Shopping di Hujung Jari

Assalamualaikum,

Act, dalam pemikiran aku. Aku nak update fasal sesi persekolahan aku. But, aku tak ada idea nak taip isi apa. Sementara mencari idea untuk entry kali ini, aku jelajah blog aku yang sudah 1 minggu 5 hari tidak ditatap. 

    Tiba-tiba aku ternampak seorang penjual online shop tidak putus-putus mempromosikan barangan dia. Tetiba aku jadi tak tentu. Yelah, macam itulah orang nak berniaga. Tak putus-putus memasukkan gambar pada orang ramai. Supaya ramai yang tertarik! Tapi aku ini ikut mood je kalau mahu update gambar. Mana boleh derr..

    Kalau korunk nak tahu siapa penjual tu, aku kenalkan. Nama fb dia " Bulan Leo " Aku tak tahu lah pulak dia ada blog ke tak. Tapi yang aku tahu dia punya jualan memang mantap! Mantap dari segi apa? Bagi aku, mesti dia punyai ramai pelanggan dan dia tidak putus-putus berusaha untuk menjana pendapatan. Aku yakin! Orang macam ini yang selalu berjaya.


Kemudian, aku mahu perkenalkan seorang penjual online shop. Yang ini juga lebih kurang terkenal juga pada kalangan blogger-blogger remaja. Nama fb dia " AH-KSHop " Mesti ada yang kenal bukan? Dia menjual barang-barang kpop terutama sekali! Sesuai untuk peminat-peminat kipas susah mati kpop. Aku ada baca satu status dia yang berbunyi macam ini... " Alhamdulillah, dah cukup RM3000 " Lebih kurangla bunyi nya gitu.. Ha,gituuu! Banyakkan? Usahawan cilik kau!


Ada lagi! Ini pula tentang penjual online shop yang menjual semua barang. Apa nama fb nyerr? Ha, nama fb dia ialah.. Jeng jeng jeng...  " MKA Online Shop " Waaaa! Aku berangan. Buat pengetahuan korunk yang masih belum tahu, MKA Online Shop itu kepunyaan aku dan rakan aku. Sungguh! Atas usaha aku yang teringin sesangat nak jadi usahawan cilik. Aku try buat online shop dulu. Aku masih muda. Masih lagi bingung tentang hal bisnes ini. Aku harap korunk beri tunjuk ajar dan yang paling penting sokong aku daripada belakang.


Korunk bolehlah cuci mata tengok online shop itu. Buat yang tidak suka ber-shopping boleh kongsikan kesukaan korunk. Boleh lah aku update kan fasal kesukaan korunk. Mana tahu kesukaan aku juga. Wink wink *** 

Aku harap entry aku kali ini mengembirakan semuanya. Kalau ada sesape nak dengar fasal kehidupan aku di sekolah baharu. Nanti-nantilah aku update. Buat masa sekarang bagi aku pengalaman dahulu, boleh? Bagus! *thumbs up

Okeylah, tunggu masa akan datang dengan entry aku yang gempak! Gempak kut.. Heeee :D


XOXO


MRSM Membuat Aku Sedih

Assalamualaikum.

Sekarang aku belajar di sekolah Maahad Mahmud Alor Setar (MMAS). Mybe korunk dah tahu cita-cita aku yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan MRSM. Ye,aku ada bagitahu sebelum ini. But, sekolah berasarama penuh (SBP) aku tidak berjaya dan aku memang ketahuinya. Kenapa? Sebab sekolah rendah aku yang dulu private school. Bukannya sekolah kerajaan. Aku cuba lagi.

Aku try mohon MRSM. Kenapa aku tak suka sekolah MMAS tu? Aku cuma tak minat. Lagipun aku pernah kata yang aku nak tinggal jauh dari rumah aku yang di Jitra. Aku mohonlah MRSM. Aku rasa aku dah buat dengan bersungguh-sungguh. Aku akan berdoa. Aku harap sangat aku dapat. Aku nak banggakan semua orang. Aku nak tengok semua orang bangga. MRSM ialah sekolah pilihan aku since aku masih kecil. Aku bercita-cita tinggi. Aku harap aku dapat. Aku sanggup balik rumah kawan aku yang jauh dari sekolah dengan berjalan kaki semata-mata mahu lihat keputusan MRSM. 

Sehinggalah pada 15 Januari 2014, aku berada di asrama ketika itu. Aku call kakak aku pada petang itu. Dia maklumkan yang aku tidak berjaya. Aku kecewa sangat-sangat. Aku tak berputus asa. Mana tahu kakak aku itu hanya mahu buat suprise. Jadi, aku call kakak sulung aku. Dia juga maklumkan perkara yang sama. Aku sedih sangat. 

Malam itu, aku menangis semahu-mahunya. Sampai bengkak mata dan merah hidung. Senior yang lihat aku pun fikir yang aku rindu keluarga. Diorang agak terkejut lepas tahu aku nangis kerana tidak berjaya ke MRSM. Yelah, kebanyakkan yang berjaya ke MRSM majoriti tak nak pergi kerana takut rindukan ibubapa. Tapi aku pula lain pemikiran, aku nak jauh dari family aku. Aku sudah terbiasa hidup berdikari dan terbiasa dengan suasana perpisah juga keseorangan. Aku sudah terbiasa dengan hidup rindu. Aku sudah terbiasa dengan ketiadaan ibubapa. Aku lali. 

Aku rasa agak was-was. Aku rasa kakak aku seperti mahu mengenakan aku. Jadi Khamis itu aku pulang. Aku lihat sendiri dengan mata aku. Aku search sendiri. Aku isi sendiri. Segalanya sendiri. Hati ku berdegup ketika itu. 

"Sesungguhnya, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Allah tahu apa yang terbaik buat kita."



Aku sedih sangat. Harapan ku musnah dan berganti dengan kekecewaan. Aku fikir aku dapat banggakan family aku dengan perkataan "TAHNIAH" . Tapi aku musnahkan harapan mereka. Aku berharap sangat aku dapat masuk ke sana. Aku dapat buat rayuan. Dan aku terpilih. Betapa gembiranya aku ketika itu! Aku Aku fikir aku layak ke Ulul Albab. Tapi status Lu Lembap je yang aku dapat. Aku fikir aku dapat gembirakan semuanya. Tapi aku telah timbulkan kekecewaan pada kesemuanya. Aku fikir aku gembira pada hari itu. Ternyata aku menangis kemurungan pada hari itu. 

Tapi aku tak nak tengok rakan sebilik aku pujuk aku dalam kesedihan. Dalam kesedihan aku tunjukkan kegembiraan. Dalam kegembiraan itu,aku ubatkan hati yang penuh kekecewaan dan dalam kegembiraan aku lupakan kesedihan aku ini pada rakan sebilik dan aku juga.

Kata-kata cacian yang dilontarkan pada aku tentang MRSM turut aku lontarkannya jauh-jauh.

"MRSM kuat sosial" -manusia"Kita boleh hindarkan" -aku
"MRSM kuat terpengaruh" - manusia
"Kita boleh hindarkan" -aku
"MRSM teruk. Otak kuning" -manusia"Kita boleh perbaiki otak kita. Itu mereka bukan kita" -aku 

Bagi aku dimana-mana pun kita,kalau hati tidak kuat. Kita senang sangat terpengaruh. Aku paling tak suka manusia yang suka judge sekolah yang lain dan mengaku sekolah mereka paling baik. Aku bukan nak back-up MRSM. Tapi semua sekolah yang diorang katakan teruk bagi aku sekolah itu yang paling baik.

Aku cuba tanya kawan aku yang dulunya melanda kekecewaan yang menggunung tinggi kerana permohonan ke MMAS dia tidak berjaya. Sekarang dia bersekolah di Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah. Dia kata sekolah disitu sangat seronok dan daripada kata-katanya aku dapat tafsirkan yang kekecewaan dia yang melanda selama ini musnah dan berganti kegembiraan.

Aku suka dengan kehidupan dia. Alangkah bagusnya jika aku seperti dia. Aku yakin, setiap kesedihan aku berganti dengan kegembiraan suatu hari nanti. Aku tak nak berharap sangat. Aku takut kekecewaan aku melanda lagi.

Aku akan cuba bangun kembali. Aku akan berusaha sekali lagi. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Aku berharap pihak MARA dapat pertimbangkan keinginan aku ini. Aku faham. Bukan mudah kerana beratus ribu orang yang menuntut ke MRSM dan aku tidak memaksa pihak MARA. Cuma aku agak tidak selesa di sini dengan kata lain aku terseksa disini.


-Luahan hati seorang pelajar yang kemurungan kerana permohonan ke MRSM ditolak mentah-mentah-