PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM

http://www.teaoais.com/2014/05/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html


Assalamualaikum

Nampak sahaja banner di atas, cepat-cepat aku buka dan terasa mahu join segmen yang dianjurkan oleh teaoais.com . Segmen ini bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana blogging yang semakin hambar pada tahun ini. Lihat sahaja sifat murni admin teaoais.com ini yang membuat ramai yang berminat untuk menyertainya. Bukan itu sahaja, malah kita juga dapat berkenal-kenalan antara blogger-blogger yang lain. Di samping itu, segmen ini bukan segmen yang biasa-biasa malah turut disertakan dengan wang utama berupa RM1000 !!

Aku mengakui adakalanya kita malu dan segan untuk mempromote kan blog kita kepada orang ramai. Ini juga antara salah satu tujuan penganjur teaoais.com ini menganjurkan segmen seperti ini. Jadi, marilah kita menyertai dalam segmen kali ini. Tarikh tutup segmen ini pada 30 Jun 2014.

SEJARAH BLOG AKU :

Aku mula berblog ketika usia aku menginjak 8 tahun. Ye, teramatlah awal dan teramatlah muda. Dan kini, umur aku sudah 13 tahun. Bermakna sudah 6 tahun aku dalam dunia berblog ini. Tapi apabila melihat blog aku yang serba kekurangan dan keusangan ini, aku mengakui yang ketika umur 8 tahun itu masih terlalu awal dan bagi aku tak perlulah menyertai bidang berblog ini. Memandangkan umur 8 tahun ketika itu dipandang kecil-kecil cili padi lagi, dengan url blog aku , www.ashyastories.blogspot.com menampakkan lagi nama seperti keanak-anakkan. Ye, aku terfikir juga nak mengubahnya, tapi bagi aku biarlah blog aku ini mewarisi nama ini sehingga bertahun-tahun tanpa berhenti. Ini kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sejarah nya yang terdahulu. 

TAJUK BLOG AKU :

Akaun blog aku ini diasakan oleh sepupu aku yang sekarang ini berusia 14 tahun. Nama yang diberikan ketika itu ialah KAWAN-KAWAN , DOMO KUN , PINK WHITE HOUSE dan seangkatan dengan nama yang seperti kebudak-budakkan berumur bawah tahun. Dan kini, blog aku bernama SAY 1-4-3 mengikut tajuk lagu HENRY FEAT AMBER . Ketika itu lagu itu masih hot di serata dunia kpop. Sebab nama itu diberikan kerana maksud SAY 1-4-3 itu . Dalam lagu HENRY FEAT AMBER itu, 1-4-3 itu bermaksud I LOVE YOU . 

 ISI KANDUNGAN BLOG AKU :

Kisah blog aku ini berkisarkan tentang kehidupan aku yang bermacam-macam karenah. Aku harap ramai pembaca setia aku yang tak jemu dan tak meluat dengan cerita aku ini. Dan terima kasih kerana sudi menjadi followers aku yang kini sudah mencapai  339 followers. (followers hari ini)

Aku cuba untuk bercerita dengan cerita yang ramah tanpa mengeluarkan suara dan hanya membacanya membuatkan setiap pembaca blog ini tersenyum membaca kisah aku bermula daripada kisah aku kebudak-budakkan dan kini sudah menginjak remaja. (Tapi still tak mature lagi xD )

DAH KATA TAK POPULAR, MACAM MANA BOLEH FOLLOWERS BERATUS :

 Persoalan ini mungkin terhasil pada benak fikiran aku seorang sahaja. Cuma aku mahu berkongsi bagaimana followers blog aku boleh menghasilkan beratus followers dalam masa 6 tahun ini . Memang jumlahnya agak sedikit kerana mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan followers yang hanya 300 lebih sahaja. Ini kerana ketika tahun 2012 / 2013 , pelbagai segmen dan giveaway yang aku join dan aku menjadi sponsor bagi giveaway dan segmen tersebut.

KENANGAN PAHIT DAN MANIS DALAM BERBLOG :
Setiap perkara yang kita lakukan mesti ada kenangan tersendiri. Bagi kenangan manis yang akan melekat di ingatan aku sepanjang aku berblog ini sudah tentu FOLLOWERS YANG MENINGKAT dan TRAFFIC SOURCES MENINGKAT dari semasa ke semasa. Tak lupa juga HADIAH GIVEAWAY yang aku menangi sepanjang aku join banyak segmen yang best-best. Memang terbaik dari ladang lah!
Bagi kenangan pahit pula sepanjang aku berblog ini , CODE EDIT HTML AKU HILANG secara tiba-tiba dan mengambil banyak masa untuk aku memperbaikinya. TIDAK BERI KOMITMEN YANG TERBAIK dalam giveaway dan segmen yang aku menjadi sponsor nya. Dan juga MINAT AKU TERHADAP BLOG DIPANDANG REMEH oleh sesetengah pihak. 
But, aku masih gembira kerana dapat menyelesaikan setiap masalah dan cabaran dengan bantuan setiap orang yang sudi menghulurkan bantuan. Setiap kenangan ini dijadikan pengalaman dan pengajaran untuk aku dan tujuh keturunan aku nanti XD
APA YANG HEBAT TENTANG BLOG AKU :
Ya, memang hebat kerana aku cuba untuk memperbaiki segala kesalahan aku dan cuba untuk menarik perhatian ramai supaya dapat menjadikan blog aku sebagai persinggahan mereka ketika waktu senggang semua orang dari serata dunia .

Satu lagi yang hebatnya, semua pembaca boleh melihat baca setiap kisah aku bermula daripada aku kebudak-budakkan hingga aku meningkat , meningkat dan meningkat sehingga dimamah usia. Setiap orang boleh meneliti kisah hidup aku sebagai seorang blogger yang dahulunya seorang budak berusia 8 tahun membesar dan setiap patah bicara aku yang semakin bagus ! XD

HARAPAN AKU SEBAGAI PENUTUP BICARA ENTRY SEGMEN :
Ye, aku yakin semua yang menyertai segmen ini mesti nak menang. Tipulah siapa yang kata tak nak menang. Itu juga harapan aku sertai segmen ini. Tapi itu hanyalah harapan sampingan kerana aku yakin, blog aku ini serba kekurang tidak seperti blog-blog peserta yang lain. Masing-masing hebat dengan bahasa percakapan dan perkataan mereka.
Harapan utama aku bagi tujuan aku sertai segmen ini untuk menambah baikkan mutu blog aku ini. Iyelah, bukan main usang aku tengok blog aku ini sekarang. Jadi, dengan adanya segmen seperti ini dapatlah aku menghidupkan suasana meriah pada blog aku ini.
Malah, sekiranya aku memenangi segmen kali ini ( sekiranya.. ulang SEKIRANYA ) tidak akan aku sia-siakan hasil wang yang diterima itu. Akan aku simpan untuk masa hadapan yang penuh liku-liku kehidupan aku. Ya, perjalanan hidup aku masih panjang. Aku ini bukanlah dari kalangan orang yang berada. Jadi , wang itu seharusnya aku simpan dengan rapi supaya aku terus dapat belajar dengan selesa pada masa akan datang. 
PENUTUP BICARA :
So, akhir kata daripada aku, semoga berbahagia dan senang hati membaca penulisannku hari ini. Sekian sahaja daripada aku yang serba-serbi kekurangan ini. Andai kata aku melakukan kesilapan , maafkan aku. Wallahu'alam ..
Thank you for reading this entry :)
XOXO    

7 comments:

Anonymous said...

teruskan usaha

Anonymous said...

Inn Shaa Allah. Satu hari nanti Ashya berjaya. Klau bkn harini mungkin esok. Sape berusha pasti berjaya!

ashyaziz said...

@Anon : Terima kasih. Insya-Allah, Aamiin. Semoga dimurahkan rezeki :)

PakcikLie PCL said...

semoga berjaya Ashya...salam kenal dari uncle ..

http://www.nazlee.com/2014/06/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html

ashyaziz said...

@PakCikLie PCL : Terima kasih PakCikLie. Semoga berjaya juga :)

aisyah ambris said...

singgah dr segmen yg sama...gud luck

http://aisyahambris.blogspot.com/2014/06/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html

ashyaziz said...

@aisyah ambris
Thank you. Good luck to u too :)