ALCATEL ONE TOUCH FLASH sesuai untuk kalangan yang sukakan SELFIE!

Assalamualaikum

Buat pengetahuan korang, aku ini pengguna telefon pintar jenama ALCATEL. Jadi, memandangkan ALCATEL ONETOUCH ada buat telefon pintar terbaru, aku nak perkenalkan dekat semua orang telfon ini dan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam handphone tersebut.



Baru-baru ini, ALCATEL ONETOUCH telah melancarkan telefon pintar terbaru dikenali dengan FLASH yang mempunyai ciri-ciri yang hebat tersendiri. Telefon bimbit yang terbaik untuk berselfie dengan kamera depan 5MP HD dan 13MP HD FULL.


Ciri-ciri utama ALCATEL ONETOUCH FLASH adalah seperti berikut :

  • 5.5" HD IPS display
  • True Octacore 1.4 GHz CPU
  • 13 Mpxl Full HD Main Camera
  • 5 Mpxl 1080p HD Front Camera
  • Hotknot technology 
  • 8 GB ROM/ 1 GB RAM
  • 8.1 mm thin
  • 3200mAh battery

Pada masa kini, selfie sudah menjadi trend untuk berkongsi saat atau pemandangan yang menarik. Kamera depan yang resolusi baik ini dilengkapi dengan ciri Smart Beauty Enchancement menjadikan gambar menarik tanpa memerlukan aplikasi foto yang lain.



KL Kong, Country Manager daripada TCT Mobile Malaysia (ALCATEL ONETOUCH) memaklumkan ketika majlis pelancaran yang telefon FLASH merupakan gajet terbaik buat peminat selfie dengan harga yang berpatutan bakal menjadi pilihan utama pengguna dalam kelasnya.

Untuk prestasi yang terbaik, ALCATEL ONETOUCH FLASH memiliki prosesor True Octacore 1.4 GHz dan bateri 3200mAh untuk penggunaan lebih lama. Dengan berat hanya 150g dan saiz paparan 5.5", FLASH sesuai untuk semua golongan pengguna.

Ciri menarik lain yang terdapat pada telefon FLASH juga ialah Hotknot iaitu fungsi pemindahan multimedia seperti gambar dengan satu sentuhan sahaja.

Telefon FLASH ini menggunakan sistem operasi Android™ 4.4.2 KitKat®.

Semasa pelancaran juga, pengguna ALCATEL ONETOUCH FLASH disaran menggunakan #BEaFlasher untuk berkongsi gambar selfie di media sosial.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon ONETOUCH FLASH ini, jualan akan bermula pada 12 Disember 2014 dengan harga RM699 sahaja dengan pelbagai pekej istimewa seperti flip cover, screen warenty dan 1000 pembeli pertama akan mendapat selfie sticks.

Terdapat 2 pilihan warna ALCATEL ONETOUCH FLASH ini iaitu Crystal White dan Gun Grey.


Creadit :SOP

XOXO


No comments: