MH370

#google

Assalamualaikum.

Mesti semua orang dah sedia maklum fasal kehilangan MH370 . Dan Perdana Menteri kita telah mengisytiharkan yang kapal terbang MH370 ini memang disahkan terjatuh dalam lautan Hindi. Buat pengetahuan semua, Lautan Hindi ini ialah diantara lautan paling terdalam sekali. Takziah buat semua keluarga yang mana salah seorang ahli keluarganya terperangkap dalam kes kemalangan MH370 ini. 

Aku dapat bayangkan bagaimana perasaan keluarga-keluarga mangsa. Yelahkan, mati dalam keadaan mayat tiada. Siapa yang tidak bersedih. Tapi, bagaimana dengan persediaan kita untuk mati pula? Kita memikirkan orang yang mati dan lupa yang semua ini ialah takdir . Bukankah Allah sudah mengatakan segala hidupan di bumi ini akan mati kecuali Allah. Maksudnya, malaikat maut yang mencabut nyawa kita pun akan mati.

Aku tak salahkan korang yang sedih atas pemergian anak-anak kapal dan penumpang-penumpang MH370 ini. Tapi harus diingatkan, syarat mati ialah hidup. Bila-bila masa sahaja akan sampai ajal kita. Apapun, doakan semoga penumpang-penumpang dan anak-anak kapal MH370 itu selamat. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu. Ada hikmah di sebalik semua ini. Ingatlah ajal ini ada dimana-mana sahaja. Ketika bersin pun boleh mati seseorang itu. Sekian daripada aku.

#PrayforMH370


No comments: