Trip To Legoland Malaysia - Johor

Assalamualaikum

Hye korang semua! Rindu tak? Rindu tak? Actually aku baru balik dari Johor Bharu yang aku duduk selama 2 hari 1 malam. Baru sangat balik. Semangat berkobar-kobar nak tulis dalam blog tahu sebab tahu ada pembaca yang sedang menunggu ( bajet Hanis Zalikha kau! ) . 

Trip aku ke Johor sebenarnya atas dasar tujuan untuk ke LEGOLAND MALAYSIA di Johor Bharu. So, pada hari Sabtu bertarikh 14 Disember 2014 , tepat jam 7.15 pagi, kami iaitu aku, sepupu aku 2 orang, adik aku, mak aku, mak sedara dengan bapa sedara aku juga tok aku sudah bertolak menuju ke Johor dari KL. 

Sepanjang perjalanan aku tidur aje memanjang disebabkan terlalu letih. Apa yang letih sangat erk? Letihlah sebab jam 5 pagi kami dah kena bangun untuk bersiap-siap ke Johor. Takut traffic jam pagi-pagi ni dan ramai dekat legoland tu. Cadang pukul 6.50 pagi dah nak keluar, tapi tak tahu kenapa lambat sikit keluar. Serius tak tahu! Betul! Siap awal, tapi tak tahu kenapa. Aku cakap betullah! (Haaa! Betul! Dah! Sudah lah!) :P

So, bangun-bangun je dah sampai dah LEGOLAND MALAYSIA. Dapat je parking, kami terus masuk dalam untuk beli tiket. 


Okey, waktu kitaorang sampai LEGOLAND MALAYSIA, memang waktu tu dah ramai. Ada yang dah balik dah. Bila aku tengok orang yang balik tu, masing-masing berpeluh sakan. Malah, tercungap-cungap. Aku pun tak faham kenapa. Penat sangat ke sampai berpeluh gitu?


Okey, tiket dah beli. Kitaorang dapat diskaun sebanyak 30% coz pakai Maybank Card. So, lepas ni sesiapa yang nak datang untuk dapatkan diskaun, gunalah Maybank Card. Selain tu, kitaorang dapat Mykad Promotion, boleh dapatkan dengan harga lebih murah dan RM10 untuk voucher makanan.



Buat pengetahuan semua, kitaorang just ambil Theme Park aje sebab kitaorang memang tak cadang nak mandi. kalau ambil dua-dua sekali mana sempat. Lagipun LEGOLAND MALAYSIA tu besar. Rugilah bayar mahal-mahal tak main semua kan?


Peta untuk Theme Park


Lepas dapat masuk main entrance tu, aku dengan sepupu aku terus berpisah dengan yang lain sebab nak kebebasan untuk bermain. Hehehe. Mula-mula sekali kami berjalan-jalan tengok permainan yang best.

Waktu tengah jalam tu, tetibe kami nampak sorang matsalleh ala-ala polis sikit lalu sebelah kami. Aku sempatlah bisik dekat sepupu aku, ' kalau polis Malaysia macam ni.. Perghh!'  Tetibe je dia tegur kitaorang dengan tiup wisel. Kitaorang pun tengoklah dia. Dia angkat tabik, kami balas balik. Dia tunjuk-tunjuk apa ntah dekat kami, kami sengih-sengih macam orang dalam kebodohan. Haha. Bukan kami je, malah sekali polis tu pun aku rasa dan tak betul. Lepas berpisah, aku cakap dengan sepupu aku, kalau jumpa sekali lagi polis ni memang aku nak tangkap gambar dengan dia. Hekhek :D




Then, kami nampak satu game yang menarik minat kami disitu. Nama game tu PROJECT X . Game tu game pertama yang kitaorang akan main. Bila tengok beraturnya, mak aii. Panjanglah jugak. Tapi kami setia menunggu.


Buat pengetahuan korang semua. PROJECT X ini ialah roller coster. Bila aku tengok, tak adalah menakutkan sangat. Tapi, dengar orang duk menjerit-menjerit bagai. Aku pun hape lagi, buat muka cebik-cebiklah. Asal nak jerit-jerit bagai? Takut sangat ker? Biasa je tengok.

Bila naik baru korang rasa. Waktu tu aku dengan sepupu aku dapat masuk awak coz kami dua orang sahaja. So, boleh naik satu tempat duduk panjang tu. Kami pakai tali pinggang apa semua, dan dah ready nak naik. Bila kereta roller coster tu bergerak, reaksi muka lek luhh.. Tapi bila dia naik ke atas, rasa macam, aishh, asal tinggi sangat ni. Dan2 dia jadi laju semacam lepastu turun kebawah dengan laju dan naik semula dengan laju. Kalau korang tengok gambar tu, ada rail roller coster yang menurun kemudian naik balik tu kan? Ha, dekat situlah memang masing-masing menjerit. Sebab memang angin menolak habis dengan kuat sampai muka aku pun dan buruk gila siott! Tambah-tambah pulak dekat situ lah port diorang tangkap gambar, apalagi, tengok muka aku memang seriud huduh gilerr!

Memang best sangat roller coster dia even pendek! Sebab rasa menggeletar seluruh badan. Satu, roller coster dia laju. Dua, roller coster dia bila buat pusingan memang rasa macam nak jatuh ke bawah.



            Kemudian, kami teroka pula kebahagian belakang. Kami masuk ke dalam Lego Kingdom.


Kami carilah juga apa yang ada dekat Lego Kingdoms ni,kami jumpa roller coster lagi. Kali ni dia kereta dia panjang, bukan lagi kereta yang sebuah-sebuah pendek macam dekat PROJECT X tadi. Kali ni dragon car pulak.




Ni dalam bangunan untuk masuk main roller coster.


 Tengok tu. Baru 1 tempat kami main, dah meqelip dah muka tu. Waktu tu panas. Tu debab muka aku nampak merah-merah sikit dengan berkilat . Tambah-tambah pulak dalam bangunan LEGO KINGDOMS tu ada kipas tapi tak rasa nyaman pun. Fuh! Sabar je lah. Tunggu pulak barisan yang sedia panjang. Nasib kami datang agak awal.


Actually, kami ingatkan dia bersambung sekali dengan roller coaster yang tinggi melambung tu. Rupanya pendek je dan tak bersambung pun. Rasa rugi pulak beratur. Yelah, kami nak yang panjang dan menyeronokkan baru best!

Tapi lepas naik je, agak menyeramkan bila dia bergerak. Tak faham kenapa daripada roller coaster pertama lagi kami kena duduk di bahagian depan.

Sempatlah kami posing bila sampai dekat kamera. Gambar cantik! Sebab kami posing lawa! Tapi sayang... harga 2 keping gambar RM50. Mahal sangat! So, kami tak jadilah nak beli. Roller coaster 1st syok gih.

Lepas tu aku cadang nak gi main dekat roller coaster yang tinggi tu, tapi cousin aku tak nak. Dia takut. Dia kata tinggi sangat dan waktu tu kami dalam kehausan. So, kami cari aunt dgn ucle aku dekat LEGO NISSAN DRIVING SCHOOL.


Lepas dapat air, kami carilah adik aku dengan sepupu lelaki aku yang lebih kurang umur 5 tahun. Uncle aku kata ada dalam NISSAN DRIVING SCHOOL tu. Bila kami tengok game dekat NISSAN DRIVING SCHOOL tu, memanglah nampak macam budak-budak, tapi syok hape jadi budak-budak. Tambahan pula bila dekat ditu dia tulis umur 13 tahun paling tua boleh masuk, hape lagi.. Cukup syarat jom lah masuk. Sepupu aku yang terlebih syarat tu pun nak join. Alah, jomlah! Hihihi.


Lesen lah konon. Royok waktu aku tengah memandu. Hikhik


Ni sepupu aku yang bajet pailang. TV dekat depan tu diorang ajar macam mana nak bawak kete.


Keadaan diluar. Waktu ni kami tak boleh main lagi. Kena tunggu turn ler.


TV tu dah habis ajar. Malas nak dengar buat lah macam orang besar. Dah nekad nak jadi gangster jalanan kejap lagi.


Memang sengaja buat gangster. Buka kamera waktu memandu. Haks haks. Aku dah terror


Seriously, perlahan giler kereta ni. Aku dah tekan minyak sampai tak terdaya nak tekan still perlahan. Macam mana nak buat drift kalau gituu.


Aku ada pusing-pusing dekat round the board ni. Saja je. Tetibe terlanggar budak depan. Habis tersekat dekat divider jalan. Haha! Dah lah kete tak de gustan (reverse) . Ada pedal minyak dengan berhenti je. Huh!


Aku nak beli hotdog pun ragu-ragu. Aku dah pusing banyak kali dah dekat tempat yang sama, bussiness man tu tak sampai-sampai lagi dekat pakcik hotdog tu. (??????) 


Aku sensorang duduk dekat simpang lain. Saja buat gengster jalanan LEGO . Orang suruh berhenti aku duk bawak lagi kete ni.


Ni pulak dekat Car Wash. Tak main pun dekat sini. Nampak tak train tu? Hehehe


Waktu kitaorang main ni, hujan turun. Dan kitaorang last sekali yang main sebelum hujan turun. Sempatlah lari sebelum hujan turun lebat. Lepastu kitaorang singgah surau kejap nak solat zohor. 

Lepas solat, uncle dengan aunty aku keluar sebab diorang dah penat. Jadi, kami dipertanggungjawabkan untuk membawa adik-adik kecil di sisi kami untuk berjalan-jalan. Diorang nak naik train.. jadi, jom kita pergi!


Ni waktu kami dah nak bertolak masuk dalam gerabak kereta api.


Train dia lembap giler! -____-




Ni antara view yang sempat aku tangkap waktu dalam train tu.

Habis dah pusing-pusing, kami turun dari train dan kami tuju ke LEGO KLIA pulak. Dekat situ kami main kapal terbang. 



Ni waktu kami pusing-pusing atas kapal terbang. Bawak budak-budak memang kami pun jadi macam budak-budak sekali.



Ni video aku atas kapal terbang tu. Sorry kalau tak jelas. Waktu tu hujan turun ! Kami ni tunggulah bila kapal terbang ni nak turun.

Lepas kapal terbang turun, sempatlah kami lari selamatkan diri dari kena hujan. Apapun basah lencun tak teruk lah jugak kami ni. Lepas tu kami redah nak ke LOST KINGDOM ADVENTURE . Tapi bila tengok balik dekat LOST KINGDOM ADVENTURE tu ramai orang. Tak sanggup beratur panjang-panjang untuk masuk. Dahlah tepat pukul 4 petang kami dah kena keluar sebab nak balik. Jadi kami ambil keputusan tunggu hujan reda lepas tu beli baju hujan. Baju hujan satu RM12 .

Kami cadang nak pergi CASTLE. Cari-cari CASTLE rupa-rupanya CASTLE tu tempat roller coaster yang tinggi tu. Yang sepupu aku tak nak naik tu. So, kami cadang nak main boat terjun dekat The Dino's Island di LAND OF ADVENTURE. Waktu kami beratur tu, tak ramai lagi orang. Bila kami dah beratur dah mulalah ramai yang datang. Alhamdulillah, kami ni membawa rezeki sungguh. :P

Waktu nak naik tu, tetibe cousin lelaki aku kena tahan sebab tak cukup ketinggian dan tak boleh naik. Habistu takkan nak tinggal dia sensorang main lego dekat bawah. Terpaksalah suruh adik aku jaga dia. Adik aku pun rela lerr..


Giler tak?

Kami duduk di hadapan sekali. Selalu ditempatkan dihadapan sekali. Aku pun tak tahu kenapa. Rezeki duduk dihadapan merasai kenikmatan pengembaraan ke ape? Haha! Takut jugak duduk dihadapan. Rasa macam akibat kita orang belakang tak selamat. 

Kami naik, mula-mula dia bawak lalu dekat lorong-lorong, then kami mula naik atas banggunan tu. Naik perlahan-lahan dengarlah bunyi macam-macam. Lepastu kami masuk dalam gua tu. Ada lego dalam tu. Waktu nak turun tu paling takut sekali! Bot kami bukan terus jatuh kebawah. Tapi, dia jadi menegak ke hadapan sampailah tayar belakang jatuh, kami semua jatuh. 

Perasaan aku? GILA!!!! SANGAT GILA!!! Rasa macam terjun dari banggunan yang tinggi. Habis basah kami kena air. Nasib pakai raincoat. Patutlah dia tak bagi budak-budak naik. Memang bahaya. Budak-budak boleh menangis atas tu sebab takut sangat. Kalau adik aku yang cukup layak tu pun tak tahu macam mana perasaan dia naik. Tapi memang BEST! Patutlah lelaki India belakang kami bagitahu dia dah naik dua kali. 

Bila tengok gambar, masing-masing tertunduk sebab kena air. So, tak nampak muka kami ler. Jadi, tak beli. 


Kami singgah PLAYTOWN kejap sebab kesian budak-budak ni nak main boat tadi tak lepas. Jadi singgah PLAYTOWN bagi diorang main kejap.


Muka merah habis. Penat berjalan.


Lepas main, kitaorang beli pizzas pula lapik perut. Memang kali ni membawa rezeki juga. Sementara tunggu pizza siap, ramai yang datang.



Kawasan sekitar kawasan IMAGINATION.

Waktu kami nak balik tu, tiba-tiba aku nampak polis yang aku jumpa awal-awal aku masuk tadi. AHH!! Rezeki! Hahax. Aku pergi kejar dia nak panggil tangkap gambar. Hehehehe!


Akhirnya! Dapat jugak. Haha! 
*dalam ni aku tak tahu asal tak hensem. Nampaknya korang kena pergi tengok sendiri. Hehe*

Lepas tu kitaorang pun keluar dari pagar LEGOLAND tuju ke HOTEL LEGOLAND. Nak pinjam lif kejap je.



Budak-budak yang pulun.

Bila masuk dalam lif LEGOLAND MALAYSIA, gila! Dah macam disko dah aku rasa. Mana taknya, bila pintu lif tutup je lampu macam dekat club dibuka sekali dengan lagu. Haha! Aku tak faham apa fungsi diorang buat gitu. Haha!

Okey setakat ini sahaja kisah aku di LEGOLAND MALAYSIA. Gambar-gambar bukan semua yang aku ambil. Ada yang aku ambil di google juga sebab tak sempat nak ambil. Seronok sangat nak main. Tapi apapun memang best dan banyak game yang boleh kita main di LEGOLAND MALAYSIA.

Jumpa lagi, bye Assalamualaikum. =)


XOXO


















No comments: