Interview 2014

Assalamualaikum dan Selamat Petang!

Entry aku pada hari ini berkaitan dengan interview sekolah menengah untuk tahun 2014 @ tahun hadapan.Buat masa sekarang, sekolah yang aku minta ialah :


  1. Maktab Mahmud Alor Setar - MMAS
  2. Maahad Tahfiz Sains Darulaman -MTSD
  3. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang - SMAP KAJANG
  4. Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab - MRSM ULUL ALBAB
Sikit bukan? Korunk share lah sedikit dengan aku sekolah mana yang aku boleh mohon lagi.Aku tak tahu.Yang pastinya aku mahu sekolah yang belajar agama.Ini kerana,aku bersekolah rendah islam.Tak mahu lah masuk sekolah yang tak belajar agama kerana sia-sia aku belajar agama time sekolah rendah.

Buat masa ini sekolah yang aku berjaya interview ialah sekolah MMAS dan MTSD.Dan MMAS aku berjaya manakala MTSD aku tak berjaya.Sokay! Aku harap aku dapat buat interview MRSM ini.

Nak minta korunk share sekolah agama untuk aku.Yang masih belum tutup tarikh permohonan.Aku tak banyak sekolah.Aku nak tinggal jauh dari rumah. Rumah aku di Kedah.Harap korunk bantu aku. 

Sekian dari aku. Assalamualaikum and bye!

No comments: