New Design

Assalamualaikum =D

How are you today,guys? Me? I'm fine and thank you because your guys care about me . LOL . Yeke/ Korunk ada tanya ke aku sihat ke tak? Okey! Back to the topic. 

Korunk yang follow blog aku dari dulu mesti perasan. Aku dah tukar design blog aku kan? Cantik tak daripada dulu? Bagi aku cantik juga daripada dulu.

Thanks diucapkan untuk rakan aku , Siti Aisyah bt Mohd Khalil . Anyway, aku tak tahu nak sembang apa lagi dalam entry kali ini. :3


Cantik kan? Ceh! Puji belog sendiri. Hey! Ini belog aku. Sukahati lorhhh.. Hehehe.. 


Okeylah korunk, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Btw, thanks baca entry aku ni. =D


XOXO

Tips : Elakkan Bibir Kering

Assalamualaikum

Aku yakin dalam kalangan korunk pasti ada masalah bibir kering,right? Yep! Kita geng. Aku pun ada masalah bibir kering. Ha! Salah satu daripada terjadinya bibir kering akibat cuaca yang panas dan sejuk akibat pendingin hawa. Hari ini aku nak kongsikan satu tips tentang mengelakkan bibir kering. Untuk santapan korunk dan aku juga. Supaya aku dapat ingat diri aku sendiri 'Eh! Kau tu dah ler ada bibir kering.Cepat ikut tips yang kau bagi tu!'



Minum Air Yang Secukupnya 


Ha! Yang ini mesti semua orang tahu kan? Minum air secukup nya sekurang-kurang nya 7 gelas sehari. Sediakan satu botol besar untuk sehari. Tuhaa.. Air tapis ada banyak di serata dunia. Okey? Minum air secukupnya setiap hari okey!


Sentiasa pakai lipbalm


Pakai lipbalm ini supaya bibir korunk tak kering. Aku cadangkan korunk pakai lipbalm jenama Vaseline. Yang botol kecil tu. Tahan lama di bibir tau! Aku cuma beri cadangan. Kalau korunk rasa lipbalm korunk terbaik, pakailah. Aku tak paksa pun. Tapi kalau korunk tercari-cari lipbalm yang bagus, pilihlah lipbalm Vaseline. Aku tak suka pakai lipbalm berwarna. Just lipbalm warna putih dan nampak warna bibir asli kita. Right?

Gosokkan Bibir Dengan Berus Gigi


Dalam video ini, model gunakan Vaseline jelly untuk lips. Lebih kurang lipbalm Vaseline jugak. Sama je. Then,dia berus gigi secara perlahan-lahan . Jangan sapu kuat-kuat tau!
*macam kat atas ni lah. Korunk boleh pilih flavour tau!

AMARAN!!

Jangan basahkan bibir korunk dengan air liur. Ini kerana bibir korunk boleh kering lebih teruk tahu! Ha! Jangan berani-berani mencuba .


XOXO 






Tambah Pendapatan Dengan Online Shop

Assalamualaikum .

Dulu,duit simpanan aku dalam tabung ada lah lebih kurang 400 lebih. Tapi,semenjak-menjak ni duit aku makin sikit dan makin sikit sehingga tinggal RM4. Gilossss! Sape yang pakai duit aku ni? ( Ceh,tak mengaku yang dia guna duit tu sendiri) 

Okey,aku tak guna duit tu lebih-lebih,okey. Tapi seyesli,duit aku memang banyak hilang. Aku pun tak tahu. Tapi sokaylah. Aku halalkan je. Mana tahu aku sendiri yang guna tapi tak perasan kan? Tak pelah..

Okey! Dengan cara buka online shop ni, aku boleh tambah pendapatan dan tambah duit poket aku! Aku ada beli daripada online shop yang lain dan daripada jualan penghabisan stok dekat butik umi aku. 

Nama online shop yang aku buka di facebook itu , MKA Online Shop . Jemput like dan memeriahkan fanpage aku itu. Thanks korunk ! :) 

Kalau korunk nak tahu fanpage aku itu apa dijual, bolehlah dijemput skodeng MKA Online Shop tu erkk.. Bukan senang dijemput skodeng tau.. Muahahaha!

Dalam fanpage MKA Online Shop itu, aku ada jual barang - barang seperti dibawah :
  • Buku
  • Baju
  • Abaya
  • Tudung
  • Beg
  • Kpop stuff
Ha! Amacam! Nampak macam shopping complex di hujung jarikan? Hahax ! Jemputlah membelinya. Murah daripada harga biasa kut! 

Memandangkan MKA Online Shop ini masih lagi baharu, tak semua gambar yang tersenarai aku upload lagi. Nanti aku akan upload gambar-gambar yang aku senarai, okey?

Contoh Tudung :


*Bajet giler! Biarlah, ini belog aku. 

Okey, ini contoh tudung yang aku jual. Kain Cotton, ada warna merah dan torqoise, saiz M, Awning Lembik,Harga RM40. Kain memang sedap! Aku tak tipu. Sungguh! Selanjutnya boleh lihat di MKA Online Shop 

Apa tunggu lagi? Banyak barang yang dinantikan untuk dibeli dan dimiliki. Cepat-cepat inbox aku di MKA Online Shop if berminat dan mahu membeli.

Dah! Cepat like di facebook sekarang juga!


XOXO



Hadiah Keputusan Cemerlang

Assalamualaikum,

Aku ada cerita di belog aku ini. fasal keputusan UPSR aku. Tak baca lagi? Boleh bacanya di sini - My Result 

Dah baca? Bagus. Okey, tajuk aku hari ini ada kaitan dengan entry aku tu. Dalam entry aku yang itu ada aku kata nak tuntut semua hadiah yang dijanjikan kan? Ha! Ada dah hadiah yang aku dapat. Nak tahu? Baca entry aku sampai habis tau.


Hadiah Daripada Abang ke 5 daripada 8 adik beradik ke :



Hadiah daripada kakak ke 6 daripada 8 adik- beradik :



Hadiah daripada rakan kakak ke 3 daripada 8 adik - beradik :



Hadiah daripada kakak 1st daripada 8 orang adik beradik :





HA! Inilah hadiah yang aku dapat. Satu lagi hadiah daripada kakak aku yang ke 3. Penyepit rambut. Tak ada lah pula gambar tu. Sorry.

Bila tanya mak aku pulak apa hadiah yang dia nak bagi. Jawapan dia sekolah baru. Sekolah baru untuk tahun hadapan. Sekolah Menengah. Huh! Hehehe 

Baiklah, sorry if post kali ni tak best. Aku buat yang terbaik untuk korang. Hope korang gembira baca entry aku kali ni ekk..

Thanks to :

Abang,kaka dan rakan kakak.
Google .
Photoscape.

XOXO

Tips : Khasiat Tomato







Assalamualaikum.

Hari ni aku nak berkongsi tips berguna untuk korunk. Kenapa tips pertama ni aku mahu mulakan dengan tomato? Sebab aku memang suka makan tomato. Tips berguna inilah yang akan aku kongsikan. Aku ada cari di google fasal tips ni. Tak banyak maklumat yang aku dapat. Cuma serba sedikit.


*takut mahu tunjuk kaki kencing manis yang sebenar!
Tomato Baik untuk Penyakit Kencing Manis
Mineral kromium. Mineral kromium? Apa itu. Actually, aku pun tak tahu. Mineral kromium ni ada dalam tomato dan membantu pesakit kencing manis untuk mengawal tahap gula dalam darah. Ha! So, korunk yang kencing manis tu cubalah makan tomato. Insya- Allah, kurang sedikit gula dalam badan tu.



Membantu Perokok untuk Lebih Sihat  
Walaupun pengambilan tomato tidak boleh memberhentikan perokok dari terus merokok, tetapi tomato boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh asap rokok kepada badan kita.
Dalam tomato ada “asid chlorogenic” dan “asid couramic” yang boleh melawan “carcinogens” yang terkandung dalam asap rokok.



Memperkuatkan Mata

Tomato mempunyai kandungan vitamin A. Dan tomato boleh memperkuatkan mata dengan vitamin A ini! Vitamin A ini sangat diperlukan untuk mata kita. Tomato juga boleh atasi masalah rabun malam! Ha, bukan lobak saje.Malah tomato juga!


 


Baik untuk Kulit 
Ha! Ini mesti semua orang dah tahu dan serba tahu dan tahu menahu. Muahahaha! Tomato baik untuk kulit tak kisah kulit muka atau kulit yang kita yang lain. Dalam isi tomato ada satu bahan yang baik untuk kulit. Bahan ini dinamakan ' Lycopene ' . ' Lycopene ' banyak digunakan dalam alat-alat kosmetik yang mahal-mahal terutama sekali pencuci muka. Tak perlu lah beli produk - produk kosmetik yang mahal - mahal. Beli sahaja tomato yang harganya berapa puluh sen sahaja!
Jika kita mahukan kulit wajah yang lebih bersih dan cerah, hirisan tomato boleh diletakkan pada wajah. Pastikan bahagian isinya menghala kepada kulit. Amalan ini akan memberikan kita kulit yang lebih lembut dan bersih. Pastikan buat sebelah malam, sebab kemerahan dari tomato akan menguasai kulit. Tapi tidak perlu risau kerana merah ini akan hilang bila pagi menjelang.




Baik untuk Rambut 
Ha! Nak rambut cantik dan sihat kan? Nak kan? Nak? Mestilah nak! Ini juga atas sebab kandungan vitamin A dalam tomato. Tomato akan mengekalkan kekuatan rambut dan memberikan sinar pada rambut.


Ha! Banyak khasiat tomato yang dapat dikongsikan dalam belog aku ni. Amacam? Best tak? Banyak khasiat tomato kan? Rasanya pun ummpphh.. Masam. Suka!

Thanks to :

Google
CyberSlimCentre 


XOXO



Aku Menangis!


Assalamualaikum and Anneyonghaseyo!

Jangan mengata kalau aku update status fasal aku menangis. Aku bukan menangis pun cuma agak sedih. Okey,apa yang membuatkan aku menangis? Ha! Jawapan dia fasal satu website ini! Ha? Fasal website pun menangis? Apa yang website tu kata? Caci awak? Mengata awak? Ohh. no! 

Website yang membuatkan aku nangis ni ialah website ni ! - http://www.nile.com.my/

Sangat cantik baju-bajunya dan macam-macam lagi ada! Ada buku, baju, beg, topi, aksesori dan banyak lagi!Murah sangat! 

Yang best nyerr.. Website ini ada khidmat penghantaran cash on delivery di sekitar lembah klang dalam masa 24 jam! Wahh! Beruntunglah korunk yang menetap di lembah klang. 

Aku paling suka baju, cardigan dan beg nyerr.. Cantik (y) !

Cardigan:

Price : RM 25.80
RM78.00

Price : RM 29.90
RM65.00

Price : RM 33.00
RM88.00


Price : RM26.50
RM65.00 

Price : RM 32.80
RM99.00


Price : RM 49.90
RM220


Price : RM39.90
RM122.00


Banyak lagi! Tak larat nak shared.Korunk sendiri boleh tengok di website dia yerr... Best!

Website : www.nile.com.my
Hotlink : 1700-818-400 (panggilan dicas pada kadar biasa)
Email : enquiry@nile.com.my









Whohaa - Daftar,Kumpul dan Tebus!

Assalamualaikum dan Anneyonghaseyo!

Hari ini aku nak buat tutorial tentang Whohaa.Whohaa ini lebih kurang macam churpchurp. Tapi Whohaa ini tak perlu promote iklan. Cuma jawab soalan yang diberi,kumpul points dan tebus hadiah mengikut points yang kita kumpul.


190 000 points : Samsung Galaxy Camera
6 500 points : Kingston 16GB Flash Drive
58 000 points : Fujifilm Instax Mini 8

Banyak lagi hadiah yang boleh ditebus.Cuma tak nak lah list banyak-banyak.Kalau nak tahu lebih lanjut korunk boleh daftar.

CARA-CARA MENDAFTAR WHOHAA :

  • Korunk boleh daftar Whohaa di sini - WHOHAA
  • Isi semua yang diminta 



  • Make sure penuhkan semua dan tick " I have read and agree to the terms and conditions "
  • Lepas tu buka email dan check email daripada Whohaa.Klil link pertama yang diberi.
  • Lepas sign in korunk kena requst TAC Code baru boleh jawab survey.Korunk boleh tahu code tu daripada mesej di handphone korunk yang korunk bagi nombor handphone korunk tu.

CARA MENGGUNANYA :

  • Klik " Earn Points " kemudian pilih salah satu daripada list kat bawah ni.Tekan .

  • Ada satu gambar besar.Gambar itu ada jawapan bagi soalan yang ditanya dibawah.Scroll dibawah dan ada soalan selepas gambar itu.Selalunya aku tiru jawapan di komen itu :P .Tapi,soalan setiap orang tak sama.Ada jugalah yang sam dengan soalan korunk.So,pandai-pandailah pilih jawapan mengikut kesesuaian soalan korunk yerkk.. 
  • Lepas jawab,korunk boleh submit dan ada satu kotak hijau " View More " korunk boleh tekan dan Earn Points lagi ^^ .Klik Earn More Points kalau mahu jawab lebih banyak soalan di setiap kempen.

  • Buat pengetahuan korunk,satu kempen satu kali sahaja peluang korunk untuk jawab soalan.So,nak lebih banyak points,korunk kena tunggu kempen lain masuk ataupun shared link whohaa korunk dengan kawan-kawan.Kalau kawan-kawan daftar whohaa atas link korunk,korunk akan dapat 100 points!
Amacam? Senang bukan? Aku suka sangat dengan whohaa ni.Tak sabar nak banyak points dan tebus hadiah.Ikutkan hati aku,aku nak Fujifilm Instax Mini 8. Hehehe. Teringin sangat nak dari dulu lagi.

Okey,kalau korunk tak faham lagi.Boleh tanya aku dekat facebook or komen bawah blog ni.Okey? Semoga berjaya!

Credit by : Hu Da







Interview 2014

Assalamualaikum dan Selamat Petang!

Entry aku pada hari ini berkaitan dengan interview sekolah menengah untuk tahun 2014 @ tahun hadapan.Buat masa sekarang, sekolah yang aku minta ialah :


  1. Maktab Mahmud Alor Setar - MMAS
  2. Maahad Tahfiz Sains Darulaman -MTSD
  3. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang - SMAP KAJANG
  4. Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab - MRSM ULUL ALBAB
Sikit bukan? Korunk share lah sedikit dengan aku sekolah mana yang aku boleh mohon lagi.Aku tak tahu.Yang pastinya aku mahu sekolah yang belajar agama.Ini kerana,aku bersekolah rendah islam.Tak mahu lah masuk sekolah yang tak belajar agama kerana sia-sia aku belajar agama time sekolah rendah.

Buat masa ini sekolah yang aku berjaya interview ialah sekolah MMAS dan MTSD.Dan MMAS aku berjaya manakala MTSD aku tak berjaya.Sokay! Aku harap aku dapat buat interview MRSM ini.

Nak minta korunk share sekolah agama untuk aku.Yang masih belum tutup tarikh permohonan.Aku tak banyak sekolah.Aku nak tinggal jauh dari rumah. Rumah aku di Kedah.Harap korunk bantu aku. 

Sekian dari aku. Assalamualaikum and bye!

Nak Minta Tolong Boleh?

Assalamualaikum and Anneyonghaseyo.

Nak minta tolong sedikit.Boleh tak tolong like dua gambar di bawah ini untuk pengguna facebook.Thank you very much indeed.


dan gambar ini




*tekan gambar dan terus like gambar itu di facebook.


Terima kasih banyak-banyak yer! Sayang korang.Jasa korang dihargai. Thanks sangat-sangat.



Holiday

Assalamualaikum and Anneyonghaseyo!

Apa khabar pengunjung blog ini? Sihat atau tidak sihat?Alhamdulillah kalau sihat.Yang tak sihat cepat-cepat makan ubat,key.Tak elok dibiarkan.Nanti penyakit itu berterusan.

Baiklah,pada hari ini aku,Ashya' bt Abd Aziz ada satu perkara nak bagitahu dan ada satu perkara nak ceritakan.Perkar yang aku nak bagitahu itu,aku rasa nak tukar nama panggilan.Aku nak gelarkan diri aku dalam blog ini Ashya. Okey tak? Sebab aku rasa kalau panggilan 'aku' ini seperti kasar.Mana tahu ada orang yang lebih tua dari aku baca entry aku ni.Aku rasa macam tak hormat.So,aku nak tanya pendapat korunk.Okey tak aku gelarkan Ashya dalam blog ni? Komenlah di bawah ini ye.Buat sementara menunggu keputusan,aku menggelarkan diriku 'aku' dulu.

Perkara kedua yang aku nak ceritakan ialah tentang percutian aku ke Sabah bersama-sama ibu saudara,bapa saudara,sepupu dan kakak aku.Best! Aku tak boleh menafikan.Cuma tak berapa puas sebab percutian kami hanya 3 hari 2 malam.Tapi,Alhamdulillah dapat juga pergi. :)

Kami naik kapal terbang pukul 7.15 am tak silap.Penerbangan kami dari airport di KL ke airpot di Sabah mengambil masa 2 jam.

*sayap kapal terbang

*me with my sister

*me with my cousin

*tak ada kena mengena


Okey,sampai di Sabah.Setelah mendapat kereta sewa,kami pun memulakan perjalanan ke Hotel Tabung Haji.Hotel itu cantik juga.Puas dapat tidur tanpa ada orang dewasa.Selepas itu,kami makan di Restoran Kak Yong.Restoran ini popular di Kota Kinabalu kerana kesedapan makanannya di situ.Tapi bila makan di Restoran kak Yong itu,rasa dia sama sahaja seperti di restoran Semenanjung Malaysia.Ada juga makanan yang lain dan tak pernah dirasai di Semenanjung Malaysia.

Ada kejadian di situ,aku tertinggal handphone aku.Nasib baik ada pekerja yang baik hati bagi balik handphone aku itu.

Kemudian kami pergi ke jeti apa tah namanya.Selepas menempah tiket bot,kami mulakan perjalanan ke Pulau Manukan menaiki bot.Memang best sangat naik botnya.Rasa bot itu sama cetek dgn air laut je.








Besok itu, kami pergi Rumah Terbalik.







Kemudian kami pergi ke ......















Besok,kami pergi ke Pasar Filipine.Kemudian balik ke Semenanjung Malaysia.

Dan ini lah percutian saya kali ini.Harap korunk semua gembira membaca kisah aku ini.Sekian daripada aku.