Sponsor Dinner untuk Family

Assalamualaikum 

Cerita ini berlaku kira-kira minggu lepas. Ketika itu, perut aku gila mengidam nak makan Domino's Pizza. Memandangkan dapat kupon-kupon Domino's Pizza secara free ketika pulang dari sekolah menuju ke asrama melalui jejantas. 


Demi memenuhi permintaan perut aku ini, aku minta izin pada kakak aku. Bukan minta izin supaya minta restu nak membeli, tapi minta izin keluarkan duit kakak aku untuk makan malam hari itu. Tapi melihat sahaja wajah mereka-mereka yang acuh tidak acuh, serta merta tak jadi pelan aku hendak meminta mereka belanja makan malam tersebut dengan Domino's Pizza.

Melihatkan perut aku yang sudah kemurungan, melihatkan wang saku aku yang kian berkurangan,aku nekad! Aku gagahkan juga! 

 "Oh! Stop Ashya'. Stop gunakan bahasa-bahasa itu.Cakap macam biasa tak boleh kah?"
Akhirnya ada orang menegur. Muehehe :3 

Dan ketika itu bersiaranlah cerita terbaru di kaca televisyen " Kerana Terpaksa ... Aku Relakan " , family aku masing-masing melayan cerita tu. Aku pula sibuk on laptop dan terfikir-fikir patutkah aku beli ? Kalau aku beli, boleh buat suprise untuk family aku and then boleh bagi hadiah birthday secara serentak untuk semua sekali memandangkan birthday semua orang dah lepas. Jimat! Jimat! :3

So, dengan tak ragu-ragunya aku tekan butang 'Confirm' sebab aku yang bayar. So, buat apa nak ragu-ragu? 


Sementara tunggu tu, aku join sekaki tengok tv dengan my family. Aku dah solat lah time tu. Don't worrylah :) 

Aku rasa penghantaran time tu lambat gila! Mungkin sebab aku yang ternanti-nanti kut. Aku cuba buat rajin dengan mengutip baju diluar walhal aku dah tahu kakak aku dah kutip. Sebenarnya aku tak nak family aku tahu kehadiran abang delivery tu. But, abang delivery tu datang lambat sangat. So, aku terpaksa juga masuk ke dalam rumah.

Waktu tu, cerita yang disiarkan itu dah habis. Jadi,aku pun dengan senang hatinya menunggu. Tapi ketika itu kakak aku sedang makan. Waduuh! So, aku pun tak bisa lah sembunyikan suprise ini. Tiba-tiba, dengar bunyi hon kuat dari luar. Mau nya aku lagi, 'Waduuh! Abang oii. Saya nak buat suprise lah. :3 .'

Kakak aku pun macam, 'Ashya, sapa datang tu?' Aku time tu dah meluru keluar. Kalau boleh tak mahu kakak aku ikut keluar. Tapi, kakak aku ikut keluar juga. Takut-takut lah hantu kepala teleng datang pula tengah-tengah senja tu. :3 . 

Lepas dapat pizza-pizza yang ditempah tu, kakak aku pun, ' Awat tiba-tiba nak belanja ni?'  Jawapan aku? ' Hadiah birthday untuk semua ' Selamba doe :3


Disebabkan abang delivery itu lambat, nasib dia tak lupa nak bagi reedem card. Kalau tak, mau aku sekeh kepala abang tu. (Macam berani) :3

So, malam itu kami satu family makan sama-sama. Akhirnya, hasrat perut aku tercapai juga. Dan malam itu perut aku dah tak murung-murung dah. 

Kadang-kadang tu apabila kita buat sesuatu kebaikkan kepada orang espeacilly family kita, rasa satu kepuasan disitu. Lepas ini, kalau ada duit lebih bolehlah aku belanja lagi. Untung family aku dapat aku. Wahaha :3

Thank you for reading this entry.
XOXO  

No comments: