Heaven Durian

Assalamualaikum

Dekat negeri aku sekarang ini, ramai dah buka gerai jual durian. So, setiap kali lalu sahaja dekat booth-booth durian tu, mulalah kecur air liur membayangkan durian. Rumah aku jarang makan durian sebab seorang hamba Allah ini yang memang anti durian sangat-sangat. Hamba Allah ini kerja dengan mak aku dan jadi PA mak aku tanpa gaji. xD . Aku bagi nama untuk hamba Allah ini ialah Pendekar Gunung Keriang ok? Sebab hamba Allah ini tinggal dekat Gunung Keriang. So, memang ok lah nama itu. Shusshhhyyy! Jangan cerita dekat siapa-siapa. xD.

Ok, memandangkan sekarang ini cuti sekolah, so Pendekar Gunung Keriang ini pun cuti juga. Jadi, masa cuti ini lah pendekar ini balik ke kampung beliau di Gunung Keriang. Sekali-sekali pulang ke kampung jenguk mak, apa salahnya. So, that's time lah kami nak makan durian bebanyak sampai panas pun tak apa . 

Tapi, pendekar ini balik sehari je. So, tak boleh lah sampai panas-panas makan durian kan . So, kami cadang waktu nak ambil pendekar ini dekat Gunung Keriang tu singgah makan durian sekejap. Family aku ini lagi suka beli and then makan dekat rumah. But, tak kan nak beli dekat Alor Setar and then patah balik ke Jitra untuk makan dekat rumah. Then keluar balik ambil pendekar tu dekat Gunung Keriang? Memang tak lerr..

So, aku,adik aku, mak aku and kakak aku singgah satu medan berdekatan dengan pejabat MARA. Memang ada satu gerai yang jual segala jenis pulut dekat situ. 

Then, kami bertiga makan pulut durian dekat situ. Adik aku ini style jakun juga. Dia tu tak mahu makan durian sebab katanya busuk. Well, memanglah sentengah orang tak suka sebab busuk, tapi bagi aku busuk diluar manis didalam. Kan lagi bagus dari Cadbury. Manis diluar .... di dalam . Haha! Opss!

(Gambar ada pada kakak aku. Nanti aku  update kan)

Rasa pulut durian tu manis . Tapi durian dia, okeylah. But, aku lagi suka dekat gerai Jalan Datuk Kumbar tu. Ada satu gerai yang makcik tu buka. Yang tu lagi sedap. Tapi memandangkan kami tak bawa balik rumah, so makan dekat  medan itu juga.

Dekat medan itu, ada satu gerai buka pisang goreng cheese. Pisang goreng itu goreng macam biasa then sagat dengan cheese. Ramai gila kut tempah dekat mereka. Waktu kakak aku nak pesan tu pun pakcik itu kata ada lagi 30 tempahan. Gila! 30 tempahan,bro! Kaya lah pakcik itu !

Mak aku teringin sangat nak rasa. Sebab ramai sangat yang beli. Mulanya sejarah pisang goreng cheese ini datang dari Gunung Keriang. Baru lagi! So, kakak aku pun pegi juga beli.




Embedded image permalink
Macam mana? Tergugat tak. Actually, rasa dia biasa je. Sebab bila dia tuang cheese tu, cheese tu cepat kering and tak rasa something pun atas tu. Mybe sebab mak aku tak bagi letak gula merah kut. Sebab selain sagat cheese atas itu diorang tuang gula merah sekali. 
Lepas ambil Pendekar Gunung Keriang tu, kami tak cakap apa-apa pun fasal makan durian. Nanti dia buat teruk. xD . Masa dalam perjalanan tu, dia ada tanya ,

Pendekar Gunung Keriang : Pergi mana tadi? 
Adik : Pergi makan.
Pendekar Gung Keriang : Makan dekat mana?
Aku : Dekat medan . (cepat-cepat jawab. Takut adik aku bongkarkan )
Pendekar Gunung Keriang : Medan mana?
Aku : Medan dekat pejabat MARA.
Pendekar Gunung Keriang : Medan dekat pejabat MARA? Ouh! Dekat pulut tu ka? Haa! Hampa                                              makan pulut apa?
Adik : Pulut durian.
Pendekar Gunung Keriang : Haa?! Hampa makan durian pastu ambil aku. Hampa memang nak kena 
                                              dengan aku! Satgi jangan masuk bilik aku. Satgi mulalah belahak bau 
                                              durian lah, kentut bau durian lah. Hish! Pada hampa ni!

Kan dah cakap? Mesti pendekar ni buat teruk punya. Bukan bau pun ! Heh . :\

 Thank you for reading this entry .
XOXO 


The Liebster Award by Fatini Fattah


Assalamualaikum

Jangan salah sangka seperti apa yang aku lihat sebelum ini. Mulanya apabila baca tajuk 'The Liebster Award' membuatkan mata aku sudah naik bosan sebab bagi aku ini mesti giveaway atau segmen yang dianjurkan oleh si penganjur. But, aku rasa macam ada nama yang gempak pada ayat tu ' Liebster ' dan banner yang kawan aku tempek tu nampak cantik buatkan hati aku terpaut.

Kemudian lepas baca entry kawan aku baru aku faham what is meaning of ' The Liebster Award ' . Liebster ni lebih kurang ask.fm tapi ask dekat blog je. Macam main-main ask ler. Blogger ini ask kita, kita jawab. Then kita ask blogger lain pula. Ha, kan! Dah faham? Okey, now masa nak jawab soalan-soalan daripada blogger Fatini Fattah ni.


Since when you be a blogger?
Tahun 2009, berumur 8 tahun. Waktu tu tak faham lagi konsep blog. Just tekan-tekan sebagai keseronokkan. And now dah faham apa konsep blog (faham sangat)

What are you feelings when you enter the world of blogging?
  1. Rasa nak jadi blogger yang popular.
  2. Rasa nak kongsi semua masalah.
  3. Rasa nak tarik semua pembaca blog baca blog ni.
Who is your bestfriend?
Semua budak kelas aku, budak batch aku, budak bilik aku, budak sekolah aku, followers aku, silent readers blog aku..... nak bagitahu pun banyak sangat! Semua lah bestfriend dunia akhirat aku. (Bangga tak?)

Describe your bestfriend.
  • Awesome!
  • Baik hati!
  • Cantik-cantik dan kacak-kacak!
  • Sporting!
  • Berpendidikan tinggi!
  • Thorbaik!
Describe yourself in a sentence.
Tak tahu nak describe diri tapi cuba juga. " Peramah . Sporting . Pemaaf . Suka tersenyum . "

What do you like about yourself?
  • Mata .
  • Kesihatan tubuh badan.
  • Kehebatan tersendiri.
  • Kesempurnaan yang diberikan oleh Nya.
What do you hate/annoy about yourself?
  • Errr..
  • Errr..
  • Errr..
  • Tak tahu .. XD
On what age you will get married ?
Tak terfikir dan tak kisah pula XD

Do you love your family? Why?
Mestilah sayang. Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati. Sebab apa sayang?
  • Kalau tak ada salah seorang daripada diorang tak cukup kasih sayang.
  • Kalau tak ada diorang rasa agak sunyi.
  • Kalau tak ada diorang siapa lagi nak gaduh sekali dan main sekali?
  • Kalau tak ada diorang tak boleh nak manja-manja.
  • Kalau tak ada diorang, alamatnya tak ada lah duit . XD hehehe

Do you love your friends? Why?
Mestilah sayang juga. Sebab apa sayang?
  • Kalau tak ada diorang tak wujud lah satu sistem yang dinamakan sekolah.
  • Kalau tak ada diorang mengaji sensorang sahajalah.
  • Kalau tak ada diorang siapa lagi yang nak membimbing kita?
  • Kalau tak ada diorang kita digelar 'kera sumbang' .
  • Kalau tak ada diorang tak ada tempah nak gaduh.

What is your sweet moment?
Dalam hidup ini banyak sangat sweet moment nya. Sampai tak terkira dibuatnya. Tapi paling sweet moment yang aku lalui dan aku impikannya kembali ialah duduk bersama abah , mama dan adib-beradik aku yang lain.

Ok,done! Jadi itulah jawapan aku. Hope blogger Fatini Fattah suka. Apapun thank you sebab tag saya.  :)


So, soalan aku ialah.....

  • Siapakah yang mengasaskan akaun blog awak berdua?
  • Apa yang menarik sepanjang menjadi blogger?
  • 3 perkataan describe tentang diri awak .
  • Siapa favourite blogger awak?
  • Suggestion untuk ditambah baik dalam blog Ashya .

PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM

http://www.teaoais.com/2014/05/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html


Assalamualaikum

Nampak sahaja banner di atas, cepat-cepat aku buka dan terasa mahu join segmen yang dianjurkan oleh teaoais.com . Segmen ini bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana blogging yang semakin hambar pada tahun ini. Lihat sahaja sifat murni admin teaoais.com ini yang membuat ramai yang berminat untuk menyertainya. Bukan itu sahaja, malah kita juga dapat berkenal-kenalan antara blogger-blogger yang lain. Di samping itu, segmen ini bukan segmen yang biasa-biasa malah turut disertakan dengan wang utama berupa RM1000 !!

Aku mengakui adakalanya kita malu dan segan untuk mempromote kan blog kita kepada orang ramai. Ini juga antara salah satu tujuan penganjur teaoais.com ini menganjurkan segmen seperti ini. Jadi, marilah kita menyertai dalam segmen kali ini. Tarikh tutup segmen ini pada 30 Jun 2014.

SEJARAH BLOG AKU :

Aku mula berblog ketika usia aku menginjak 8 tahun. Ye, teramatlah awal dan teramatlah muda. Dan kini, umur aku sudah 13 tahun. Bermakna sudah 6 tahun aku dalam dunia berblog ini. Tapi apabila melihat blog aku yang serba kekurangan dan keusangan ini, aku mengakui yang ketika umur 8 tahun itu masih terlalu awal dan bagi aku tak perlulah menyertai bidang berblog ini. Memandangkan umur 8 tahun ketika itu dipandang kecil-kecil cili padi lagi, dengan url blog aku , www.ashyastories.blogspot.com menampakkan lagi nama seperti keanak-anakkan. Ye, aku terfikir juga nak mengubahnya, tapi bagi aku biarlah blog aku ini mewarisi nama ini sehingga bertahun-tahun tanpa berhenti. Ini kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sejarah nya yang terdahulu. 

TAJUK BLOG AKU :

Akaun blog aku ini diasakan oleh sepupu aku yang sekarang ini berusia 14 tahun. Nama yang diberikan ketika itu ialah KAWAN-KAWAN , DOMO KUN , PINK WHITE HOUSE dan seangkatan dengan nama yang seperti kebudak-budakkan berumur bawah tahun. Dan kini, blog aku bernama SAY 1-4-3 mengikut tajuk lagu HENRY FEAT AMBER . Ketika itu lagu itu masih hot di serata dunia kpop. Sebab nama itu diberikan kerana maksud SAY 1-4-3 itu . Dalam lagu HENRY FEAT AMBER itu, 1-4-3 itu bermaksud I LOVE YOU . 

 ISI KANDUNGAN BLOG AKU :

Kisah blog aku ini berkisarkan tentang kehidupan aku yang bermacam-macam karenah. Aku harap ramai pembaca setia aku yang tak jemu dan tak meluat dengan cerita aku ini. Dan terima kasih kerana sudi menjadi followers aku yang kini sudah mencapai  339 followers. (followers hari ini)

Aku cuba untuk bercerita dengan cerita yang ramah tanpa mengeluarkan suara dan hanya membacanya membuatkan setiap pembaca blog ini tersenyum membaca kisah aku bermula daripada kisah aku kebudak-budakkan dan kini sudah menginjak remaja. (Tapi still tak mature lagi xD )

DAH KATA TAK POPULAR, MACAM MANA BOLEH FOLLOWERS BERATUS :

 Persoalan ini mungkin terhasil pada benak fikiran aku seorang sahaja. Cuma aku mahu berkongsi bagaimana followers blog aku boleh menghasilkan beratus followers dalam masa 6 tahun ini . Memang jumlahnya agak sedikit kerana mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan followers yang hanya 300 lebih sahaja. Ini kerana ketika tahun 2012 / 2013 , pelbagai segmen dan giveaway yang aku join dan aku menjadi sponsor bagi giveaway dan segmen tersebut.

KENANGAN PAHIT DAN MANIS DALAM BERBLOG :
Setiap perkara yang kita lakukan mesti ada kenangan tersendiri. Bagi kenangan manis yang akan melekat di ingatan aku sepanjang aku berblog ini sudah tentu FOLLOWERS YANG MENINGKAT dan TRAFFIC SOURCES MENINGKAT dari semasa ke semasa. Tak lupa juga HADIAH GIVEAWAY yang aku menangi sepanjang aku join banyak segmen yang best-best. Memang terbaik dari ladang lah!
Bagi kenangan pahit pula sepanjang aku berblog ini , CODE EDIT HTML AKU HILANG secara tiba-tiba dan mengambil banyak masa untuk aku memperbaikinya. TIDAK BERI KOMITMEN YANG TERBAIK dalam giveaway dan segmen yang aku menjadi sponsor nya. Dan juga MINAT AKU TERHADAP BLOG DIPANDANG REMEH oleh sesetengah pihak. 
But, aku masih gembira kerana dapat menyelesaikan setiap masalah dan cabaran dengan bantuan setiap orang yang sudi menghulurkan bantuan. Setiap kenangan ini dijadikan pengalaman dan pengajaran untuk aku dan tujuh keturunan aku nanti XD
APA YANG HEBAT TENTANG BLOG AKU :
Ya, memang hebat kerana aku cuba untuk memperbaiki segala kesalahan aku dan cuba untuk menarik perhatian ramai supaya dapat menjadikan blog aku sebagai persinggahan mereka ketika waktu senggang semua orang dari serata dunia .

Satu lagi yang hebatnya, semua pembaca boleh melihat baca setiap kisah aku bermula daripada aku kebudak-budakkan hingga aku meningkat , meningkat dan meningkat sehingga dimamah usia. Setiap orang boleh meneliti kisah hidup aku sebagai seorang blogger yang dahulunya seorang budak berusia 8 tahun membesar dan setiap patah bicara aku yang semakin bagus ! XD

HARAPAN AKU SEBAGAI PENUTUP BICARA ENTRY SEGMEN :
Ye, aku yakin semua yang menyertai segmen ini mesti nak menang. Tipulah siapa yang kata tak nak menang. Itu juga harapan aku sertai segmen ini. Tapi itu hanyalah harapan sampingan kerana aku yakin, blog aku ini serba kekurang tidak seperti blog-blog peserta yang lain. Masing-masing hebat dengan bahasa percakapan dan perkataan mereka.
Harapan utama aku bagi tujuan aku sertai segmen ini untuk menambah baikkan mutu blog aku ini. Iyelah, bukan main usang aku tengok blog aku ini sekarang. Jadi, dengan adanya segmen seperti ini dapatlah aku menghidupkan suasana meriah pada blog aku ini.
Malah, sekiranya aku memenangi segmen kali ini ( sekiranya.. ulang SEKIRANYA ) tidak akan aku sia-siakan hasil wang yang diterima itu. Akan aku simpan untuk masa hadapan yang penuh liku-liku kehidupan aku. Ya, perjalanan hidup aku masih panjang. Aku ini bukanlah dari kalangan orang yang berada. Jadi , wang itu seharusnya aku simpan dengan rapi supaya aku terus dapat belajar dengan selesa pada masa akan datang. 
PENUTUP BICARA :
So, akhir kata daripada aku, semoga berbahagia dan senang hati membaca penulisannku hari ini. Sekian sahaja daripada aku yang serba-serbi kekurangan ini. Andai kata aku melakukan kesilapan , maafkan aku. Wallahu'alam ..
Thank you for reading this entry :)
XOXO    

^^ : Wordless Wednesday : ^^

Assalamualaikum,






Bila lagi Malaysia nak buat macam ini? Buat lah cepat-cepat sikit! Ramai peminat NUTELLA ada dekat Malaysia ni. :)

Thank you for reading this entry :)
XOXO

May In Memory ~2014~

Assalamualaikum :)

Masuk bulan Mei ni macam-macam berlaku. Bagi aku, bulan Mei ni lain sikit dari bulan-bulan lain sebab dalam masa yang sama pelbagai tragedi dan kejadian yang aku berlaku. Meh sini aku nak flashback balik bermula daripada first day in May . 

1 May 2014

Everyone tahu fasal hari ini. Yeah, that's right! Hari Buruh dengan kata lain Hari Pekerja. Semua pekerja dapat bercuti hari tu termasuk yang tak kerja like bebudak ribena cam kitaorang ni! Wink~wink *_* Btw, Happy Birthday to my Junior dekat sekolah rendah dulu, Hanisah! May Allah bless you :)



2 May 2014

 Pada masa ni semua exostan dah bising dalam alam media. Semua sibuk ucap 'Happy Birthday, Tao!' tambah-tambah siapa yang bias dia Tao. Always ucap tak berhenti sampai tercabut keyboard komputer tu. Cunn! (y)



  3 May 2014

And this day paling ramai tak suka cause masing-masing kena pulang ke hostel. Well, INI KISAH BUDAK HOSTEL. Always gini uolls . 
Btw, aku masa ni tinggal sorang-sorang dekat rumah with my mom and youngest naughties brother aku. Kakak-kakak lain semua pakat angkat kaki gi KL . Ada kenduri and then singgah sama Pesta Buku Antarabangsa dekat PWTC.



4 May 2014 - 7 May 2014

Nothing happen. Just study , study and study sampai sakit mata, otak dan akal! Well, lagi berapa hari je lagi nak exam. So, kena struggle hard sikit. Barulah membuahkan hasil yang lumayan. Ye tak ye kan? :D


 8 May 2014

This day hari yang sangat bersejarah sampai boleh masuk buku teks Sejarah dari form 1 until form 5. Nak bagitahu betapa bersejarahnya this day. On the 12 midnight, aku dah mengantuk sangat-sangat. Terus capai bantal dan letak badan atas katil kemudian tidur. Tetibe je Najwa - roommate aku kejut and say Happy Birthday! Yeah, memang hari ni birthday aku. But, aku buat-buat tak dengar sebab saja nak buat-buat lupa yang hari ni birthday aku . Muahehehe. :D
      Besok tu time masuk tandas nak mandi nampak Najwa and sekali lagi Najwa say Happy Birthday. Thank you Najwa because you're the first roommate  yang ucap Happy Birthday dekat aku. But, sorry. Aku tetap nak buat-buat lupa. Then, aku buat dunno and say " Hei silap tarikh yer? Muehehehehe XD
      Bila sampai sekolah, aku dapat nampak dari luar kelas aku ada tulis something pada papan hitam yang tertulis " Happy Birthday, Ashya' " But , aku still buat-buat tak nampak. Masuk kelas tak pandang pun papan hitam terus duduk tempat duduk aku. Tetibe, budak kelas aku nyanyi lagu Happy Birthday , thanks a lot guys, but aku still buat-buat lupa. Hahax ! <- i=""> memang tak boleh buat kawan XD
      Then, lepas diorang pastikan hari tu memang hari bersejarah aku, aku terus ucap terima kasih and pura-pura pandang papan hitam. " EK EH! BILA TULIS? TAK SEDAR PUN. " <- i=""> betullah tak boleh buat kawan XD
        Petang tu, aku dapat khabar kakak aku , abang ipar dan anak sedara aku nak datang sekolah aku sebab ada ceramah tentang " PENGAJIAN DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA " untuk pelajar-pelajar form 4 and form 5 . Abang ipar aku jadi penceramah . Petang tu terus aku pergi dewan dan aku dapat jumpa kakak aku juga anak sedara aku yang dah umur 7 bulan nak masuk 8 bulan. Sepanjang tahun 2014 ni baru first time aku jumpa kakak aku ni. Sedih tak? Sob sob :'( 
      Rasa seperti jadi pengasuh pulak kena layan si Areej tu. Tahulah mengantuk pun. Tapi tak payahlah mengada. Bila dapat dekat abah dia, mulalah nak manja . -_- 
      Kemudian balik tu kakak aku tolong hantarkan sampai asrama. Kira-kira pukul 6pm jugaklah sampai. Aku naik atas bilik and terus tidur. Seriously, penat gila beb! Tiba-tiba , makguard panggil nama aku. Katanya ada waris menunggu. Aku fikir aku tertinggal barang dan kakak aku pusing balik. Rupanya tidak. Kali ini kakak Balqis aku yang datang. 
     Mula-mula sekali dia ucap Happy Birthday dekat aku dan kata yang dia tak ada hadiah nak bagi. Aku ok je. Bagi aku tak mengapa kalau tak ada hadiah sekalipun. Yang penting kasih sayang. Ececece , actually mintak hadiah jugak < - seriously, budak ni memang tak boleh buat kawan lerr -_-
      Aku nampak ada seorang laki dalam kereta kak Balqis aku. Dia kata itu kawan dia. Actually, dia baru lepas habis balik kerja. Pastu dia tanya aku, boleh tak kalau nak duduk dekat balai ilmu tu. Aku kata boleh je. Then, dia buka pintu belakang kereta dan bawa keluar kek Secret Recipe. Aku mula-mula terkejut jugak. Wow! Satu biji kek sekali! Mana dapat duit ni? 
     Then, beliau ( tetibe je beliau lepas tahu dapat hadiah. Memang tak boleh buat kawan. :P) tanya nak makan kek tu dengan kengkawan or beliau. Of course lerr beliau. Tapi waktu tak mengizinkan. Bila aku naik bilik je satu bilik menjerit. Kakak aku belikan kek aiskrim untuk aku. Thank you Kak Tin ^^



9 May 2014 - 11 May 2014

Nothing happen .

12 May 2014 -  26 May 2014 

Exam time ! Asalnya sampai 25 Mei je, tapi Pemangku Sultan Kedah mangkat  21 Mei tu. Innalillahiwainnailaihirojiu . Hari tu dengan rasminya jadi cuti am bagi rakyat jelata Kedah. 
Waktu exam memang dapat aku lihat rupa-rupanya budak-budak hostel ni rajin . Mahu tak, sanggup stay up malam-malam untuk study sampai teleng kepala. Isy, tak sanggup aku. 

 

24 May 2014 mybe 

Tak silap aku masa tarikh ni, wabak sakit mata dah ada. Dan seluruh asrama berjangkit . Aku terkecuali. Alhamdulillah. Tapi aku dapat satu penyakit gatal-gatal. Bila jumpa doktor, doktor kata sama ada debu/hama ataupun gara-gara kupu-kupu putih yang melekat pada pakaian aku. Setelah dapat advive from that doctor, lepas sapu krim dan makan madicine yang doktor sediakan, Alhamdulillah bekas garu-garu tu makin berkurang. :)

 
26 May 2014 

Hari ini hari yang bersejarah. Pada hari ini, exam mid year 1 dah habis dan hari terakhir super duper awesome ada dekat sekolah kami. Bila ustaz masuk kelas je, dengan muka serius beliau ucap selamat tinggal dan bla bla bla. Kemudian ucap 'Assalamualaikum' dan terus blah. Ye, aku mengakui aku cukup terasa di situ. Sebab bila beliau jumpa budak-budak kelas lain, sempat lagi bergambar and senyum manis hingga semut hurung 20 hari. Kenapa bila jumpa kami muka beliau berubah 100%? Aku fikir last jumpa dia ada kenangan manis di situ. Ternyata aku salah :')


27 May 2014 - 14 June 2014 

Hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba dan kini aku nak ucap Happy Holiday ! Semoga cuti ni dapat memberikan banyak manfaat dan ilmu pada kita. =)


14 June 2014 Coming Soon ....

Bila sampai hostel , pada hari itu akan ada satu jamuan bilik dan pada hari itu aku terpilih untuk menjadi pengacara majlis ( MC ) hahahax .XD. tak dapat bayang lerr. Nantikan kemunculan hari ini !



Thank you for reading this entry XD 
 XOXO