Tips Membeli- Belah


credit : Google

Assalamualaikum


Dah lama sangat aku tak buat tips, bukan. So, hari ini aku nak bagi satu tips membeli-belah untuk korunk supaya nak mengelakkan korunk membazir. Bukan aku nak kawal hidup korunk , but tips ni untuk peringatan aku sekali.Kita kekadang kena sentiasa berjimat-cermat. Why? Ini kerana takut duit yang kita pakai untuk perbelanjaan pelajaran kita atau perbelanjaan seharian kita lesap sebab shopping tanpa sedar keperluan kita digunakan. 

Tips pertama : 
Senaraikan barang-barang yang hendak dibeli agar korunk tak terbeli barang-barang yang tak perlu. 

Maksud di sini, contohnya korunk datang market nak beli barang-barang basah for masak makan tengahari, tapi bila korunk sampai market korunk jadi lupa barang yang nak dibeli or korunk rasa bahan ini patut dibeli. Walhal, bahan yang korunk  nak beli tu dah ada satu guni dekat rumah. Tak ke namanya membazir? So, senaraikan barang-barang tu supaya tak lupa, ok!

Ouh, ini bukan sifat aku. 


credit : Google

Tips kedua :
Jangan membeli-belah ketika lapar kerana lapar mendorong kita lebih daripada yang diperlukan.

Maksud di sini, kalau korunk cadang nak pergi shopping dengan kengkawan, ajak diorang makan bagi kenyang dulu. Tahu kenapa? Sebab perut kita kalau lapar,macam-macam kita nak. " Yang ni cantik, yang tu cantik." Tapi kalau kita dah kenyang, " Cantik, tapi malas argh nak beli. Tak pe lah. Lain kali lah." Bukankah itu tak membazir nama nya. Heeeee..... :D

Tips ni kekadang je aku ikut. :P


credit : Google

Tips ketiga :
Pastikan barangan yang dibeli mempunyai harga yang berpatutan. 

Maksudnya disini, korunk perlu tengok harga dulu. Kalau harga tu tak padan dengan barangan yang korunk nak beli, aku syorkan cari kedai yang murah dan lihat berapa harganya.

Aku ni kedekut. Lihat harga yang mahal tak der maknanya nak beli.


creadit : Google

Tips keempat :
Gunakan bakul daripada troli.

Maksudnya disini, kalau korunk rancang nak beli barang sedikit sahaja janganlah hentam sampai troli korunk ambil. Kalau dah tak ada bakul sangat pakai tangan cukup. 

credit : Google

Tips kelima : 
Gunakan wang tunai. Elakkan penggunaan kad kredit.

Maksudnya disini, kalau pakai kad kredit, korunk kena hutang. Berbanding pakai tunai. Hidup selamat,amal berkat. Tak de hutang-hutang. 

credit : Google

So, perkongsian aku hari ni cukup takat tu berkaitan beli belah. Lepas baca tips ini, harap korunk ikut. Well, lumrah manusia suka membeli-belah ni kan? Apapun, thanks sebab sudi baca entry aku kali ni. 

XOXO

MH370

#google

Assalamualaikum.

Mesti semua orang dah sedia maklum fasal kehilangan MH370 . Dan Perdana Menteri kita telah mengisytiharkan yang kapal terbang MH370 ini memang disahkan terjatuh dalam lautan Hindi. Buat pengetahuan semua, Lautan Hindi ini ialah diantara lautan paling terdalam sekali. Takziah buat semua keluarga yang mana salah seorang ahli keluarganya terperangkap dalam kes kemalangan MH370 ini. 

Aku dapat bayangkan bagaimana perasaan keluarga-keluarga mangsa. Yelahkan, mati dalam keadaan mayat tiada. Siapa yang tidak bersedih. Tapi, bagaimana dengan persediaan kita untuk mati pula? Kita memikirkan orang yang mati dan lupa yang semua ini ialah takdir . Bukankah Allah sudah mengatakan segala hidupan di bumi ini akan mati kecuali Allah. Maksudnya, malaikat maut yang mencabut nyawa kita pun akan mati.

Aku tak salahkan korang yang sedih atas pemergian anak-anak kapal dan penumpang-penumpang MH370 ini. Tapi harus diingatkan, syarat mati ialah hidup. Bila-bila masa sahaja akan sampai ajal kita. Apapun, doakan semoga penumpang-penumpang dan anak-anak kapal MH370 itu selamat. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu. Ada hikmah di sebalik semua ini. Ingatlah ajal ini ada dimana-mana sahaja. Ketika bersin pun boleh mati seseorang itu. Sekian daripada aku.

#PrayforMH370


Wardina Mengajar Anaknya Menghafal Al-Quran

Assalamualaikum <3 b="">

video

Subhanallah! Mudahnya kita dapat melihat anaknya menghafal Al-quran. Kecil-kecil lagi sudah diasuh dengan cara menghafal Al-Quran. Moga-moga anak Wardina menjadi anak yang solehah. Sejuk perut Wardina ketika mengandungkan dia. =)