My Super Duper Sempoi Classmates #1 ( Harmonique Group )

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak update blog kan? Hari ini baru ada masa sedikit nak buka cerita and kongsikan cerita buat korang semua. Well, sekarang ini aku sedang menunggu blogger yang baik hati yang sudi nak sponsor untuk kempen yang bakal aku dan blogger Fatini Fattah anjurkan. So, aku harap sangat ada blogger yang baik hati sudi-sudi jadi sponsor untuk kempen #Pray4Gaza ini. 


So, memandangkan raya besok, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog aku yang sekarang sedang baca entry ini, dan "Hai! Selamat Hari Raya." okey (-_-)


So, back to the topic , hari ni rasa macam nak cerita pasal my classmates. Well, baru masuk alam sekolah menengah kan? Cuma, aku akan ceritakan yang mana classmates yang rapat dengan aku je lah. Jenuhlah kalau aku rajin sangat nak cerita semuanya.


Hari ini dengan rasminya akan aku pilih 2 orang kawan aku ini daripada kumpulan Harmonique yang diorang reka sendiri. 


Ini Nur Fatimah. Dia ini ya ampun! Penat hamba mendengar cerita silamnya. Serius! Bila dia cerita balik kisah silam dia di sekolah rendah dia dulu, penuh dengan kenakalan dan kekejaman yang dia lakukan. Memang samseng gila lah ! Malah, dia pernah dapat anugerah BUDAK PAILANG SEKOLAH masa dia sekolah rendah dulu. Tak sangka dia boleh jadi kawan aku yang baik ni. Huhuhu ...

Fatimah ini memang suka menyanyi. Suara dia tak payah cakap. Sedap sama macam Ning Baizura. Boleh masuk ahli koir. Dia addicted sangat dengan kpop dan Running Man! Tak tahu nak cakap apa. Semua episode Running Man tak pernah dia lepas. Malah, siap ciptakan kuasa Running Man untuk kawan-kawan dia. Adoyoii!

Kelebihan dia, dia dapat baca fikiran orang. Okey, ini hanya kuasa yang diidamkan. Dia minat Song Jihyo gila bapak! Dia suka sangat berangan hidup dia dengan D.O. group EX0 tu. Dah berapa cerita dia buat. Boleh jadi pengarah filem! Black Pearl , 2 Girls 2 Hearts , One Heart macam-macam lagilah! Semua cerita yang dia cerita dekat aku terbengkalai gitu aja. Huhuhu.

Dia ini segangster-gangster dia , sepailang-pailang dia, kalau tengok cerita yang sedih tu nangis gila bapak! Termasuklah buku "Black Beauty" buku komik pelajaran Form 1 pinjaman kerajaan punya. Contoh cerita yang dia nangis bila tengok , One Litre Of Tears dengan Miracle In Cell No 7

Fatimah ni terror dalam bahasa Inggeris. Terror lah dalam kelas kami. Kadang tu kami minta nak baca esei dia. Tapi baru baca baris pertama, terus pulangkan balik. Tulisan dia tu... ya Ampun!!! Actually, tulisan dia cantik je, tapi dia tu pemalas sangat! Tulisan pun cakar beruk dah.

Satu lagi perangai Fatimah ni, dia ni suka tunjuk berani.. Tapi bila duduk dengan aku je, menjerit tak henti-henti. Penakut sebenarnya. Kalau korang jumpa dia, jangan nak gelak-gelak depan dia pulak. Buat-buat tak kenal sudah, okey? ( :P )



Itu pulak Aqilah Hanin. Yang dalam kotak merah tu. Aku tak ada gambar diorang, Just cilop-cilop dalam fb diorang je. 

Aqilah ini pendiam orang nya. Kalau tak kenal dia betul-betul memang kita rasa dia ni pendiam dan tak nak kawan dengan orang. Tapi sekali kawan dengan dia.. Fuh! Dia dengan Fatimah tu bolehlah masuk. Suara dia pun sedap tapi tak adalah suara Ning Baizura. Suara dia boleh jadi suara latar yang terbaiksss! 

Suara dia pun sedap ! Aku memang suka dengar suara dia apabila digandingi dengan Fatimah. Tambah-tambah bila diorang nyanyi lagu lagu yang ada suara latar. Cukup sempurna! 

Aqilah ini juga kalau bab kpop, memang no 1. Tanya je pernah dengar tak lagu ni? Konfem dia akan jawab pernah. Pandai pun pandai jugak. Aqilah kalau sekali dengar lagu kpop tu, dia akan hadam dulu. Kali kedua atau ketiga dia dah boleh hafal sikit-sikit walaupun lupa. Rentak-rentak tu mesti dia ingat! Dia dengan Fatimah pandai tulis dalam bahasa korea.


       Mereka dua ni kreatif sangat. Kalau tengok buku kumpulan Harmonique diorang ni, dengan logo Harmonique bagai. Perrgghh! Tertarik kut! Cantik. Diorang 2 ni memang bestprend lah aku tengok. Fatimah ni kasar sikit. Aqilah ni agak lembut dan nampak budak baik tu .

Apapun diorang memang the best lah! Aku suka kawan dengan diorang. Sebab diorang 2 suka nyanyi. Sama macam aku! Dan juga diorang ni memang lawak. Diorang memang OHSEM Lah ! 


XOXO

No comments: