Make Button Badge and Print T-Shirt

Assalamualaikum.

Semenjak-menjak ini aku tertarik dengan aktiviti 'Make Button Badge & Print T-Shirt Myself' . Aku teringin sangat nak belajar tentang cara-cara membuat button badge dan print t-shirt tu. So, aku pun belajarnya daripada internet. Ini salah satu video 'How to make button badge' yang aku pelajari daripada youtube.



Rupa-rupanya, ada alat untuk buat button badge ini rupanya. Aku fikir just tampal-tampal bagai. Heee.. Aku teringin juga nak beli alat-alat dia ini. Teringin nak buat jualan di sekolah. Boleh tambah pendapatan. Untung-untung beratus aku dapat dalam seminggu. Tak pun dapat jadi usahawan dengan hanya membuat button badge. Haha.. Stop imagine #

Kalau print t-shirt ini banyak caranya. Aku pun dah naik pening dengan video-video tu. Kalau korunk ada masa, tolong ajarkan aku cara nak print gambar atas t-shirt yer. Ilmu kalau dikongsi kian bertambah. Sharing is caring   

Tadi, aku ikut kakak aku pergi Tasik Darulaman di Jitra. Saja ikut. Adik aku tu nak main layang-layang. Sampai sana, aku saja kata dekat kakak aku yang aku nak pergi belakang stage tu jap. Bila aku pergi je aku nampak orang yang buat button badge. Aku pernah nampak sebelum ini. Saja lah pergi jenguk. Dia pakai apa untuk buat button badge. Memang samalah. Dia pakai alat yang nak buat button badge tu. Aku pernah check harga dekat internet. harga lebih kurang RM800+ . Risau aku. Yeelah, sekali keluar modal dah ratusan ringgit. Itu belum jual lagi. Entah-entah tak laku. Buat simpana dalam muzium jelah alat tu.

Ada yang sudi bagi dengan separuh harga? Teringin juga nak buat button badge ini. Nanti masa lapang bolehlah aku buat. Mana tahu ada rakan bloggers yang baik hati tawarkan harga untuk alat itu dalam puluhan ringgit sahaja. Bolehlah aku kumpul duit dengan rakan kongsi aku. 


XOXO

Hari Hijab Seluruh Dunia

Assalamualaikum!

Hari ini aku baca banyak sangat entry fasal HARI HIJAB SELURUH DUNIA. Aku baru dengar hari ini tentang event tersebut. 



PEMAKAIAN hijab atau tudung mula mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa apabila satu kempen memakai hijab dianjurkan di seluruh dunia buat kali kedua.

Kempen ini memberi ruang kepada wanita bukan Islam untuk mencuba memakai tudung seperti wanita Islam selain mencipta kesedaran terhadap masyarakat seluruh dunia.

Ilmuan Islam dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk melihat kempen itu mampu memberikan kesedaran yang diperlukan dalam masyarakat demokratik tentang asas hak dan mendidik masyarakat tentang asal serta sebab berhijab ekoran beberapa negara telah mengharamkan pemakaian hijab.

Menurut laporan BBC, seorang pelajar dari Norwich di United Kingdom, Jess Rhodes, 21 akui telah berhasrat untuk mencuba tudung tetapi masyarakat bukan Islam tidak melihat itu sebagai satu pilihan.

Lalu, apabila dia ditawarkan untuk memakainya oleh seorang kawan, Jess tidak melepaskan peluang.

“Dia jamin bahawa saya tak perlu menjadi Muslim dan ia hanya satu penghormatan. Walaupun jelas tudung dikaitkan dengan Islam, tapi saya fikir kenapa tidak (mencuba)?,” katanya.

Ibu bapa Jess ragu-ragu dengan keputusan anaknya itu kerana bimbang diserang di jalanan.

Jess adalah salah seorang daripada ratusan wanita bukan Islam yang bakal memakai tudung sebagai sebahagian daripada ulang tahun Hari Hijab Sedunia yang pertama, Sabtu ini.

Melalui satu artikel yang dikongsi Chelsea Dusenbury, melalui Hari Hijab Sedunia pertama, tahun lalu, dia menyedari soal diskriminasi yang dirasai oleh wanita Muslim di negaranya.

“1 Februari 2013, saya menyertai Hari Hijab Sedunia yang pertama, ketika itu hari Jumaat. Saya menaiki pengangkutan awam untuk ke kelas. Sementara menanti, saya memasuki sebuah restoran makanan segera yang popular kerana cuaca terlalu sejuk.

“Tak sampai dua minit saya duduk, pekerjanya mendekati saya dan tidak mengucapkan helo sebaliknya, ‘maaf puan, tapi anda tidak boleh duduk di sini melainkan anda merancang untuk membeli,” ceritanya.

Sedangkan menurut Chelsea, setiap pagi dirinya akan memasuki restoran itu sementara menanti ketibaan pengangkutan awam untuk ke universiti dan tidak pernah diminta keluar.

Chelsea sempat berpesan kepada wanita bukan Islam yang mahu menyertai kempen itu agar menjaga tatasusila ketika memakai tudung kerana ketika bertudung, mereka menggambarkan wanita Muslim.

“Anda mungkin akan kelihatan sebagai Muslim, jadi pastikan anda tidak melakukan apa-apa yang menggambarkan Muslim atau Islam secara negatif.

“Bawa diri anda dengan kemuliaan dan maruah anda serta kakak atau adik anda. Pada penghujung hari, anda rasakan pengalaman anda. Biarkan pengalaman itu menjadi kesan kepada pemikiran dan perspektif anda,” katanya.

Melalui sebuah akaun Facebook ‘World Hijab Day’ juga, wanita-wanita dari seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka ketika pertama kali memakai tudung.

Pelbagai kisah menarik hasil perkongsian itu termasuk sebahagian besar mereka merasakan dihormati dan tenang selepas mengenakan hijab.

Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen itu dengan memakai hijab dengan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.

“Wanita tak sepatutnya dikritik atau dianggap berbeza hanya kerana mereka memilih untuk memakai hijab. Orang dari kepercayaan lain patut belajar untuk menghormati itu,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Hari Hijab Sedunia.

Setakat hari ini, akaun Facebook itu sudah mendapat 68,453 ‘likes’ dan hampir 1,000 pemilik akaun Facebook bersetuju untuk menyertai kempen tersebut.

Kempen itu hasil ilham wanita New York bernama Nazma Khan yang berhijrah dari Bangladesh ke New York sejak berusia 11 tahun.

“Membesar di kota New York, saya berdepan pengalaman yang sukar ekoran memakai hijab.

“Di sekolah menengah, saya (digelar) Batman atau ninja,” katanya.

Bercerita tentang pengalamannya selepas kejadian 11 September, Nazma akui pernah dipanggil Osama bin Laden atau pengganas.

“Apabila saya masuk kolej selepas kejadian 11 September, mereka panggil saya Osama bin Laden atau pengganas. Ia menyakitkan.

“Akhirnya, saya berpendapat satu-satunya jalan untuk mengakhiri diskriminasi ini adalah dengan mengajak wanita lain untuk merasai pengalaman berhijab.

Tidak menyangka ideanya itu mendapat sokongan dari seluruh dunia, Nazma dihubungi oleh rakyat dari pelbagai negara termasuk UK, Australia, Perancis dan Jerman.





CREDIT : Iman Zakaria