Aku Dapat Guru Kelas Super Duper Awesome Part2

Assalamualaikum :)

Haritu time kelas Bahasa Arab, guru kelas aku masuk dalam kelas. Dia kata dia tak boleh tidur malam haritu. Then kami tanya lah kenapa? Dia kat nanti dia cerita. Now time untuk belajar. 

      Okey, habis belajar tentang bab 'fiil' . Aku mengantuk sesangat. And then terus tidur. XD Walaupun aku tengah syok tidur but aku masih dengar setiap bait perkataan yang diucapkan oleh Ustaz Iqbal. 

      Ustaz Iqbal cerita dia jadi imam dekat satu masjid ni . Imam solat Maghrib. Dia baca surah An-Naba' dalam solat tu. Lepas solat maghrib, ramailah makmum nak salam dengan dia. Tiba-tiba datang seorang pakcik ni tegur ustaz dalam khayalak ramai.

Pakcik :  Apa imam ni baca panjang sangat! 

      Ustaz time tu angin satu badan! Dalam hati ' hang sapa? Aku sapa? ' Yelah, tiba-tiba tegur ustaz depan khayalak ramai. Malu lah. 

Pakcik : Apa imam ni baca panjang sangat. Tak tahu ka ada makmum yang tua.

      Then, pakcik tu buka satu hadis tentang Rasulullah menegur sahabat baginda yang baca terlalu panjang ketika solat. Waktu tu ustaz geram sangat dengan pakcik tu.


Ustaz : Pakcik, sekarang saya buka rujukan saya, pakcik buka rujukan pakcik.

      Pakcik tu diam.

Ustaz : Dalam kitab bla.. bla.. bla.. Bab bla.. bla.. bla.. Rasulullah / Umar Al -Khattab ( tak ingat sapa yang kata) berkata, diharuskan membaca surah yang panjang ketika solat Maghrib dan surah yang pendek ketika solat Isyak.

      Pakcik tu diam. Ustaz time tu panas hati, dah tak dengar ceramah hari tu terus keluar dari masjid. Malam tu ustaz susah sangat nak tidur. Dia asyik terfikirkan berkenaan perjumpaan dia dengan pakcik tu.  And then ustaz ambil kunci kereta pergi ke rumah tok guru ustaz.

      Sampai dekat rumah tok guru ustaz, ustaz nampak tok guru ustaz duduk dekat beranda. Then, ustaz pun bagi salam dekat tok guru ustaz. Ustaz panggil tok guru ustaz ni 'Baba'

Baba : Ha, Iqbal! Awat mai tengah-tengah malam ni? Ada apa?

Ustaz : Baba, saya ada masalah ni.

Baba : Tundukkan keangkuhanmu.

      Time tu ustaz terkejut. 'Mampos lah. Tok guru aku tau apa yang terjadi.' Means kat sini, tok guru ustaz boleh baca apa yang terjadi.

Baba : Iqbal.. Iqbal. Hang ingat hang pandai sangat? Hang ingat hang bagus sangat? Hang terlalu inginkan kepujian dan apabila orang mengata hang, hang marah! Hang tak suka orang mencaci hang. Hang fikir hang mengaji sampai ke Jordan, hang baguih la? Ha fikir hang pandai sampai tak boleh di tegur sikit, dikata sikit, dicaci sikit. Hang nak marah? Hang nak orang sanjung hang kerana kepandaian hang tapi hang tak nak orang kata sikit dekat hang. Bla bla bla bla...

      Ustaz time tu rasa macam nak nangis. Ya-Allah, aku terlalu bermegah-megah dengan ilmu yang Engkau bagi.

Ustaz : Saya minta maaf, baba.

Baba : Jangan minta maaf pada aku. Minta maaflah pada 'kekasih Allah'.

      Allahurabbi! Time tu ustaz dah tahu apa silap besar dia. Ustaz dah faham apa maksud 'kekasih Allah' yang dikatakan oleh tok guru dia. Pakcik yang menegur ustaz tadi rupa-rupanya wali Allah.  'Ya-Allah, aku dah buat silap besar! Macam mana aku nak cari wali Allah itu balik? '

      Dan kesimpulan yang ustaz dapat dalam pengalaman dia ini, jangan terlalu bermegah dengan ilmu yang Allah berikan pada kita. Jangan terlalu bermegah dengan kata-kata pujian daripada orang ramai sehingga tidak boleh langsung menerima teguran orang. Jangan bongkak dan mengakui yang kita ini hebat orangnya walaupun tahu berkaitan bab agama.

      Apabila kita merantau lebih jauh, kita akan berjumpa dengan ramai orang. Dan apabila kita berjumpa dengan orang yang tidak bekerja,tiada isteri,tiada anak,tiada harta tetapi masih boleh hidup malah rezeki melimpah ruah, ditanyakan apakah pekerjaannya. Jawapan : Kerja aku dengan Allah. Itulah dikatakan salah satu wali Allah.



XOXO


No comments: