Jari jemariku!!

Pertama sekali apabila nak tulis kena ucap assalamualaikum. Buat rakan-rakan atu pengunjung yang selalu atau kekadang atau tak tengok langsung.. Juga pada spy-spy diluar sana yang suka melihat blog saya. ( kalau tak faham sudah! Tak suruh difahamkan pun. ) Tajuk kita pada hari ini ialah jari jemariku.
           Ini bukan kisah pasal jari jemariku yang cantik,seni dan sebagainya. Ini adalah kisah yang menyedihkan. Jari jemariku terkepit di pintu.Mesti semua yang baca blog saya berkata dalam hati.. " Jari terkepit pun nak heboh!" betul tak?
           Kalau dah kata macam tu, tak payah baca pun tak apa. Saya reda jer! ( Ayat tak berapa nak sedih!Biasalah,saya ini bukan pandai feeling sangat macam sepupu saya! ) Menangis-nangislah baca buku novel. Okey,kita sekarang dah terkeluar tajuk. Sebenarnya, saya nak tengok sama ada bilik saya sudah kemas ke atau belum. Biasalah, saya nikan terlampau rajin. Selepas saya siap tegok bilik saya yang sentiasa bersepah dan kemas, saya terus tutup pintu. Angin yang kuat menolak pintu dan....
           "Owh! my finger!!!"Saya turun kebawah dengan larian ala-ala olahragawati samil terlompat-lompat. Ituah larian baru olahraga seperti saya! Confirm menang punya!Saya pun dengan keadaan tergesa-gesa tak fikirkan apa,terus turun ke dapur dan basuh tangan di sinki.Ibu saya melihat dengan penuh tanda tanya. Saya pun menceritakan dari A sampai Z dengan keadaa yang terlompat-lompat. Memang sakitlah.
            Nak tunggu apalgi?Letaklah satu botol minyak angin. Acewah!! lawak sahaja!. Letaklah sedikt minyak angin. Huhuhu, begitulah cerita yang menyedihkan dan menyakitkan.aduh! masih terasa lagi jariku yng seni ini menyerang kesakitan. Terasa kebasnya dn Ahh~!! Berdarah!! Cewh~lawak sahaja! Okey, saya perlu solat. Jumpa nanti dengan perbagai kerenah lagi di blog saya.Mugkin nanti kepala kelapaku pulak.Hehehehe...


Ashya' Aziz yang menulis