Finally, Boleh Juga Buat Pudding Triffle!

Assalamualaikum

Rindu tak? Hehe. Bersedialah semua rakyat jelata beta, beta akan turun menghancurkan dunia blog ini ! Okey, memandangkan puasa sudah mula masuk selama sehari, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak ! Semoga puasa korang dan juga aku berkat. Semoga bulan ini juga bulan keberkatan bagi setiap umat Islam. 

Okey, back to the topic. Entry aku yang lepas pernah cakap yang aku teringin sangat nak cuba membuat puding triffle. And this day, 29.06.2014 , 1 Ramadhan di Malaysia aku berjaya membuat puding triffle! Amboi, excited ko. 

Aku baru sahaja pulang dari beli barang-barang untuk balik hostel. Alang-alang dekat Tesco tu, bila nampak mix fruit dalam tin terus teringat nak buat puding triffle. Then, aku pun beli lah semua bahan-bahan tersebut. 

 

Resepi ini diambil daripada kakak kawan kakak aku. Faham tak? -_- Lupakan.

So, aku dan Pendekar Gunung Keriang telah melaksanakan segala eksperimen yang pertama kami di waktu tengahari di bulan puasa. Selepas bertungkus lumus menyiapkan, dengan bancuhan kastard jadi berketul-ketul dan gula tidak masukkan akhirnya kami berjaya menyiapkan!




 

 Harap menjadi. Insya-Allah! Akhir kata, selamat menjamu mata dan selamat berpuasa juga selamat membuka puasa selama 5 jam lagi. #SalamRamadhan

XOXO

Jamuan Tak Jamuan , MC Tak MC

Assalamualaikum,

Dah dua minggu aku tak update blog bukan? Biasalah, it's a normal. Aku kan tinggal dekat hostel. Dua minggu sekali sahaja balik. Ok, back to the topic. Korang pernah baca tak entry aku yang ini : May In Memory

Dalam entry tu ada aku cakap aku bakal jadi MC hanya untuk jamuan bilik dekat hostel aku. So, nak dijadikan cerita hari Sabtu itu aku pun ready packing barang ntuk balik hostel.

Aku ditugaskan untuk membawa satu makanan dari rumah aku. Cadangnya nak buat trifle, tapi itu semua taik ayam je! Cadang je lebih. 

  
Gambar diambil daripada google sahaja. Nak buat pun malas sikit. Eh, bukan malas. Tapi bahan tak beli lagi.:P

Jadi, mak aku pun tempah laksam 2kg dekat kedai Harun Laksa. Pergh! Sedap laksam dia. Bila aku sampai asrama, kemas barang and nothing to do. 

Jamuan ini kami ditugaskan mengikut tingkatan. 

Tingkatan Satu  : Kebersihan T_T
Tingkatan Dua dan Tiga : Keceriaan
Tingkatan Empat  : Makanan 
Tingkatan Lima : Peluang untuk rehat

Balik daripada solat Isyak, kami tak boleh masuk dalam bilik lagi. Tingakatan dua dan tiga tengah ceriakan bilik sempena jamuan ini. Jadi, kami pun berkumpul sama-sama dan bersembang dalam bilik iron sebelah bilik kami. Kemudian, kakak-kakak tingkatan 3 panggil untuk masuk. Kami disuruh berkumpul dan tutup mata. 

Tingkatan Satu masuk dalam bilik dahulu kemudian diikuti tingkatan empat dan lima. Keadaan dalam bilik ketika itu gelap! Kemudian lepas kami semua duduk, kami disuruh buka mata dan lampu terbuka. Nampak pentas mini yang dibuat dengan bantal-bantal dan selimut-selimut di hadapan bilik. Nampak juga dekat atas pentas mini tu ada banyak belon-belon . Kemudia kakak tingkatan tiga sambut dengan kata-kata 'Selamat Datang Ke Jamuan Bilik 10' kemudian dia spray salji yang mereka beli dekat atas belon itu. Ketika itu, reaksi semua ahli-ahli bilik kami..... krik . krik . krik .

Ok, then aku dipanggil kehadapan untuk jadi mc malam itu. Serius! Dah tak macam mc pun aku tengok. Aku hanya suruh orang baca doa dan kemudia makan. Lepas makan, ada persembahan daripa kakak-kakak form 4 dan form 5. Form 4 buat lakonan dan form 5 nyanyi.

Then, katanya nak main game. Main tu, mainlah. Tapi sorang pun tak layan game ni. Bila part orang ni main game, orang lain pula tengah sembang. Langsung tak tumpu pada game ni. Then, kami main tukar-tukar hadiah. Asalnya aku tak beli lagi hadiah cuz tak sempat. Tiba-tiba petang tu kakak aku hantarkan hadiah. Jahat gila kakak aku! Dia bagi honeystar je. Kemudian balut dengan pembalut hadiah.

Nak dijadikan cerita, orang yang bagi hadiah dekat aku tu dapat hadiah aku. Aku dapat selimut berbulu. Bila kakak tu tahu isi hadiah aku, muka dia macam nampak ketara sangat walaupun dia kata dia okey je. Sumpah! Aku kesian gila dengan kakak tu. Sorry, Kak Wana. Huhuhu

Yang tu je aktiviti sempena jamuan bilik kami. Selebihnya kami pijak-pijak belon sampai pecah lepastu cucuk dengan batang satay. Then, kemas-kemas dan masuk tidur.

Sorry cerita yang membosankan. ~_~

XOXO


Dapat Sim Card Baru , Jatuh Handphone Lama

Assalamualaikum.

Hari ini aku ada dekat Bangi. Saja cuti ini aku luangkan sedikit masa di Selangor. Kelmarin baru aku bertolak dengan kakak aku dan adik aku naik bas.

So kelmarin , Pendekar Gunung Keriang ada belikan sim card celcom baru untuk aku. Sebelum ini aku pakai sim card umobile. Tapi entah kenapa sejak- menjak ini sim card aku tak boleh detect. So, memandangkan aku akan pergi ke Selangor dengan menaiki bas lebih baik beli sim card baru untuk mudahkan urusan. Takut nanti sim card kakak aku rosak pula. Mana kita nak tahu kan?

Bila dah sampai Selangor tu, mak ngah dengan pak ngah datang jemput dari Stesen Bas Kajang. Sampai tu waktu malam juga. Mak ngah dan Pak ngah bawa makan dekat Restoran Berlauk di Bangi. Aku cadang nak masuk tandas kejap. 

Tiba-tiba ja aku rasa menyesal bawa masuk handphone dalam tandas. Handphone aku jatuh dalam lubang tandas! Huhuhu! Aku bagitahu pekerja-pekerja situ. Cara mereka macam nak tolong lah konon. Tapi sekali buat derk macam tak ada apa-apa berlaku. Then, aku keluar dari tempat tandas tu terus maklumkan pada semua yang ada dekat meja tu. 

Reaksi diorang? Yes , confirm lah terkejut! Sedih lah! Yelah, baru pagi tadi dapat sim card dah kena rejam dengan handphone yang dah banyak berjasa. Lastly, aku balik gitu aja tanpa minta lagi dekat pekerja tu nak ambil handphone aku. Well, diorang pun buat derk macam tak ada apa-apa berlaku. Aku lah! Geramnyaaa!


Majlis Weeding Kak Long Yang Awesome ! - Part I

Assalamualaikum

Amboi, dia! Sudah pandai buat entri yang ber-part. Hehehe :D. Actually, weeding ini dah lama aku nak cerita dekat blog, tapi sampai sekarang tak kesampaian sehinggalah sekarang. Sebab banyak sangat cerita nak dikongsi dekat blog ni.

*Gambar-gambar diambil oleh photographer yang tak berpengalaman iaitu my cousin sendiri. Tempahan tidak diterima *

So, sekarang ini aku nak ajak korang flashback balik masa ke zaman 15 September 2012.


Yuhhhuu! Dah sampai ke zaman 15 September 2012 bertempat di rumah aku. Apa yang aku buat dekat rumah dengan pelamin segala-bagai ini oii?



Untuk menyaksikan proses akad nikah Kak Long aku yang akan berlangsung pada 15 September 2012. Dua hari sebelum majlis akad nikah berlangsung baru aku pulang memandangkan aku tinggal dekat hostel masa itu. And I bring my friend too!


And this picture, my sister with her friends also her bridesmaid. Sementara menunggu tok kadi datang ke masjid, posing dulu lah yerk!




Erk?! Baru hari ini aku tahu yang aku ini keturunan Cullen bila tengok mata kakak aku untuk pic yang last sekali. Hahaha!



And this pic lah kakak aku with her bridesmaid, Kak Farah! Kak Farah ini bestfriend kakak aku since dari sekolah rendah tak silap.


This time kakak aku baru nak tunang. Kami langsungkan majlis pertunangan dengan akad nikah sekali. First, pihak rombongan sebelah lelaki datang and meminang. Kemudian, baru kami bertolak ke masjid untuk melihat upacara Majlis Akad Nikah.

Itulah Abang Naser. Tak jelas? Tak apa .. Tak apa .. Nanti kita tengok yer. Banyak lagi gambar yang ada ni. Acewaahh! Hahaha





Kakak aku sempat lagi main tab dengan abang aku.

Hantaran sebelah perempuan. 



 Hiraukan baju ungu tu *_*



Sementara tunggu tok kadi membebel , last pic with abang aku sebelum melafazkan ...........

Kakak , Abang dan Tok Kadi .


And this is a pic of my sister with her husband after their marriage. Congratulation to my sister and her husband for this weeding! I wish this couple always happily ever after !

Thank you for reading this entry.
XOXO

Perangkap Lalat Jadi Pilihan

Assalamualaikum

Bagi aku, sepatutnya entri ini tidak patut diterbitkan. Tapi , kakak aku yang kata kalau tiada entri nak tulis dalam blog , meh sini tulis fasal perangkap lalat. Sebab rumah aku hari ini banyak sangat lalat nya. Macam tahu-tahu sahaja yang kami akan masak hari ini.

Perangkap lalat ini busuk sangat baunya! Patutlah lalat suka sangat. Kan suka sangat busuk tu, dah kena perangkap. Wahahaha (gelak jahat) . Aku paling tak suka part nak buka perangkap lalat itu. Busuknya.... hanya orang yang buka perangkap lalat sahaja yang tahu. 


Macam inilah perangkap lalat itu. Sekali buka, bau ikan masin peram setahun ! Kalau rasa rumah itu macam sarang lalat, selalu-selalulah buka pelekat perangkap lalat ini. Beli stok banyak-banyak untuk masa depan sekali :P . Boleh didapati di Pasaraya Besar ataupun Pasar Malam.

 

macam inilah dia melekat. Geli bukan? Hehehe. Semua gambar ini cilop-cilop belaka dekat Google.
Pernah jadi satu ketika, aku buka pelekat lalat ini. Then, letak lah supaya lalat terperangkap. Bila tengok balik je, bukan lalat je terperangkap dekat situ, malah ada seekor cicak juga terperangkap. Wahahaha!

Ok, buat peniaga-peniaga yang menjual makanan, kalau rasa lalat tu banyak sangat and terlalu menggangu konsterasi anda bekerja, bolehlah try Pelekat Perangkap Lalat ini. Sebelum buka tu tenyeh-tenyeh sikit, then baru buka.. Ok?


Thank you for reading this entry.
XOXO

Aku Suka Cara Fashion Designer Luar Negara Mendesign Baju Mereka

Assalamualaikum

Ha! Nak dijadikan cerita, kakak aku yang bakal berkahwin beberapa bulan lagi sibuk mencari baju yang sesuai untuk akad nikah dan baju kenduri kahwin dia. Tapi, kakak aku tak mahu sewa pakaian pengantin. Jadi dia cari baju kahwin yang style Abaya. Citarasa kakak aku yang simple mimple sahaja. So, dia pun godek godek lah cari Abaya yang cantik-cantik dekat website www.aabcollection.com.

Aab Collection ini menjual Abaya, Hijab , Jilbab, Hijab Caps dan juga Accesories. Aab Collection ini sebernanya berada di United Kingdom. Bila aku lakukan kaji selidik terhadap pakaian-pakaian dia Aab Collection ini, Mat Salleh memang suka buat baju yang simple mimple dan memilih sesuatu warna yang sangat nampak mahal dan bergaya . Kain mereka juga penuh dengan mutu tinggi. 

Bagi aku semua baju yang direka oleh Mat Salleh memang simple mimple and terbaik dari ladang lah! Kalau nampak baju yang macam Lady Gaga tu mereka cuma nak bagi Lady Gaga pakai seorang je. xD . 

So, bila lihat balik segala abaya-abaya yang dijual oleh Aab Collection itu, teringin pula nak kongsi Abaya itu dengan korang semua. 


Crochet Flare Pinky Lilac Abaya
 £34.99




Pink Peper Abaya
 £89.99


Pintuck Black Abaya
 £74.99


Dan banyak lagi Abaya yang boleh korang dapati di Aab Collection. Serius simple simple dan cantik-cantik belaka. Malah, Abaya untuk kanak-kanak juga turut ada. 

Abaya yang terjual dibahagikan kepada 9 :
  1. Everyday
  2. Classic Black
  3. Work Wear
  4. Occasions
  5. Hajj & Umrah
  6. Maternity 
  7. Kids Abayas
  8. Slip Dresses
  9. View All
Kakak aku sedang berkira-kira membuat pilihan. Nak beli atau tidak? Nak beli atau tidak?

So, yang aku nak cakap. Aku memang suka sangat-sangat dengan rekaan Fashion Designer Mat Salleh ini. Rekaan diorang memang meletops dan simple mimple yang menampakkan kemewahan. Berbanding orang kita yang mengenakan baju biru terang sampai pening kepala 7 hari 7 malam. Hehehehe :3

Thank you for reading this entry.
XOXO

Tonton Wayang Maleficent !

Assalamualaikum.


Tadi petang abang aku ajak pergi tengok wayang. So, abang aku bawa aku,kakak,adik dengan Pendekar Gunung Keriang pergi tengok wayang. 

Aku,kakak dengan adik ambil cerita Maleficent. Abang dengan Pendekar Gunung Keriang pula ambil cerita Edge Of Tomorrow. Katanya, besok nak tengok cerita Maleficent pula dengan kakak aku lagi seorang.


 *adik aku terlebih ketinggian.Kalau tak free sahaja kami dapat*

Cerita Maleficent start pukul 2.30 p.m. Cerita Edge Of Tomorrow pula start pukul 2.15 p.m. Lepas solat tu, kami semua masuk sekali. Sementara tunggu cerita Maleficent nak mula aku nampak ada orang keluarkan MONOPOD and selfie dengan her friend (mybe) . So, kalau korunk masih tercari-cari MONOPOD , boleh make an order dekat aku. 





MONOPOD 
RM 35 - SM
RM 40  - SS (promosi RM 38 )
 COLOUR : PINK / BLUE / BLACK
 Free Postage 


Wahaha! Sempat berniaga! Ok,sambung cerita. So,cerita Maleficent pun bermula. Aku tengok dengan khusyuknya! Heeeee :3

Cerita Maleficent ini kisahnya lebih kurang seperti Sleeping Beauty. Cuma yang menyumpah Puteri Aurora itu yang baik orangnya. Mengisahkan tentang Maleficent,seorang Ibu Pari-pari yang mulanya baik dengan ....... (tak ingat nama budak tu) Namun,akhirnya dia mempelajari sikap tamak manusia. Sayapnya yang besar itu telah dicuri oleh manusia. Akhir cerita korang boleh tengok sendiri. Apapun, cerita dia memang best! Seriously, tak rugi kalau pergi tengok cerita Maleficent ini dekat panggung. Ajaklah rakan-rakan ataupun keluarga. Konfem best punya!

 
 Thank you for reading this entry .
XOXO
 
 

Sponsor Dinner untuk Family

Assalamualaikum 

Cerita ini berlaku kira-kira minggu lepas. Ketika itu, perut aku gila mengidam nak makan Domino's Pizza. Memandangkan dapat kupon-kupon Domino's Pizza secara free ketika pulang dari sekolah menuju ke asrama melalui jejantas. 


Demi memenuhi permintaan perut aku ini, aku minta izin pada kakak aku. Bukan minta izin supaya minta restu nak membeli, tapi minta izin keluarkan duit kakak aku untuk makan malam hari itu. Tapi melihat sahaja wajah mereka-mereka yang acuh tidak acuh, serta merta tak jadi pelan aku hendak meminta mereka belanja makan malam tersebut dengan Domino's Pizza.

Melihatkan perut aku yang sudah kemurungan, melihatkan wang saku aku yang kian berkurangan,aku nekad! Aku gagahkan juga! 

 "Oh! Stop Ashya'. Stop gunakan bahasa-bahasa itu.Cakap macam biasa tak boleh kah?"
Akhirnya ada orang menegur. Muehehe :3 

Dan ketika itu bersiaranlah cerita terbaru di kaca televisyen " Kerana Terpaksa ... Aku Relakan " , family aku masing-masing melayan cerita tu. Aku pula sibuk on laptop dan terfikir-fikir patutkah aku beli ? Kalau aku beli, boleh buat suprise untuk family aku and then boleh bagi hadiah birthday secara serentak untuk semua sekali memandangkan birthday semua orang dah lepas. Jimat! Jimat! :3

So, dengan tak ragu-ragunya aku tekan butang 'Confirm' sebab aku yang bayar. So, buat apa nak ragu-ragu? 


Sementara tunggu tu, aku join sekaki tengok tv dengan my family. Aku dah solat lah time tu. Don't worrylah :) 

Aku rasa penghantaran time tu lambat gila! Mungkin sebab aku yang ternanti-nanti kut. Aku cuba buat rajin dengan mengutip baju diluar walhal aku dah tahu kakak aku dah kutip. Sebenarnya aku tak nak family aku tahu kehadiran abang delivery tu. But, abang delivery tu datang lambat sangat. So, aku terpaksa juga masuk ke dalam rumah.

Waktu tu, cerita yang disiarkan itu dah habis. Jadi,aku pun dengan senang hatinya menunggu. Tapi ketika itu kakak aku sedang makan. Waduuh! So, aku pun tak bisa lah sembunyikan suprise ini. Tiba-tiba, dengar bunyi hon kuat dari luar. Mau nya aku lagi, 'Waduuh! Abang oii. Saya nak buat suprise lah. :3 .'

Kakak aku pun macam, 'Ashya, sapa datang tu?' Aku time tu dah meluru keluar. Kalau boleh tak mahu kakak aku ikut keluar. Tapi, kakak aku ikut keluar juga. Takut-takut lah hantu kepala teleng datang pula tengah-tengah senja tu. :3 . 

Lepas dapat pizza-pizza yang ditempah tu, kakak aku pun, ' Awat tiba-tiba nak belanja ni?'  Jawapan aku? ' Hadiah birthday untuk semua ' Selamba doe :3


Disebabkan abang delivery itu lambat, nasib dia tak lupa nak bagi reedem card. Kalau tak, mau aku sekeh kepala abang tu. (Macam berani) :3

So, malam itu kami satu family makan sama-sama. Akhirnya, hasrat perut aku tercapai juga. Dan malam itu perut aku dah tak murung-murung dah. 

Kadang-kadang tu apabila kita buat sesuatu kebaikkan kepada orang espeacilly family kita, rasa satu kepuasan disitu. Lepas ini, kalau ada duit lebih bolehlah aku belanja lagi. Untung family aku dapat aku. Wahaha :3

Thank you for reading this entry.
XOXO  

Tragedi Keropok Lekor Frozen

Assalamualaikum 

When you read the topic about, you feel like "Wow! The topic sounds like MH370!" Hahaha! Ok, stop it .

Hari ini aku nak kongsi satu cerita pahit aku dekat uolss. Beberapa hari yang lepas, kakak aku ada beli keropok lekor frozen dekat UTC Kedah. Seriously, keropok lekor frozen yang sedap yang pernah aku makan ever. Keropok lekor style yang tebal itu.

So, nak dijadikan cerita kakak aku panggil aku tolong goreng keropok lekor frozen tu . Then, lepas tunggu minyak dah panas, aku pun masukkan lah keropok lekor yang dipotong kecik-kecil itu . Kononnya nak bajet sekejap-sekejap ler.






Bajet tak? Wahaha! Then, keropok lekor untuk first pusingan dah jadi. Untuk pusingan kedua pula aku goreng memanglah jadi, but time aku nak angkat masukkan dalam pinggan tiba-tiba sahaja api tu like a bom yang besar. Tak ada lah macam sprinkle yang kecil-kecil itu.

Korang bayangkan ler tangan aku ini tengah masukkan keropok lekor itu dalam pinggan. Tiba-tiba sahaja api tu datang menyerang dan kena tangan aku, mahu taknya terkejut beruk aku. Pinggan yang aku pegang tu terhempas atas lantai dan pinggan itu pecah. Tamatlah riwayat hidup pinggan itu . :(




Bukan tangan kanan je kena, malah lengan kiri,lengan kanan dan hidung aku juga. Bekas yang terkena tu jadi mengelembung macam taik lalat hidup.



Esok pagi itu, aku tengok bekas gelembung tu dah pecah. Mybe time aku tidur aku tertindih. Besok tu sakitnya, Ya-Allah nak ambil wudhuk pun susah.

Ada apa-apa petua tak bagi bekas-bekas ini cepat hilang tanpa meninggalkan parut? Sudi-sudilah kongsi bersama ya!

Thank you for reading this entry .
XOXO