Minal Aidin Wal Faizin

Assalamualaikum

Ya, kalau dapat lihat ramai blogger post fasal Hari Raya bukan? Aku pun act malas sebenarnya nak post tentang raya, tapi apa salahnya kan? Lagipun raya sekali setahun. Hehe. Yelah dia tuuu.. 

Cerita raya aku kali ini tak adalah best sangat. Memang seriously rasa macam tak raya tahun ni. Mybe sebab ada kekurangan yang berlaku tak seperti tahun-tahun sebelum ni. Antaranya, TAK MAIN MERCUN , BAJU RAYA T-SHIRT TAK ADA, dan sebagainya. Huhu

So, first sekali aku pergi beraya rumah , konfem-konfem lah Chaq Bibi ; jiran lama aku. Sebab apa? Haha. Sebab 'bank' . Muehehehe :D

Tapi sebelum aku pergi rumah Chaq Bibi, aku pergi rumah Kak Pah ( jiran lama aku dan jiran Chaq Bibi ) , sebab rumah Chaq Bibi waktu tu penuh sangat orang. Then, lepas pekena laksa. Kami pun gerak-gerak gi rumah Chaq Bibi.




Lepas tu, kami terus gi beraya rumah Pendekar Gunung Keriang. Dekat mana lagi dah kalau nama diberi 'Pendekar Gunung Keriang' ? Gunung Kerianglah. Kueng kueng :3

Balik tu memang terus letak badan tidur atas katil. Bangun je mak ajak gi beraya rumah paklong pulak. Siap-siaplah dulu then terus gerak. Sampai tu dalam senja jugaklah. 

Waktu datang rumah paklong tu, ada tetamu lain yang datang rumah. Kami pun masuk ikut pintu depan tapi belakang .. Erkkk (-.-) Kami dijemput ke ruang tamu, tapi mak aku segan, then kami makan dekat dapur rumah paklong aku je. It's okay. Janji makan kau! 

Diorang jamu mee kari. Lepas makan, sembang-sembang kejap. Then, balik. Okey, tak menarik. Huhuhu ( -.-' ) 




XOXO

My Super Duper Sempoi Classmates #1 ( Harmonique Group )

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak update blog kan? Hari ini baru ada masa sedikit nak buka cerita and kongsikan cerita buat korang semua. Well, sekarang ini aku sedang menunggu blogger yang baik hati yang sudi nak sponsor untuk kempen yang bakal aku dan blogger Fatini Fattah anjurkan. So, aku harap sangat ada blogger yang baik hati sudi-sudi jadi sponsor untuk kempen #Pray4Gaza ini. 


So, memandangkan raya besok, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog aku yang sekarang sedang baca entry ini, dan "Hai! Selamat Hari Raya." okey (-_-)


So, back to the topic , hari ni rasa macam nak cerita pasal my classmates. Well, baru masuk alam sekolah menengah kan? Cuma, aku akan ceritakan yang mana classmates yang rapat dengan aku je lah. Jenuhlah kalau aku rajin sangat nak cerita semuanya.


Hari ini dengan rasminya akan aku pilih 2 orang kawan aku ini daripada kumpulan Harmonique yang diorang reka sendiri. 


Ini Nur Fatimah. Dia ini ya ampun! Penat hamba mendengar cerita silamnya. Serius! Bila dia cerita balik kisah silam dia di sekolah rendah dia dulu, penuh dengan kenakalan dan kekejaman yang dia lakukan. Memang samseng gila lah ! Malah, dia pernah dapat anugerah BUDAK PAILANG SEKOLAH masa dia sekolah rendah dulu. Tak sangka dia boleh jadi kawan aku yang baik ni. Huhuhu ...

Fatimah ini memang suka menyanyi. Suara dia tak payah cakap. Sedap sama macam Ning Baizura. Boleh masuk ahli koir. Dia addicted sangat dengan kpop dan Running Man! Tak tahu nak cakap apa. Semua episode Running Man tak pernah dia lepas. Malah, siap ciptakan kuasa Running Man untuk kawan-kawan dia. Adoyoii!

Kelebihan dia, dia dapat baca fikiran orang. Okey, ini hanya kuasa yang diidamkan. Dia minat Song Jihyo gila bapak! Dia suka sangat berangan hidup dia dengan D.O. group EX0 tu. Dah berapa cerita dia buat. Boleh jadi pengarah filem! Black Pearl , 2 Girls 2 Hearts , One Heart macam-macam lagilah! Semua cerita yang dia cerita dekat aku terbengkalai gitu aja. Huhuhu.

Dia ini segangster-gangster dia , sepailang-pailang dia, kalau tengok cerita yang sedih tu nangis gila bapak! Termasuklah buku "Black Beauty" buku komik pelajaran Form 1 pinjaman kerajaan punya. Contoh cerita yang dia nangis bila tengok , One Litre Of Tears dengan Miracle In Cell No 7

Fatimah ni terror dalam bahasa Inggeris. Terror lah dalam kelas kami. Kadang tu kami minta nak baca esei dia. Tapi baru baca baris pertama, terus pulangkan balik. Tulisan dia tu... ya Ampun!!! Actually, tulisan dia cantik je, tapi dia tu pemalas sangat! Tulisan pun cakar beruk dah.

Satu lagi perangai Fatimah ni, dia ni suka tunjuk berani.. Tapi bila duduk dengan aku je, menjerit tak henti-henti. Penakut sebenarnya. Kalau korang jumpa dia, jangan nak gelak-gelak depan dia pulak. Buat-buat tak kenal sudah, okey? ( :P )



Itu pulak Aqilah Hanin. Yang dalam kotak merah tu. Aku tak ada gambar diorang, Just cilop-cilop dalam fb diorang je. 

Aqilah ini pendiam orang nya. Kalau tak kenal dia betul-betul memang kita rasa dia ni pendiam dan tak nak kawan dengan orang. Tapi sekali kawan dengan dia.. Fuh! Dia dengan Fatimah tu bolehlah masuk. Suara dia pun sedap tapi tak adalah suara Ning Baizura. Suara dia boleh jadi suara latar yang terbaiksss! 

Suara dia pun sedap ! Aku memang suka dengar suara dia apabila digandingi dengan Fatimah. Tambah-tambah bila diorang nyanyi lagu lagu yang ada suara latar. Cukup sempurna! 

Aqilah ini juga kalau bab kpop, memang no 1. Tanya je pernah dengar tak lagu ni? Konfem dia akan jawab pernah. Pandai pun pandai jugak. Aqilah kalau sekali dengar lagu kpop tu, dia akan hadam dulu. Kali kedua atau ketiga dia dah boleh hafal sikit-sikit walaupun lupa. Rentak-rentak tu mesti dia ingat! Dia dengan Fatimah pandai tulis dalam bahasa korea.


       Mereka dua ni kreatif sangat. Kalau tengok buku kumpulan Harmonique diorang ni, dengan logo Harmonique bagai. Perrgghh! Tertarik kut! Cantik. Diorang 2 ni memang bestprend lah aku tengok. Fatimah ni kasar sikit. Aqilah ni agak lembut dan nampak budak baik tu .

Apapun diorang memang the best lah! Aku suka kawan dengan diorang. Sebab diorang 2 suka nyanyi. Sama macam aku! Dan juga diorang ni memang lawak. Diorang memang OHSEM Lah ! 


XOXO

Track & Trace Sponsor ( Kempen #Pray4Gaza by F.A )

Assalamualaikum

Sekian lama aku tak buat giveaway, kini aku kembali dengan perkataan 'KEMPEN' pula. Ye, idea nak buat Kempen #Pray4Gaza ni datang daripada blogger fatinifattah yang sekarang is my monitor class class monitor kau.

So, tanpa tunggu-tunggu lagi, aku nak umumkan 'PENCARIAN SPONSOR BAGI KEMPEN #PRAY4GAZA BY F.A'


So, aku harap sangat-sangat dan sangat korang dapat jadi sponsor bagi kempen aku ini. Lagi ramai lagi bagus! Pm fatinifattah.bs.com

Syarat-syarat:
  1. Minimum syarat yang hangpa nak bagi kat peserta ialah 1 syarat
  2. Syarat wajib yang akan kami tetapkan bagi semua sponsor Wajib Follow Blog
  3. No klik ads, no like gambar. Follow Twitter, Facebook page, Instagram DIBENARKAN
  4. Hadiah: Tidak boleh bagi barangan blog kecuali bagi topap, barangan pos lagilah dialu-alukan :) Dan lain-lain lagi yang munasabah.
Kelebihan Menjadi Sponsor:

  1. Dapat promote bisnes korang melalui Facebook, Instagram etc. 
  2. Dapat jadi budak hot kat Twitter
  3. Dapat tambah follower
  4. Dapat kuatkan ukhwah sesama blogger yang lain *Eceeewah*
  5. Dapat pahala besar memberi hadiah kepada orang ramai.
  6. Dapat pahala bersepakat dalam mengingatkan orang ramai tentang kekejaman yang berlaku di Gaza. 
Kalau sudah yakin nak jadi sponsor and tambah pahala, berikan details ini :
  • Url Blog: 
  • Hadiah yang nak disponsor:
  • Nak sponsor untuk berapa orang :
  • Syarat (1) :
  • Link facebook yang boleh digunakan untuk dicontact:

Insya-Allah, kempen ini akan dimulakan lepas raya kalau tiada lagi halangan. Sudi-sudilah menjadi sponsor wahai cik adik abang kakak tuan puan pakcik makcik.

XOXO

Alhamdulillah, Selamat Seorang Umat Manusia Hari Ini !

Assalamualaikum

Ramai yang sudah tahu berkaitan seorang perempuan cina yang kini sudah memeluk agama Islam. Siapa yang tak kenal Felixia Yeap, model jenama Playboy pada suatu hari yang dulu dan sekarang rasanya tidak perlu dikenang kembali. 


Ya, Felixia Yeap kelihatan sangat manis mengenakan hijab sejak 3 bulan yang lepas. Katanya, beliau selesa mengenakan hijab dan pakaian yang menutup aurat selepas beliau berjaya menjadi model yang mengenakan hijab.

Dan kini kita dapat lihat, janjinya untuk memeluk agama Islam pada 3 Julai 2014 bersamaan 5 Ramadhan 1434 Masihi akhirnya terlaksana disaksikan oleh 4 orang saksi. Beliau masih tetap mengekalkan nama beliau sebagai Felixia Yeap. Malah, beliau juga menukar nama Islam sebagai Rania. 

Alhamdulillah, selamat juga salah seorang manusia daripada api neraka. Doakan semoga beliau istiqamah dengan cara pakaian beliau . Malah, kita sebagai umat Islam juga perlu menjadi contoh yang terbaik untuk Felixia Yeap @ Rania untuk lebih berusaha ke arah yang lebih baik. Aamiin. 


Entry Felixia Yeap berkaitan Hari Kelahiran Beliau Semula.


XOXO