Heaven Durian

Assalamualaikum

Dekat negeri aku sekarang ini, ramai dah buka gerai jual durian. So, setiap kali lalu sahaja dekat booth-booth durian tu, mulalah kecur air liur membayangkan durian. Rumah aku jarang makan durian sebab seorang hamba Allah ini yang memang anti durian sangat-sangat. Hamba Allah ini kerja dengan mak aku dan jadi PA mak aku tanpa gaji. xD . Aku bagi nama untuk hamba Allah ini ialah Pendekar Gunung Keriang ok? Sebab hamba Allah ini tinggal dekat Gunung Keriang. So, memang ok lah nama itu. Shusshhhyyy! Jangan cerita dekat siapa-siapa. xD.

Ok, memandangkan sekarang ini cuti sekolah, so Pendekar Gunung Keriang ini pun cuti juga. Jadi, masa cuti ini lah pendekar ini balik ke kampung beliau di Gunung Keriang. Sekali-sekali pulang ke kampung jenguk mak, apa salahnya. So, that's time lah kami nak makan durian bebanyak sampai panas pun tak apa . 

Tapi, pendekar ini balik sehari je. So, tak boleh lah sampai panas-panas makan durian kan . So, kami cadang waktu nak ambil pendekar ini dekat Gunung Keriang tu singgah makan durian sekejap. Family aku ini lagi suka beli and then makan dekat rumah. But, tak kan nak beli dekat Alor Setar and then patah balik ke Jitra untuk makan dekat rumah. Then keluar balik ambil pendekar tu dekat Gunung Keriang? Memang tak lerr..

So, aku,adik aku, mak aku and kakak aku singgah satu medan berdekatan dengan pejabat MARA. Memang ada satu gerai yang jual segala jenis pulut dekat situ. 

Then, kami bertiga makan pulut durian dekat situ. Adik aku ini style jakun juga. Dia tu tak mahu makan durian sebab katanya busuk. Well, memanglah sentengah orang tak suka sebab busuk, tapi bagi aku busuk diluar manis didalam. Kan lagi bagus dari Cadbury. Manis diluar .... di dalam . Haha! Opss!

(Gambar ada pada kakak aku. Nanti aku  update kan)

Rasa pulut durian tu manis . Tapi durian dia, okeylah. But, aku lagi suka dekat gerai Jalan Datuk Kumbar tu. Ada satu gerai yang makcik tu buka. Yang tu lagi sedap. Tapi memandangkan kami tak bawa balik rumah, so makan dekat  medan itu juga.

Dekat medan itu, ada satu gerai buka pisang goreng cheese. Pisang goreng itu goreng macam biasa then sagat dengan cheese. Ramai gila kut tempah dekat mereka. Waktu kakak aku nak pesan tu pun pakcik itu kata ada lagi 30 tempahan. Gila! 30 tempahan,bro! Kaya lah pakcik itu !

Mak aku teringin sangat nak rasa. Sebab ramai sangat yang beli. Mulanya sejarah pisang goreng cheese ini datang dari Gunung Keriang. Baru lagi! So, kakak aku pun pegi juga beli.




Embedded image permalink
Macam mana? Tergugat tak. Actually, rasa dia biasa je. Sebab bila dia tuang cheese tu, cheese tu cepat kering and tak rasa something pun atas tu. Mybe sebab mak aku tak bagi letak gula merah kut. Sebab selain sagat cheese atas itu diorang tuang gula merah sekali. 
Lepas ambil Pendekar Gunung Keriang tu, kami tak cakap apa-apa pun fasal makan durian. Nanti dia buat teruk. xD . Masa dalam perjalanan tu, dia ada tanya ,

Pendekar Gunung Keriang : Pergi mana tadi? 
Adik : Pergi makan.
Pendekar Gung Keriang : Makan dekat mana?
Aku : Dekat medan . (cepat-cepat jawab. Takut adik aku bongkarkan )
Pendekar Gunung Keriang : Medan mana?
Aku : Medan dekat pejabat MARA.
Pendekar Gunung Keriang : Medan dekat pejabat MARA? Ouh! Dekat pulut tu ka? Haa! Hampa                                              makan pulut apa?
Adik : Pulut durian.
Pendekar Gunung Keriang : Haa?! Hampa makan durian pastu ambil aku. Hampa memang nak kena 
                                              dengan aku! Satgi jangan masuk bilik aku. Satgi mulalah belahak bau 
                                              durian lah, kentut bau durian lah. Hish! Pada hampa ni!

Kan dah cakap? Mesti pendekar ni buat teruk punya. Bukan bau pun ! Heh . :\

 Thank you for reading this entry .
XOXO 


No comments: