Aku Suka Cara Fashion Designer Luar Negara Mendesign Baju Mereka

Assalamualaikum

Ha! Nak dijadikan cerita, kakak aku yang bakal berkahwin beberapa bulan lagi sibuk mencari baju yang sesuai untuk akad nikah dan baju kenduri kahwin dia. Tapi, kakak aku tak mahu sewa pakaian pengantin. Jadi dia cari baju kahwin yang style Abaya. Citarasa kakak aku yang simple mimple sahaja. So, dia pun godek godek lah cari Abaya yang cantik-cantik dekat website www.aabcollection.com.

Aab Collection ini menjual Abaya, Hijab , Jilbab, Hijab Caps dan juga Accesories. Aab Collection ini sebernanya berada di United Kingdom. Bila aku lakukan kaji selidik terhadap pakaian-pakaian dia Aab Collection ini, Mat Salleh memang suka buat baju yang simple mimple dan memilih sesuatu warna yang sangat nampak mahal dan bergaya . Kain mereka juga penuh dengan mutu tinggi. 

Bagi aku semua baju yang direka oleh Mat Salleh memang simple mimple and terbaik dari ladang lah! Kalau nampak baju yang macam Lady Gaga tu mereka cuma nak bagi Lady Gaga pakai seorang je. xD . 

So, bila lihat balik segala abaya-abaya yang dijual oleh Aab Collection itu, teringin pula nak kongsi Abaya itu dengan korang semua. 


Crochet Flare Pinky Lilac Abaya
 £34.99




Pink Peper Abaya
 £89.99


Pintuck Black Abaya
 £74.99


Dan banyak lagi Abaya yang boleh korang dapati di Aab Collection. Serius simple simple dan cantik-cantik belaka. Malah, Abaya untuk kanak-kanak juga turut ada. 

Abaya yang terjual dibahagikan kepada 9 :
  1. Everyday
  2. Classic Black
  3. Work Wear
  4. Occasions
  5. Hajj & Umrah
  6. Maternity 
  7. Kids Abayas
  8. Slip Dresses
  9. View All
Kakak aku sedang berkira-kira membuat pilihan. Nak beli atau tidak? Nak beli atau tidak?

So, yang aku nak cakap. Aku memang suka sangat-sangat dengan rekaan Fashion Designer Mat Salleh ini. Rekaan diorang memang meletops dan simple mimple yang menampakkan kemewahan. Berbanding orang kita yang mengenakan baju biru terang sampai pening kepala 7 hari 7 malam. Hehehehe :3

Thank you for reading this entry.
XOXO

No comments: