Tarikh keluar keputsan UPSR 2013

keputusan-upsr-2013

Assalamualaikum and Anneyonghaseyo! 

(Terkini) Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2013 Diumumkan Keluar 14 November 2013
Tarikh keputusan rasmi UPSR 2013 akan diumumkan pada khamis 14 November 2013. Keputusan UPSR yang akan dikeluarkan merangkumi keputusan peperiksaan bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak melibatkan 478,848 calon. Berdasarkan pekeliling kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri, 478,848 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.
Semakan Keputusan UPSR 2013
Calon boleh datang ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan transkrip keputusan UPSR 2013 selepas pukul 10 pagi pada khamis 14 November 2013.
Semakan Keputusan UPSR 2013 Guna SMS
UPSR (Angka giliran) dan sms ke 15888
Contoh: UPSR HG5211212 ke 15888
Kronologi Pengumuman Keputusan UPSR Tahun Sebelumnya
  • Keputusan UPSR 2013:14 November 2013
  • Keputusan UPSR 2012: 19 November 2012
  • Keputusan UPSR 2011: 17 November 2011
  • Keputusan UPSR 2010: 11 November 2010
Semoga semua calon berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang pada UPSR tahun ini.

Aku berharap keputusan UPSR aku baik,elok dan cemerlang.Tak sabar nak tunggu keputusan.Jantung dah dup dap dup dap.Ya-Allah,bantulah hamba mu ini untuk mencapai keputusan 5A!Aamiin.Apapun,ketentuan Allah adalah sebaik-baiknya.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Bloggers semua..Doakan saya dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2013 ini ye!Ampun andai ada salah-silap.Hee,macam nak mati lah pulak.

Sumber :Tarikh Umum Keputusan UPSR 2013

1 comment:

Fiza Aziz said...

Insyaallah dapat keputusan yang cemerlang