Tragedi Keropok Lekor Frozen

Assalamualaikum 

When you read the topic about, you feel like "Wow! The topic sounds like MH370!" Hahaha! Ok, stop it .

Hari ini aku nak kongsi satu cerita pahit aku dekat uolss. Beberapa hari yang lepas, kakak aku ada beli keropok lekor frozen dekat UTC Kedah. Seriously, keropok lekor frozen yang sedap yang pernah aku makan ever. Keropok lekor style yang tebal itu.

So, nak dijadikan cerita kakak aku panggil aku tolong goreng keropok lekor frozen tu . Then, lepas tunggu minyak dah panas, aku pun masukkan lah keropok lekor yang dipotong kecik-kecil itu . Kononnya nak bajet sekejap-sekejap ler.






Bajet tak? Wahaha! Then, keropok lekor untuk first pusingan dah jadi. Untuk pusingan kedua pula aku goreng memanglah jadi, but time aku nak angkat masukkan dalam pinggan tiba-tiba sahaja api tu like a bom yang besar. Tak ada lah macam sprinkle yang kecil-kecil itu.

Korang bayangkan ler tangan aku ini tengah masukkan keropok lekor itu dalam pinggan. Tiba-tiba sahaja api tu datang menyerang dan kena tangan aku, mahu taknya terkejut beruk aku. Pinggan yang aku pegang tu terhempas atas lantai dan pinggan itu pecah. Tamatlah riwayat hidup pinggan itu . :(




Bukan tangan kanan je kena, malah lengan kiri,lengan kanan dan hidung aku juga. Bekas yang terkena tu jadi mengelembung macam taik lalat hidup.



Esok pagi itu, aku tengok bekas gelembung tu dah pecah. Mybe time aku tidur aku tertindih. Besok tu sakitnya, Ya-Allah nak ambil wudhuk pun susah.

Ada apa-apa petua tak bagi bekas-bekas ini cepat hilang tanpa meninggalkan parut? Sudi-sudilah kongsi bersama ya!

Thank you for reading this entry .
XOXO

No comments: