya dekat situ aku tolong lah jugak kan biro yang lain. Lagipun khidmat biro makanan pada hari jamuan sahaja. Selebihnya biro teknikal yang kena buat. 


29.10.2014

Biro teknikal + aku mula mengemas kelas sebelum balik sekolah. Kami susun meja, kerusi, conteng papan hitam dan buat invitation card diy untuk jamuan kelas ni. 


Hasil daripada contengan murid-murid dalam kelas.

Btw, lupa aku nak bagitahu, tema untuk kelas kami ini ialah 
MIRACLE OF FANTASTIC FAIRYTALE

Gituuu uolls! Fairytale gituu.. 

30.10.2014

Kali ini semua murid terlibat untuk buat aktiviti gotong royong sebelum majlis besok. Waktu ni cuti sekolah pulak. So senang lah sikit kan. 


Biro kebersihan + Biro teknikal


1.11.2014

Tibalah masanya (ececece ayat) , jamuan kelas kami start pukul 9 pagi. Lepas pastikan semuanya hadir juga cikgu kelas dengan sang suami juga anak-anak yang terchenta hadir, jamuan pun dimulakan. 


MC yang berdua tu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan wakil pelajar untuk bagi sepatah dua kata.




Majlis diteruskan sampai lah kira-kira pukul 12 tengah hari. 

Fuh! Even penat tapi kami still happy yang tak terhingga coz jamuan kami jadi walaupun ada sedikit kecacatan macam elektrik tak ada ,ais tak datang sampai pukul 10 pagi dan duit kumpul hilang. Tapi semua tu tak merubah apa-apa pun. 

Terima kasih yang tak terhingga kepada yang menjayakan majlis ini seperti mak Izzati Zaki yang sponsor makanan untuk kami, semua biro yang berusaha keras menjayakan majlis ini juga kepada semua kelas yang berjaya menyumbangkan duit untuk jamuan ini. Tak lupa kepada ustazah dan ustaz yang sanggup datang untuk meraikan majlis akhir tahun tingkatan Satu Fathonah ini. 


Dimana lahirnya sebuah kekeluargaan,
Walaupun jauh dari hati ..
Apabila tiba harinya ..
Akan kita nantikan kesetian tersebut.

Walaupun hidup ini tidak disukai ..
Namun cubalah untuk menyukai ..
Andai takdirnya begitu ..
Manusi berhak memikir ..

We Are 1 Fathonah !




XOXO














1 comment:

Aqilah Hanin said...

Aww :') ahagaggagagah xD