Perangkap Lalat Jadi Pilihan

Assalamualaikum

Bagi aku, sepatutnya entri ini tidak patut diterbitkan. Tapi , kakak aku yang kata kalau tiada entri nak tulis dalam blog , meh sini tulis fasal perangkap lalat. Sebab rumah aku hari ini banyak sangat lalat nya. Macam tahu-tahu sahaja yang kami akan masak hari ini.

Perangkap lalat ini busuk sangat baunya! Patutlah lalat suka sangat. Kan suka sangat busuk tu, dah kena perangkap. Wahahaha (gelak jahat) . Aku paling tak suka part nak buka perangkap lalat itu. Busuknya.... hanya orang yang buka perangkap lalat sahaja yang tahu. 


Macam inilah perangkap lalat itu. Sekali buka, bau ikan masin peram setahun ! Kalau rasa rumah itu macam sarang lalat, selalu-selalulah buka pelekat perangkap lalat ini. Beli stok banyak-banyak untuk masa depan sekali :P . Boleh didapati di Pasaraya Besar ataupun Pasar Malam.

 

macam inilah dia melekat. Geli bukan? Hehehe. Semua gambar ini cilop-cilop belaka dekat Google.
Pernah jadi satu ketika, aku buka pelekat lalat ini. Then, letak lah supaya lalat terperangkap. Bila tengok balik je, bukan lalat je terperangkap dekat situ, malah ada seekor cicak juga terperangkap. Wahahaha!

Ok, buat peniaga-peniaga yang menjual makanan, kalau rasa lalat tu banyak sangat and terlalu menggangu konsterasi anda bekerja, bolehlah try Pelekat Perangkap Lalat ini. Sebelum buka tu tenyeh-tenyeh sikit, then baru buka.. Ok?


Thank you for reading this entry.
XOXO

No comments: