10 Alat Permainan Kanak-kanak Yang Diharamkan Di Dunia

Assalamualaikum

Hye, peeps! Confirm rindu kan? Cakap ajalah. Anyway, aku sibuk sangat tahun ni. Well, asrama balik dua minggu sekali. Asal nak update je confirm malas. So, hari ini aku kembali nak mengupdate blog. Ok, aku akan mula.

10 ALAT PERMAINAN KANAK-KANAK YANG DIHARAMKAN DI DUNIA
10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle


Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya.


9. Aqua – Dots



Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.


 8. Sky Dancers Flying Dolls

Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000.


7. Easy Bake Oven – Hasbro



Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika si manja ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2 berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam tangan.Hasbro berhenti pengeluaran pada tahun 2007


6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel



Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik yg akan mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997.


5. Battlestar Gallactica Missile Launcher


Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas tercekik pada salah satu alat pelancar peluru berpandu


4. Chicken Limbo Party Time


Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak mempunyai tiang yg kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh pada kanak kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes dilaporkan menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki & tangan. Diharamkan pada tahun 2006

 3. Clackers


Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan ketika bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981

2. Mini Hammocks – EZ Sales



Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12 kematian dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti lemas, terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos 1996


 1.Jarts – Lawn Darts



Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya dilontarkan pada permukaan rumput sahaja. Alart permainan dart ini boleh munusuk ke mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700 kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan selama-lamanya bermula pada tahun 1988.

Sumber : EjenInfo

XOXO