Bermain Bola Jaring

Assalamualaikum, semua pengunjung blog aku!
           Petang yang tak berapa indah bagi diriku untuk aku ceritakan untuk korunk semua pasal bola jaring.. Kenapa? Apa yang hebat sangat tentang bola itu? Tak ader benda yang hebat pun tentang bola itu. Cuma baling dan terus masukkan kedalam goal.. Chupp! Tak semudah yang korunk fikirkan.. tak semudah petik jari korunk.. Sesusah petik jari orang yang kudung tangannya.. Argh!! Apa yang aku merepek ini??

            1 November jatuhnya pada hari Khamis yang lalu, school aku buat perlawanan bola jaring,chess dan street soccer.. Hanya ada dua sahaja untuk boys and girls pilih yang mana satu mahu pilih..

untuk budak2 lelaki -> street soccer and chess ( tak mungkin budax2 lelaki mahu main bola jaring.. Errkk!Apa salahnya bukan?? )

untuk budak2 perempuan -> bola jaring and chess ( kalau nak bagi street soccer pun nampak macam tak sopan )

            Memandangkan peluang dah adeww depan mata.. Aku cuba masuk bola jaring. Disebabkan chess aku tak tahu nak main, nak senang kalah masuklah. Aku dipilih sebagai ketua kumpulan. Walhal,aku sebenarnya bukannya reti main sangat..Malah, ini first time  aku masuk bola jaring. Entah satu tempat larang untuk pemain macam kami ini pun aku tak tahu dimana..Selepas diberitahu oleh Aisyah tentang permainan ini.. Akhirnya,aku jadi ketua yang berdedikasi.. ( perasan kejap yer ) Aku dapat tahu dimana kawasan larangan,dan dimana-dimana.. ku harus mencari..cinta yang sejati.. tak mampu untuk ku milikki..hati...( opps!! aku dah masuk lagu pula..)
           
             Hmm.. Aku dapat tahu apa maksud....

C


Yang aku faham maksud center ini.. Kita kena berdiri di tengah court tu.. Pemain yang lincah.. Tak bley banyak lemak sangat sebab takut tak larat dan jatuh pengsan. Sorry buat yang terasa.. Tapi ini memang fakta. Takut korunk silap pilih center untuk group korunk dan akhirnya group korunk leh kalah.. Buat center dalam group aku.. Aku yang dipilih. Kata Aisyah,memandangkan aku ketua dalam group tu.. So,aku dipilih.

WA

Yang aku faham maksud Wing Attack ni ialah penyerang.. Alah, apa susah.. Serang sahaja.. Cuma jangan serang guna pistol dan perang sudah. Hanya gunakan bola.. Untuk W.A. ini kami sekumpulan serahkan pada Aishah Halim,Baiti dan Masyitah.. ( yang atas itu bukan diaorang yer )

GD

Yang aku faham maksud goal defence ni ialah lawan kita akan jaringkan goal.. So, kita akan kacau lawan kita hingga bola yang nak dimasukkan itu tidak dapat dimasukkan. Hurmm!! G.D. ini kami sekumpulan serahkan pada Izzati kerna kau yang satu..yang setia..... ( dah masuk lagu plak dah) kerana Izzati itu seorang yang tinggi dalam group kami..Senanglah nak kacau lawan kami..

GS

Yang aku faham maksud goal shooter ini ialah orang yang akan jaringkan bola dalam jaring goal.. Hurmm! Yang ini penting juga dalam perlawanan.. Kena pilih orang yang tinggi, okey!! Kami sekumpulan pilih Hanani kerana dia orang kedua yang tinggi dalam group kami. 

Karang dah habis segala tugas-tugas yang diberikan. Memang adewww lagi. Tapi itu tak penting dalam group kami.. Kalau nak tahu, group kami adewww tujuh orang. Aisyah Khalil dipilih sebagai G.S. 2.. 

Semakin bertambah masa, semakin terbakar kulit kami menunggu giliran.. Akhirnya, giliran kami sudah tiba. Tapi yang sedihnya kami haru berlawan dengan budax darjah 6. OMG!!! Gimana si?? Hurmm!! Kena berlawan juga!! Firstly, budak darjah 6 dapat satu mata,dan secondly group kami lak.. Sampailah markah 4-4 hati semua orang nak bersungguh-sungguh bagi dapat satu mata..  Alamak!! Geng darjah 6 dapat satu mata.. Kami bersungguh-sungguh untuk nak dapatkan satu mata.. Nak menang gak!!

Wheettt!!! Wisel dibunyikan tanda permainan dah tamat. Alah!! Group aku tak dapat kalahka mereka..Tapi tak aper, group 2  kelas 5A masih adewww... Tak jadi masalah.. Last sekali, group 2 kelas 5A dapat no. 3.. 

Pada hari itu, aku seronok sangat.. Aku berharap pertandingan macam ini masih adewww pada tahun hadapan..  Kalau korunk semua nak tahu kedudukan untuk pemain2 ini..... Macam ini...


Sampai disini sahaja aku kongsikan. Semoga korunk semua faham ekk!! Kalau tak faham lagi tugasannya, cuba komen dikotak komen okey! Insya-Allah, aku akan jawab soalan korunk semua.. Bye!!

Suka menaip x suka menulis,
           Ashya Aziz




3 comments:

Siti Aisyah Khalil said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ashya' said...
This comment has been removed by the author.
Siti Aisyah Khalil said...
This comment has been removed by a blog administrator.