Ice Skatting di IOI City Mall

Assalamualaikum

Yes! Seperti yang aku tunggu sejak sekian lama, aku nak buat new post untuk blog. But, selalu jadi masalah bila I don't have any idea to write. So, hari ini aku dah dapat idea dan dah dapat pengalaman untuk buat new entry dekat blog. Dialu-alukan untuk membaca.

Hari ini, 10 Disember 2014 pada pukul 11 pagi lebih kurang gitu lah, aku dah ada dekat IOI City Mall dekat Putrajaya. IOI City Mall ni baru buka je dekat Putrajaya. Hari ini hari ke-2 aku pergi mall ni. Aku pergi dengan cousin aku yang nak hangout dengan kawan-kawan dia. Memandangkan dekat Selangor ni aku just ada adik aku, so aku gi ngan adik aku lah.

Firstly sampai sana, aku cadang nak main dekat District 21 yang baru dibuka sahaja. Bagi yang tak tahu apa itu District 21, ia adalah sebuah pusat game yang memang mencabar dan lasak dari segi fizikal. And the price is RM75. Aku dengar price dia pun dah jeling-jeling cousin aku. Lepastu kakak tu sambung kalau nak main umur under 18 tahun kena ada penjaga. So, memang DISTRICT 21 : CANCEL!




*gambar dicilop dari google dan page IOI City Mall di Facebook*

Lepas tu, aku terus tuju dekat ice skatting sebab aku memang dah lama teringin gila nak main ice skatting. Memang aku nak belajar main ice skatting sebab nak jadi macam dalam cerita ICE PRINCESS tu konon. Tapi memang yakin kau akan jatuh je banyak. :D



Waktu aku pergi tu memang gila kosong! Sikit je orang yang main. Lepas aku masuk-masuk tu dah macam rezeki pula aku ni. Memang ramai sangat! Well, school holiday kan..


Bila masuk tu, aku kerja nak jatuh je. So, aku pautkan dekat dinding sebelah tu. Memang susah nak mati kau. Memang nak jatuh je sikit-sikit. Tapi aku kuatkan diri. Aku lihat ramai yang ada partner masing-masing untuk berpaut. Aku? Cumalah sebatang kara. Hahaha (ayat kau memang minta penampar!)

So, aku try dan try dan terus try. Kerja kena gelak dengan mengusik aku je (penakut!penakut!) adik aku yang sorang tu. Ajak main tak nak sebab takut jatuh. Dia pun (penakut!penakut!) . huh! 

Aku cuba pergi tengah-tengah sikit. Lepas pergi tu aku rasa macam nak jatuh. Memang jatuh sungguh! Haha. Tapi tak adalah jatuh semua. Sempat berpaut pada yang setia (dinding) . Then, aku nampak my cousin and 'HIS' friends ada sekali. (perkataan 'HIS' tu saja guna even cousin aku perempuan. Haha) . Aku ucap syukur sebab sekian lama aku tunggu sampai sedikit terror baru ada partner.


Ini adik aku yang poyo sebab dapat pakai glove aku.

Tanpa aku tahu, rupa-rupanya yang skate sekali dengan aku sejak pukul 11 lebih tu adalah adik kawan cousin aku. Aku pun apa lagi dah dapat dia. Memandangkan dia terror, dia ajar aku. She's 12 years old. Aku tak naklah ada partner yang baru terkial-kial nak belajar main ice skatting memandangkan aktiviti 'terkial-kial' aku waktu 1st aku masuk tadi dah hilang. hahaha XD

Aku pun berskatelah dengan adik kawan cousin aku tu. Nama dia Nayli. Dia terror main ice skatting ni sebab dia kata dia suka main kasut roda. So, macam dah terbiasalah. Dialah ajar aku main. Macam mana nak skate, buka kaki yang mana satu. Kaki buat bentuk V then gerak kaki kanan dulu kemudian baru kaki kiri. Selang-seli. Then aku dah pandai! Terror lah jugak kan? Haha.


Aku waktu berhenti rehat kejap.

Aku suka berskate ni. Taklah mudah dan taklah susah. Kalau dah terbiasa tu okeylah kan. Aku berhenti tepat pukul 2.30 . Lama kan? Haha.


Muka adik aku yang 1st time makan kebab ada sayur yang banyak. Berkerut-kerut muka. Nak buat macam mana? kawan dah lapar sangat. ngaapp jelah.


Ni ais yang aku kumpul. Saja buat CAPAB (Cari Publisiti) duduk dekat atas ais tu kumpul ais dengan Nayli. 


So, hari ini aku happy sebab dapat main mende ni. Aku dah lama sangat tau nak main dari tahun lepas. Tahun lepas tak jadi main sebab waktu tu diorang tutup ice skatting ni sebab ada event apa entah dekat Sunway Piramid. Tahun ni rezeki Allah bagi, Alhamdulillah tercapai hasrat. Nampak tak kemaruk di situ? 


XOXO




No comments: