The Liebster Award by Fatini Fattah


Assalamualaikum

Jangan salah sangka seperti apa yang aku lihat sebelum ini. Mulanya apabila baca tajuk 'The Liebster Award' membuatkan mata aku sudah naik bosan sebab bagi aku ini mesti giveaway atau segmen yang dianjurkan oleh si penganjur. But, aku rasa macam ada nama yang gempak pada ayat tu ' Liebster ' dan banner yang kawan aku tempek tu nampak cantik buatkan hati aku terpaut.

Kemudian lepas baca entry kawan aku baru aku faham what is meaning of ' The Liebster Award ' . Liebster ni lebih kurang ask.fm tapi ask dekat blog je. Macam main-main ask ler. Blogger ini ask kita, kita jawab. Then kita ask blogger lain pula. Ha, kan! Dah faham? Okey, now masa nak jawab soalan-soalan daripada blogger Fatini Fattah ni.


Since when you be a blogger?
Tahun 2009, berumur 8 tahun. Waktu tu tak faham lagi konsep blog. Just tekan-tekan sebagai keseronokkan. And now dah faham apa konsep blog (faham sangat)

What are you feelings when you enter the world of blogging?
  1. Rasa nak jadi blogger yang popular.
  2. Rasa nak kongsi semua masalah.
  3. Rasa nak tarik semua pembaca blog baca blog ni.
Who is your bestfriend?
Semua budak kelas aku, budak batch aku, budak bilik aku, budak sekolah aku, followers aku, silent readers blog aku..... nak bagitahu pun banyak sangat! Semua lah bestfriend dunia akhirat aku. (Bangga tak?)

Describe your bestfriend.
  • Awesome!
  • Baik hati!
  • Cantik-cantik dan kacak-kacak!
  • Sporting!
  • Berpendidikan tinggi!
  • Thorbaik!
Describe yourself in a sentence.
Tak tahu nak describe diri tapi cuba juga. " Peramah . Sporting . Pemaaf . Suka tersenyum . "

What do you like about yourself?
  • Mata .
  • Kesihatan tubuh badan.
  • Kehebatan tersendiri.
  • Kesempurnaan yang diberikan oleh Nya.
What do you hate/annoy about yourself?
  • Errr..
  • Errr..
  • Errr..
  • Tak tahu .. XD
On what age you will get married ?
Tak terfikir dan tak kisah pula XD

Do you love your family? Why?
Mestilah sayang. Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati. Sebab apa sayang?
  • Kalau tak ada salah seorang daripada diorang tak cukup kasih sayang.
  • Kalau tak ada diorang rasa agak sunyi.
  • Kalau tak ada diorang siapa lagi nak gaduh sekali dan main sekali?
  • Kalau tak ada diorang tak boleh nak manja-manja.
  • Kalau tak ada diorang, alamatnya tak ada lah duit . XD hehehe

Do you love your friends? Why?
Mestilah sayang juga. Sebab apa sayang?
  • Kalau tak ada diorang tak wujud lah satu sistem yang dinamakan sekolah.
  • Kalau tak ada diorang mengaji sensorang sahajalah.
  • Kalau tak ada diorang siapa lagi yang nak membimbing kita?
  • Kalau tak ada diorang kita digelar 'kera sumbang' .
  • Kalau tak ada diorang tak ada tempah nak gaduh.

What is your sweet moment?
Dalam hidup ini banyak sangat sweet moment nya. Sampai tak terkira dibuatnya. Tapi paling sweet moment yang aku lalui dan aku impikannya kembali ialah duduk bersama abah , mama dan adib-beradik aku yang lain.

Ok,done! Jadi itulah jawapan aku. Hope blogger Fatini Fattah suka. Apapun thank you sebab tag saya.  :)


So, soalan aku ialah.....

  • Siapakah yang mengasaskan akaun blog awak berdua?
  • Apa yang menarik sepanjang menjadi blogger?
  • 3 perkataan describe tentang diri awak .
  • Siapa favourite blogger awak?
  • Suggestion untuk ditambah baik dalam blog Ashya .

No comments: