Alhamdulillah, Selamat Seorang Umat Manusia Hari Ini !

Assalamualaikum

Ramai yang sudah tahu berkaitan seorang perempuan cina yang kini sudah memeluk agama Islam. Siapa yang tak kenal Felixia Yeap, model jenama Playboy pada suatu hari yang dulu dan sekarang rasanya tidak perlu dikenang kembali. 


Ya, Felixia Yeap kelihatan sangat manis mengenakan hijab sejak 3 bulan yang lepas. Katanya, beliau selesa mengenakan hijab dan pakaian yang menutup aurat selepas beliau berjaya menjadi model yang mengenakan hijab.

Dan kini kita dapat lihat, janjinya untuk memeluk agama Islam pada 3 Julai 2014 bersamaan 5 Ramadhan 1434 Masihi akhirnya terlaksana disaksikan oleh 4 orang saksi. Beliau masih tetap mengekalkan nama beliau sebagai Felixia Yeap. Malah, beliau juga menukar nama Islam sebagai Rania. 

Alhamdulillah, selamat juga salah seorang manusia daripada api neraka. Doakan semoga beliau istiqamah dengan cara pakaian beliau . Malah, kita sebagai umat Islam juga perlu menjadi contoh yang terbaik untuk Felixia Yeap @ Rania untuk lebih berusaha ke arah yang lebih baik. Aamiin. 


Entry Felixia Yeap berkaitan Hari Kelahiran Beliau Semula.


XOXO

No comments: