Review novel KACAU

Assalamualaikum

Sekian lama aku tak update, hari ini aku nak update blog aku yang sudah mula bersawang ni. Entry hari ini berkaitan dengan novel yang aku beli baru-baru ini. Masih lagi freshie dan panas-panas lagi. 

Seperti yang korang baca tajuk dekat atas tu, aku dan maklumkan tajuk novel ini KACAU keluaran FIXI . Yeah, sekarang ni fenomena FIXI semakin menjadi-jadi kan? Ataupun itu hanyalah yang aku rasa? Apapun, aku enjoy dengan buku keluaran FIXI ini. 

Sebelum aku review tentang novel KACAU ini, aku nak cerita dulu pengalaman semasa aku beli buku ini. Acewahh! Waktu tu aku nak makan dekat satu restoran jepun dekat Bangi Gateway. So, alang-alang nampak MPH dekat situ, aku pun pergilah jenguk-jenguk buku yang ada. Kebetulan pula, rak bahagian buku keluaran FIXI ini agak depan, so mata aku dah bersinar-sinar dah teringin nak baca buku keluaran FIXI ni. Sebab ada yang kata buku keluaran dia memang best! Memang menakutkan sampai kadang-kadang tu termimpi-mimpi watak-watak dalam buku itu. 

Mula sekali fenomena FIXI ni datang dalam hidup aku selepas aku pergi melawat rumah Pak Su aku di Janda Baik. Anak dia ada bagi aku baca buku keluaran FIXI bertajuk MENTAL. Aku baca setengah ja, sebab tak sempat nak habiskan. And last sekali my cousin tu lah yang tolong ceritakan apa kesudahan cerita MENTAL tersebut.

Sebenarnya aku tengah cari buku novel ASRAMA coz kawan aku puji yang buku tu best. Cari tak jumpa and last sekali aku tanya akak MPH tu dia kata buku tu habis dah. So, aku masih berfikir nak beli buku apa. Aku nampak buku DIAgnosis and aku teringat review novel tu daripada Fatin Liyana. Bila aku tengok price dia, dalam RM20 lebih lah. Tapi buku dia agak nipis. So, aku terfikir sekali lagi nak beli ke idok? Tetibe cousin aku cakap buku KACAU tu best jugak. And last sekali buku KACAU tu jugak jadi pilihan hati.

REVIEW NOVEL KACAU

gambar ini diambil dari google. Malas nak tangkap.

Cerita dia ni berkisarkan tentang Jimie atau nama sebenar Najmi and the gang, Ajim, Al, Syida, Fiq, Syira and Amat suka buat ghost hunt. Satu hari diorang buat ghost hunt dekat sebuah shopping complex yang dah lama ditutup atas sebab bankrap. Kemudian kawan diorang, Ajim ajak main Spirit Of The Coin untuk memuja hantu tersebut. Lepas main spirit tu, diorang sering kena kacau sampai jadi kes kematian. 

Cerita ni bagus jugak sebab ada pengajaran dia supaya kita jangan percaya dengan kata-kata makhluk yang dilaknat Allah ini even kita ada kelebihan untuk berubat pun. Sebab memang depa dah berjanji depa Allah untuk menyesatkan anak-anak Nabi Adam ini.

Cerita ini bagi aku oklah. Tapi part yang terbayang dalam otak aku bila mandi ada orang pegang belakang tu. Itu memang scary bagi aku bila aku nak mandi. So, belilah ya kalau korang nak tahu kisah dia. 


XOXO

2 comments:

N.I.S SARTORIUS said...

Dh bli and dh bce.. tpi 2 soaln yg trngiang ngiang dkt pikirn nih..�� first skali.. amat mati mcm mne sbb die x bgitau last tuh.. yg kdue pulak.. ape kisah malika tuh?? Still x phm.. tlong jelaskn blh..��

N.I.S SARTORIUS said...

Dh bli and dh bce.. tpi 2 soaln yg trngiang ngiang dkt pikirn nih..�� first skali.. amat mati mcm mne sbb die x bgitau last tuh.. yg kdue pulak.. ape kisah malika tuh?? Still x phm.. tlong jelaskn blh..��