Dapat Sim Card Baru , Jatuh Handphone Lama

Assalamualaikum.

Hari ini aku ada dekat Bangi. Saja cuti ini aku luangkan sedikit masa di Selangor. Kelmarin baru aku bertolak dengan kakak aku dan adik aku naik bas.

So kelmarin , Pendekar Gunung Keriang ada belikan sim card celcom baru untuk aku. Sebelum ini aku pakai sim card umobile. Tapi entah kenapa sejak- menjak ini sim card aku tak boleh detect. So, memandangkan aku akan pergi ke Selangor dengan menaiki bas lebih baik beli sim card baru untuk mudahkan urusan. Takut nanti sim card kakak aku rosak pula. Mana kita nak tahu kan?

Bila dah sampai Selangor tu, mak ngah dengan pak ngah datang jemput dari Stesen Bas Kajang. Sampai tu waktu malam juga. Mak ngah dan Pak ngah bawa makan dekat Restoran Berlauk di Bangi. Aku cadang nak masuk tandas kejap. 

Tiba-tiba ja aku rasa menyesal bawa masuk handphone dalam tandas. Handphone aku jatuh dalam lubang tandas! Huhuhu! Aku bagitahu pekerja-pekerja situ. Cara mereka macam nak tolong lah konon. Tapi sekali buat derk macam tak ada apa-apa berlaku. Then, aku keluar dari tempat tandas tu terus maklumkan pada semua yang ada dekat meja tu. 

Reaksi diorang? Yes , confirm lah terkejut! Sedih lah! Yelah, baru pagi tadi dapat sim card dah kena rejam dengan handphone yang dah banyak berjasa. Lastly, aku balik gitu aja tanpa minta lagi dekat pekerja tu nak ambil handphone aku. Well, diorang pun buat derk macam tak ada apa-apa berlaku. Aku lah! Geramnyaaa!


No comments: