Semua Tak Menjadi !

Assalamualaikum :)

Bangun pagi - solat subuh . Habis solat subuh , aku selaklah novel. Nak habiskan haritu jugak novel tu. Tup-tup terlelap. Jaga je dah pukul 11 .30 pagi. Masa tu perut dan bunyi minta diisi. Aku pun turun pergi dapur buat lah breakfast tak seberapa. Waktu tu cadang nak buat untuk sorang je breakfast. Lupa yang abang aku dari matrik dah balik. Buatlah alang-alang dua . 

      Tetibe abang aku menjerit dari tingkat atas suruh aku sidai kain , sapu sampah , mop lantai , tanak nasi dengan buang sampah. Amboi, ingat aku ni bibik ker? Nasib time sidai kain dia tolong. Itupun sekerat. Huh! Isy, tak baik ler. Itupun beruntung dia tolong. 

      Aku nak breakfast time tu tak jadi sebab dia suruh aku sapu sampah dengan mop lantai tingkat atas. Aku pun capailah penyapu, penyodok dengan mop. Sebelum aku sapu, abang aku yang pemalas ni suruh aku buang sampah dengan tanak nasi. Aku pun ikut je. Time nak tanak nasi tu aku kelam kabut skit. Iyolah, sapu sampah belum , mop lantai belum , solat dhuha dengan baca surah al-waqiaah belum (amalan aku sejak dua tiga hari ni ) , mandi belum dan segala-galanya belum dibuat. 

      Aku sapu sampah - sarapan - sambung mop lantai - mandi . Time tu nak solat dhuha dengan baca surah Al-Waqiaah memang tak sempat. Ya-Allah, aku tak naklah mula untuk meninggalkan amalan aku ini. Takut nanti makin suka untuk meninggalkannya. Ini semua gara-gara 'TERLELAP DI PAGI HARI ' kenapa kau muncul , woii?! Sorry, ter-emo sikit. :D

      Mak aku bawa balik lauk untuk lunch. Bila aku masuk dapur balik, Ya-Allah, coway tak boleh hidup pulak. Habistu nak minum air apa? Air paip adalah. Aku naik bilik, on lappy. Tiba-tiba abang aku panggil suruh buat air. Banyak cantik muka ko . -_- . Tak mengapa. Aku ikuti sahaja. Aku masak air pakai periuk. Bila air dah mendidih aku buat air oren. 

      Bila dah dihidang untuk lunch , aku tak tahu mana silapnya. Air oren aku tak manis. Walhal, dah 5 sudu gula aku letak dalam minuman. Nasi aku tanak tadi jadi keras tanpa mengetahui sebabnya. Ayoyo! Apa udah jadi? Abang aku pulak tahu mengomen je. Banyak songeh betullah ! 

      Semua tak menjadi hari ini mungkin tidak mulakan hari dengan baik dan bagus. Nabi kata jangan tidur selepas subuh. Kalau tidak rezeki tertutup. Sah! Ini puncanya. Lepas ini aku nak praktiskan dalam hidup aku, jangan sesekali tidur lepas Subuh. Ingat ! 



XOXO
 

No comments: