Wabak Penyakit Meresap dalam Budak Hostel

Assalamualaikum

Actually, aku balik rumah hari selasa ni. But, aku diberi pelepasan oleh warden untuk balik rumah sebab sakit perut.. Weeehheee! Thanks Cikgu Lauddin.. = )

      Budak asrama ramai gilerr sakit perut and ceret beret . Aku rasa kompem sebab makcik kantin punyerr. Hari Khamis tu kami satu asrama puasa. Sajalah.. Puasa sunat. Lagipun minggu tu asrama sambut minggu Mengingati Rasulullah.
      Nak dijadikan cerita, diorang kata sambal nasi lemak untuk sahur haritu diorang ambil yang petang kelmarin punya. Ada juga yang kata makanan hari Rabu haritu. Yang pastinya pagi Jumaat tu aku bangun tidur rasa lapar tahap gaban! Perut ni kosong sangat. Walhal aku makan satu talam nasi untuk buka puasa dengan 3 orang kawan aku. Takkan rasa lapar lagi kut

      Lepastu ada pulak riadah. Mau nyerr aku tak lapar time buat riadah tu. Rasa nak pengsan bakk hangg! Then, diorang jamu breakfast hari tu roti canai. Aku tak lalu. Serius tak lalu. Tapi terpaksa jugak aku makan sebab lapar. Time tu perut rasa memulas. Berbunyi pelik semacam. Mulalah nak terperap dalam toilet tu lama-lama. 

      Sampai hari ni aku rasa lagi bila aku makan je mesti nak buang. Satu lagi faktor ramai budak asrama balik sebab KAYAP . Ramai kut orang dapat kayap ni. Mybe sebab kolah yang diorang mandi tu kotor kut. Tak pun air paip pun boleh jadi kotor jugak. Tuala tak tukar selama berminggu-minggu pun boleh jugak dikaitkan dengan kayap ni. Euuww! Please lah sister-sister sekalian. Tukarlah tuala tu . Bagi orang bujang yang rajin tukarlah tuala tu sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Kalau malas sekalipun seminggu sekali. Jangan tak tukar langsung!

      Tuala tu pun jangan main sepuk je. Aku mengaku. Aku pun kekadang sepuk jugak. But, sepuk tu jangan sampai berjam-jam. Belakang badan aku ada satu bekas yang tak dapat diketahui. Bila tanya, ada kata kayap, ada kata bekas tu sebab suka main air lah . Tapi bila aku tanya orang pro skit, diorang kata bekas gigitan. Mybe aku kena gigit hantu kut. Ouh, never mind!

      But, Alhamdulillah sebab aku tak dapat kayap. Well, kayap tu membawa maut jugak kut! Kawan sebelah katil aku balik rumah sebab dapat kelopak garam. Mulanya ada pada paha dia saja. Makin lama sampai ke betis. Merah kut kaki dia! Kesian sangat. Terpaksa dia balik. Nasib baik penyakit kelopak garam tu tak berjangkit. Kalau tak, maunya aku halau dia tidur dekat para kasut luar bilik sorang-sorang XD

      Apapun, semua ujian ini datang daripada Allah. Allah tidak akan menguji kita dengan ujiannya seandainnya kita tidak mampu. Sesungguhnya, Allah suka menguji orang-orang yang beriman : )


XOXO
     

5 comments:

Yun Sing said...

Auch .__.

ashyaziz said...

Sakit perut tu x berhenti lagi. Mmg auch lerr XD

Heqal Aeman said...

kayap mmg sakit...tapi asrama putra ramai yg kna cali...

Aqilah Baekkie said...

ramai giler org balik smpai warden marah2

ashyaziz said...

@Heqal Aeman : Yeah, hostel sini pun cali banyak sangat! Lagi bunuh lagi ramai yg dtg

@Aqilah Baekkie : Seriously? Memang patut baliklah. Takkan ler warden nak tanggung sume org sakit.