Jamuan Tak Jamuan , MC Tak MC

Assalamualaikum,

Dah dua minggu aku tak update blog bukan? Biasalah, it's a normal. Aku kan tinggal dekat hostel. Dua minggu sekali sahaja balik. Ok, back to the topic. Korang pernah baca tak entry aku yang ini : May In Memory

Dalam entry tu ada aku cakap aku bakal jadi MC hanya untuk jamuan bilik dekat hostel aku. So, nak dijadikan cerita hari Sabtu itu aku pun ready packing barang ntuk balik hostel.

Aku ditugaskan untuk membawa satu makanan dari rumah aku. Cadangnya nak buat trifle, tapi itu semua taik ayam je! Cadang je lebih. 

  
Gambar diambil daripada google sahaja. Nak buat pun malas sikit. Eh, bukan malas. Tapi bahan tak beli lagi.:P

Jadi, mak aku pun tempah laksam 2kg dekat kedai Harun Laksa. Pergh! Sedap laksam dia. Bila aku sampai asrama, kemas barang and nothing to do. 

Jamuan ini kami ditugaskan mengikut tingkatan. 

Tingkatan Satu  : Kebersihan T_T
Tingkatan Dua dan Tiga : Keceriaan
Tingkatan Empat  : Makanan 
Tingkatan Lima : Peluang untuk rehat

Balik daripada solat Isyak, kami tak boleh masuk dalam bilik lagi. Tingakatan dua dan tiga tengah ceriakan bilik sempena jamuan ini. Jadi, kami pun berkumpul sama-sama dan bersembang dalam bilik iron sebelah bilik kami. Kemudian, kakak-kakak tingkatan 3 panggil untuk masuk. Kami disuruh berkumpul dan tutup mata. 

Tingkatan Satu masuk dalam bilik dahulu kemudian diikuti tingkatan empat dan lima. Keadaan dalam bilik ketika itu gelap! Kemudian lepas kami semua duduk, kami disuruh buka mata dan lampu terbuka. Nampak pentas mini yang dibuat dengan bantal-bantal dan selimut-selimut di hadapan bilik. Nampak juga dekat atas pentas mini tu ada banyak belon-belon . Kemudia kakak tingkatan tiga sambut dengan kata-kata 'Selamat Datang Ke Jamuan Bilik 10' kemudian dia spray salji yang mereka beli dekat atas belon itu. Ketika itu, reaksi semua ahli-ahli bilik kami..... krik . krik . krik .

Ok, then aku dipanggil kehadapan untuk jadi mc malam itu. Serius! Dah tak macam mc pun aku tengok. Aku hanya suruh orang baca doa dan kemudia makan. Lepas makan, ada persembahan daripa kakak-kakak form 4 dan form 5. Form 4 buat lakonan dan form 5 nyanyi.

Then, katanya nak main game. Main tu, mainlah. Tapi sorang pun tak layan game ni. Bila part orang ni main game, orang lain pula tengah sembang. Langsung tak tumpu pada game ni. Then, kami main tukar-tukar hadiah. Asalnya aku tak beli lagi hadiah cuz tak sempat. Tiba-tiba petang tu kakak aku hantarkan hadiah. Jahat gila kakak aku! Dia bagi honeystar je. Kemudian balut dengan pembalut hadiah.

Nak dijadikan cerita, orang yang bagi hadiah dekat aku tu dapat hadiah aku. Aku dapat selimut berbulu. Bila kakak tu tahu isi hadiah aku, muka dia macam nampak ketara sangat walaupun dia kata dia okey je. Sumpah! Aku kesian gila dengan kakak tu. Sorry, Kak Wana. Huhuhu

Yang tu je aktiviti sempena jamuan bilik kami. Selebihnya kami pijak-pijak belon sampai pecah lepastu cucuk dengan batang satay. Then, kemas-kemas dan masuk tidur.

Sorry cerita yang membosankan. ~_~

XOXO


No comments: