Finally, Boleh Juga Buat Pudding Triffle!

Assalamualaikum

Rindu tak? Hehe. Bersedialah semua rakyat jelata beta, beta akan turun menghancurkan dunia blog ini ! Okey, memandangkan puasa sudah mula masuk selama sehari, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak ! Semoga puasa korang dan juga aku berkat. Semoga bulan ini juga bulan keberkatan bagi setiap umat Islam. 

Okey, back to the topic. Entry aku yang lepas pernah cakap yang aku teringin sangat nak cuba membuat puding triffle. And this day, 29.06.2014 , 1 Ramadhan di Malaysia aku berjaya membuat puding triffle! Amboi, excited ko. 

Aku baru sahaja pulang dari beli barang-barang untuk balik hostel. Alang-alang dekat Tesco tu, bila nampak mix fruit dalam tin terus teringat nak buat puding triffle. Then, aku pun beli lah semua bahan-bahan tersebut. 

 

Resepi ini diambil daripada kakak kawan kakak aku. Faham tak? -_- Lupakan.

So, aku dan Pendekar Gunung Keriang telah melaksanakan segala eksperimen yang pertama kami di waktu tengahari di bulan puasa. Selepas bertungkus lumus menyiapkan, dengan bancuhan kastard jadi berketul-ketul dan gula tidak masukkan akhirnya kami berjaya menyiapkan!




 

 Harap menjadi. Insya-Allah! Akhir kata, selamat menjamu mata dan selamat berpuasa juga selamat membuka puasa selama 5 jam lagi. #SalamRamadhan

XOXO

No comments: