Shopping di Hujung Jari

Assalamualaikum,

Act, dalam pemikiran aku. Aku nak update fasal sesi persekolahan aku. But, aku tak ada idea nak taip isi apa. Sementara mencari idea untuk entry kali ini, aku jelajah blog aku yang sudah 1 minggu 5 hari tidak ditatap. 

    Tiba-tiba aku ternampak seorang penjual online shop tidak putus-putus mempromosikan barangan dia. Tetiba aku jadi tak tentu. Yelah, macam itulah orang nak berniaga. Tak putus-putus memasukkan gambar pada orang ramai. Supaya ramai yang tertarik! Tapi aku ini ikut mood je kalau mahu update gambar. Mana boleh derr..

    Kalau korunk nak tahu siapa penjual tu, aku kenalkan. Nama fb dia " Bulan Leo " Aku tak tahu lah pulak dia ada blog ke tak. Tapi yang aku tahu dia punya jualan memang mantap! Mantap dari segi apa? Bagi aku, mesti dia punyai ramai pelanggan dan dia tidak putus-putus berusaha untuk menjana pendapatan. Aku yakin! Orang macam ini yang selalu berjaya.


Kemudian, aku mahu perkenalkan seorang penjual online shop. Yang ini juga lebih kurang terkenal juga pada kalangan blogger-blogger remaja. Nama fb dia " AH-KSHop " Mesti ada yang kenal bukan? Dia menjual barang-barang kpop terutama sekali! Sesuai untuk peminat-peminat kipas susah mati kpop. Aku ada baca satu status dia yang berbunyi macam ini... " Alhamdulillah, dah cukup RM3000 " Lebih kurangla bunyi nya gitu.. Ha,gituuu! Banyakkan? Usahawan cilik kau!


Ada lagi! Ini pula tentang penjual online shop yang menjual semua barang. Apa nama fb nyerr? Ha, nama fb dia ialah.. Jeng jeng jeng...  " MKA Online Shop " Waaaa! Aku berangan. Buat pengetahuan korunk yang masih belum tahu, MKA Online Shop itu kepunyaan aku dan rakan aku. Sungguh! Atas usaha aku yang teringin sesangat nak jadi usahawan cilik. Aku try buat online shop dulu. Aku masih muda. Masih lagi bingung tentang hal bisnes ini. Aku harap korunk beri tunjuk ajar dan yang paling penting sokong aku daripada belakang.


Korunk bolehlah cuci mata tengok online shop itu. Buat yang tidak suka ber-shopping boleh kongsikan kesukaan korunk. Boleh lah aku update kan fasal kesukaan korunk. Mana tahu kesukaan aku juga. Wink wink *** 

Aku harap entry aku kali ini mengembirakan semuanya. Kalau ada sesape nak dengar fasal kehidupan aku di sekolah baharu. Nanti-nantilah aku update. Buat masa sekarang bagi aku pengalaman dahulu, boleh? Bagus! *thumbs up

Okeylah, tunggu masa akan datang dengan entry aku yang gempak! Gempak kut.. Heeee :D


XOXO


No comments: