Aku Dapat Guru Kelas Super Duper Awesome!

Assalamualaikum

Baru-baru ni guru kelas perempuan aku baru lepas bersalin. Tak silap baby boy. Apapun, tahniah ustazah!Moga-moga berkat hidup dan rezeki melimpah ruah.

      Nak dijadikan cerita, pada tarikh yang entah berapa aku tak ingat , hari Ahad cikgu Sejarah aku tegur aku. 

Cikgu Sejarah : Ashya, ni guru kelas kamu yang baru. (sambil tunjuk dekat sorang laki sebalah beliau)

 Ourrrr - eyymmmm - geeee! Guru kelas aku? Serabai gilerr nak mati! Dengan rambut panjang dan jambangnya, bangla yang selalu hantar gas dkt rumah aku lagi kemas.

 Aku : Err.. Err.. (sambil tersenyum tak ikhlas langsung! Masih lagi terkejut segala usus-usus aku ni) Assalamualaikum, ustaz !

Laki tadi tu pandang muka aku dengan wajah yang bengis! Ouh, habislah hidup aku! Dapat guru kelas yang serabai dan muka yang garang gilerr nak mati!

Laju je kaki aku ni pergi dari tempat tu memandangkan aku kena berangkat segera. Kawan aku yang ramai-ramai duk sebelah aku tu pakat-pakat mula bukak gosip tentang guru kelas baru tu..

Kawan Weh! Aku tak mau guru kelas tu wehh! Macam bangla jual karpet siott!

Gilerr ah kawan aku ni. Lagi teruk dari bangla aku!

Aku : Ang ingat aku mau sangat ahh?

Pastu heboh satu kelas kami dengan guru kelas baru tu. Pakat-pakat tak mau. Yelah, dengar citer serabai gilerr nak mati pun dah cukup kami tolaknya. 

Keesokkan harinya.....

      Time masa cikgu kelas kami masuk, pakat-pakat tunggu nak tengok muka guru kelas tu. Dah datang! Dah datang!
Eh? Lain pulak gaya dia hari ni. Semalam nampak serabai, tapi hari ni dah kemas!  Rambut dia dah pendek dan kemas. Jambang dia dah sikit . Muahahaha XD 
Tapi yang meletoppss nyerr dia pakai spek ray ban masuk kelas! Gempak gileerrr siott!
      Lepas bagi salam,dia terus perkenalkan diri.

Guru kelas : Nama ustaz, Iqbal. (Tulis dkt papan hitam 'Iqbal' dalam bahasa jawi sampai buat khat segala bagai. Tahulah cikgu khat pun -_-' ) Ustaz dulu pernah mengaji dekat sini ( sekolah aku ) dari ting1 sampai ting 6 . Waktu ustaz ting1 tak ramai budak puteri kenal ustaz .(budak perempuan sekolah kami. Sekolah kami ni asing perempuan lelaki. So, memang padan kalau kami tak kenal sama sendiri ) Waktu ustaz ting2, semua puteri kenal ustaz. 

Time tu aku rasa nak termuntah.

Guru kelas : Waktu ustaz ting3, semua puteri sukakan ustaz.

Ourrr -eyyymm -geeee! Rasa macam nak hempuk je batang penyapu kat belakang kelas tu. Perasann gilossss! Time tu satu kelas gelak.

Guru kelas : Waktu ustaz ting4 , faham-fahamlah..

Ouh, aku tak faham (-_-')

Guru kelas : Waktu ustaz ting5 ada puteri sanggup bunuh membunuh sebab berebutkan ustaz.

Haa!  (-_-') Ourrr -eyyyymmmm -geeee untuk kali ke 100! Ini memang perasan tahap gaban giloss ni. Sumpah  lawak! Aku dengan budak-budak kelas aku tak berhenti gelak.
  
Ohhh! Ustaz aku pun nak gelak jugak! Gelak macam Profeser Klon versi garau. Habis kami gelak lagi ahh..

Pastu beliau pegang pemadam blackboard kami pastu padam. Ouh, rajinnnyerrr...

Guru kelas : Syoknya pegang! Dah lama tak pegang. 

Time tu aku rasa macam ' Alomaakk, 'perak' (lebih kurang rusa masuk kampung lerr) nyerr ko! '

Pastu dia cerita dia datang awal sekolah. Sambil-sambil tu dia jejalan lah sekita sekolah kami. Sempatlah dia kata dia cubit perut beberapa murid yang datang lambat. kejam! 
Kami dalam kelas ada satu buku rekod kawalan ponteng. Cikgu-cikgu perlu tandatangan dalam buku tu. Lepastu kawan aku letak lah buku tu atas meja. Dan-dan beliau terkejut, pastu tanya buku tu tuk apa? 

      Kawan aku jawab ahh untuk tandatangan. Dia kelam kabut cari pen. 'Pen mana pen? Tak sabar nak tandatangan ni! ' sambil tiup-tiup tapak tangan.  Ourrr -eyyymmm -geee! Hahaha!Sumpah lawak! Memang jakun.

Pastu ada beliau cakap, dia ni tak suka kalau kami panggil dia ustaz,cikgu,sir atau lebih kurang gituu lerr... Aku dalam hati. ' weehh, iqbal! ' :3

Dia kata dia ni macam kawan kami. Well, aku tak suka persepsi cikgu-cikgu yang menganggap anak muridnya tu sebagai kawan. Sebab cara macam memerli kekadang tu.

Sepanjang aku belajar dengan dia, banyak ilmu bahasa arab dan khat yang aku fahami dan mengerti. Dan banyak jugak cerita lawak yang kami dapat dalam kelas dia.

Antaranya...

  • Ustaz Iqbal tu duk citer pasal hantu dekat kami. Dia ada citer pasal Zawiyah yang mati bunuh diri dekat sekolah aku , pasal anjung bangunan blok A, pasal hantu tentera jepun, pasal abang senior dia kena kacau, pasal kawan dia kejut dia teman pegi tandas, pasal pak guard dia yang cakap kemas dan banyak lagi! Nanti aku buat entry pasal citer ni ok?
  • Ustaz Iqbal ni duk citer yang dia ni dulu budak nakal dkt sekolah dipilih jadi pengawas. Last-last jadi ketua pengawas. Entry ni pun sama aku akan postkan.
  • Ustaz Iqbal ni dulu pernah kawan dengan orang arab gangster dekat Jordan. 
  • Ustaz Iqbal dpt teguran tak boleh pakai ray ban masuk kelas. Walhal, gempak siot kalau pakai!
  • Rupa-rupanya, Ustaz Iqbal ni hot dekat fb rupanya. Patutlah dia kata dia update status ' Alhamdulillah, berjaya dapat jadi guru ganti dekat (sekolah aku) .. Bla bla bla ' dia kata dapatlah dalam 200 lebih likes. Sikit jer tuhh ..Haakk tuihh :P
  • Ustaz Iqbal suka ulang tarikh lahir dia bila masuk bulan 3. Walhal tarikh lahir dia bulan 4. Cehh. Bajet!
And the last class pada hari itu, dia kata dia akan ingat sampai bila-bila kelas kami sbb kelas kami kelas 1st yang dia masuk. Siap tangkap lagi gambar! Peace yoo!

XOXO

 

No comments: