Tips : Khasiat Tomato







Assalamualaikum.

Hari ni aku nak berkongsi tips berguna untuk korunk. Kenapa tips pertama ni aku mahu mulakan dengan tomato? Sebab aku memang suka makan tomato. Tips berguna inilah yang akan aku kongsikan. Aku ada cari di google fasal tips ni. Tak banyak maklumat yang aku dapat. Cuma serba sedikit.


*takut mahu tunjuk kaki kencing manis yang sebenar!
Tomato Baik untuk Penyakit Kencing Manis
Mineral kromium. Mineral kromium? Apa itu. Actually, aku pun tak tahu. Mineral kromium ni ada dalam tomato dan membantu pesakit kencing manis untuk mengawal tahap gula dalam darah. Ha! So, korunk yang kencing manis tu cubalah makan tomato. Insya- Allah, kurang sedikit gula dalam badan tu.



Membantu Perokok untuk Lebih Sihat  
Walaupun pengambilan tomato tidak boleh memberhentikan perokok dari terus merokok, tetapi tomato boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh asap rokok kepada badan kita.
Dalam tomato ada “asid chlorogenic” dan “asid couramic” yang boleh melawan “carcinogens” yang terkandung dalam asap rokok.



Memperkuatkan Mata

Tomato mempunyai kandungan vitamin A. Dan tomato boleh memperkuatkan mata dengan vitamin A ini! Vitamin A ini sangat diperlukan untuk mata kita. Tomato juga boleh atasi masalah rabun malam! Ha, bukan lobak saje.Malah tomato juga!


 


Baik untuk Kulit 
Ha! Ini mesti semua orang dah tahu dan serba tahu dan tahu menahu. Muahahaha! Tomato baik untuk kulit tak kisah kulit muka atau kulit yang kita yang lain. Dalam isi tomato ada satu bahan yang baik untuk kulit. Bahan ini dinamakan ' Lycopene ' . ' Lycopene ' banyak digunakan dalam alat-alat kosmetik yang mahal-mahal terutama sekali pencuci muka. Tak perlu lah beli produk - produk kosmetik yang mahal - mahal. Beli sahaja tomato yang harganya berapa puluh sen sahaja!
Jika kita mahukan kulit wajah yang lebih bersih dan cerah, hirisan tomato boleh diletakkan pada wajah. Pastikan bahagian isinya menghala kepada kulit. Amalan ini akan memberikan kita kulit yang lebih lembut dan bersih. Pastikan buat sebelah malam, sebab kemerahan dari tomato akan menguasai kulit. Tapi tidak perlu risau kerana merah ini akan hilang bila pagi menjelang.




Baik untuk Rambut 
Ha! Nak rambut cantik dan sihat kan? Nak kan? Nak? Mestilah nak! Ini juga atas sebab kandungan vitamin A dalam tomato. Tomato akan mengekalkan kekuatan rambut dan memberikan sinar pada rambut.


Ha! Banyak khasiat tomato yang dapat dikongsikan dalam belog aku ni. Amacam? Best tak? Banyak khasiat tomato kan? Rasanya pun ummpphh.. Masam. Suka!

Thanks to :

Google
CyberSlimCentre 


XOXO



No comments: