Gorgeous you : Kini Berwajah Baru

Assalamualaikum!
Yo Wazzupp!

Hye, korunk! Mesti korunk rindu dengan aku bukan?? Hahaha..Sorry,aku takder masa nak luangkan untuk menaip.Banyak cerita aku yang nak dikongsikan dekat korunk tentang percutian aku kali ini. Tapi,aku malas nak tulis.Sorry erkk!! 

                      Sempena tajuk aku kali mengikut tajuk buku Ain Maisarah.. Aku nak cerita tentang belog aku yang bertukar wajah. Muka aku pun sama.Hahaha,makin cantik,okey! *perasan kejap 

                       Cuti ni,aku pergi ke rumah cousin aku. Cousin aku ceritakan kepada aku pasal Exo. 


Yang ada tanda merah tuh dah ada,okey! Korunk jangan pandai-pandai nak ambil, okey! *amaran!

                       Asyik cakap fasal diorang jer!Cakap fasal tahun 2013 yang kini berwajah baru bagi aku. Mana taknyer.. Tahun hadapan aku ada peperiksaan besar.Dah berdegup kencang tau.Waktu tulis begini pun dah berdegup tau.. 


Korunk doakan aku erk,dalam UPSR ni! Aku nak sangat dapat 5A.Aku nak gembirakan hati mak ayah aku yang selama nih bagi minum makan pakaian dan tempat pada aku. Kalau tiada mereka mesti aku dah tak jawab UPSR lagi..Haha. Aku sayang korunk! Aku minta maaf banyak-banyak tau ! *dah macam nak mati pun ada! 

Tapi,aku harap kau korunk doakan aku yer.Aku berharap dapat 5A!Cemerlang dalam akademik dan agama. Berdebar!

Lupa nak beritahu korunk! Masuk tahun 2013,mak aku kata, ehem,ehem
" Twitter,Facebook,Blog tak buley bukak pada tahun hadapan okey!"

So,aku nak cakap.Bye,bye! Jumpa ditahun hadapan yer.. Aku akan miss korunk! So, byelah yer!Jumpe korunk!








Blog Walking..

Assalamualaikum..
Single Unavailable

Hmm.. Aku pun tak tahu kenapa mesti aku kena tulis Single Unavailable kat atas tu. Berbalik pada tajuk yang akau tulis diatas. Aku tengah BlogWalking karang ni.Maybe,aku akan follow saper-saper yang aku nak.. 

Nota Blog: Aku harap sapa yang baca ini bukan setakat baca,okey.Tapi follow sekali tau! Ekk!
Hmm, sekarang ini aku tengah cari blogger yang Hensem.. Dapat juga aku follow dan hurmm! hahaha.. Tapi sampai sekarang aku masih belum jumpa blogger yang aku idamkan..
*hargai ya this picture.. Aku buat penat2 tau..

Aku harap sangat aku dapat jumpa. Nanti kalau dah jumpa korunk jangan jelezzz tau!! Kalau dapat mamat atas ini pun lagi baguss!! Kalau sapa yang rasa dirinya handsome, datanglah follow saya yer.. Nanti saya nilai yer betapanya kehensemmannya itu.. Lalalala...

Ashya Aziz




Anugerah Skrin 2012

Assalamualaikum
Hye,korunk!

Anugerah Skrin 2012 ataupun lebih senang dipanggil ASK2012 baru-baru ini telah dibuat di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur.Hmm,ramai yang mengatakan ASK2012 kali ini membosankan dan malah ada juga yang menambah sebagai sampah!

Ada yang mengatakan kebosanan ASK baru-baru ini disebabkan pemilihan pengacaranya.Habis pengacara yang hadir terkena tempias dek isu ini. 

Selain itu, ada juga yang memuji-muji dengan persembahan kali ini dengan tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' (fairy tale) Dengan busana baju yang cantik seperti  Erra Fazira dan Neelofa. Selain itu,seleksi artis yang membuat persembahan pun tidak kurang hebatnya. Khabarnya,persembahan Misha Omar juga ada kelainannya.


Lakon TV terbaik
TV3-Dibawah telapak kaki bonda

Lakon Layar Terbaik Filem
Dain Iskandar Said-filem Bunohan

Laporan Khas/Berita Terbaik
Berita TV9-Bom Jangka

Drama Komedi Terbaik
Elly & Epit-Red Communications Sdn Bhd

Videografi Terbaik
Aku Mahu Terbang-TV3-Neon Entertainment (M) Sdn Bhd

Rancangan Realiti Terbaik
Jemputan Umrah (ep.1)

Rancangan Bual Bicara Terbaik
Bella: Labour Day Speacial

Anugerah Artis Harapan Pantene
Putri Balqis-Pelarian

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Sherry Merlis-Di Telapak Kaki Bonda

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Namron-Parit Jawa

Rancangan Hiburan Terbaik
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Lisa Surihani-Ombak Rindu

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Syafie Naswip-Songlap

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Maya Karin-Ombak Rindu

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Shaheizy Sam-Songlap

Rancangan Muzikal Terbaik
Anugerah Juara Lagu

Rancang Dokumentari/Majalah Terbaik
Dunia Tersembunyi-Rambu Solok

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Ruminah Sidek-Parit Jawa

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Abu Bakar Omar-Gincu Ayah

Pengarah Terbaik Filem
Fariza Azlina/Effendee Mazlan-Songlap

Anugerah Yasmin Ahmad
Pierre Andre

Drama Rantaian Terbaik
Jangan Ambil Padang Kami

Filem Terbaik
Bunohan-Apparat Sdn Bhd

Drama Terbaik
Di Telapak Kaki Bonda-Filmscape Sdn Bhd




Gardenia & Bonanza

Assalamualaikum!
Wink!Wink!

Mesti orang semua dah sedia maklum dengan tajuk yang tersiar. Gardenia & Bonanza!! 
Apa yang samanya setiap roti yang aku beritahu ini?

Gardenia: Sejenis roti yang sudah lama keluarannya. Sedapnya sampai sekarang tidak jemu dimakan. Plastik roti berwarna biru.
Bonanza: Sejenis roti yang baru keluarannya.. Gambar hadapan seiras-iras plastik roti Gardenia. Plastik roti berwana biru.

Sekarang korang dah sedia maklum ,bukan??Hmm.. Aku dah cuba cari gambar roti bonanza, tapi masih tak jumpa. Tak mengapa.

Itu sahaja entry aku kali ini. Mungkin korang akan lebih berhati-hati untuk membeli roti. Kenapa ekk?? Entahlah, aku pun tak pasti. Semoga cam ekk mana satu roti Bonanza dan Gardenia!!

Bye!!

Bermain Bola Jaring

Assalamualaikum, semua pengunjung blog aku!
           Petang yang tak berapa indah bagi diriku untuk aku ceritakan untuk korunk semua pasal bola jaring.. Kenapa? Apa yang hebat sangat tentang bola itu? Tak ader benda yang hebat pun tentang bola itu. Cuma baling dan terus masukkan kedalam goal.. Chupp! Tak semudah yang korunk fikirkan.. tak semudah petik jari korunk.. Sesusah petik jari orang yang kudung tangannya.. Argh!! Apa yang aku merepek ini??

            1 November jatuhnya pada hari Khamis yang lalu, school aku buat perlawanan bola jaring,chess dan street soccer.. Hanya ada dua sahaja untuk boys and girls pilih yang mana satu mahu pilih..

untuk budak2 lelaki -> street soccer and chess ( tak mungkin budax2 lelaki mahu main bola jaring.. Errkk!Apa salahnya bukan?? )

untuk budak2 perempuan -> bola jaring and chess ( kalau nak bagi street soccer pun nampak macam tak sopan )

            Memandangkan peluang dah adeww depan mata.. Aku cuba masuk bola jaring. Disebabkan chess aku tak tahu nak main, nak senang kalah masuklah. Aku dipilih sebagai ketua kumpulan. Walhal,aku sebenarnya bukannya reti main sangat..Malah, ini first time  aku masuk bola jaring. Entah satu tempat larang untuk pemain macam kami ini pun aku tak tahu dimana..Selepas diberitahu oleh Aisyah tentang permainan ini.. Akhirnya,aku jadi ketua yang berdedikasi.. ( perasan kejap yer ) Aku dapat tahu dimana kawasan larangan,dan dimana-dimana.. ku harus mencari..cinta yang sejati.. tak mampu untuk ku milikki..hati...( opps!! aku dah masuk lagu pula..)
           
             Hmm.. Aku dapat tahu apa maksud....

C


Yang aku faham maksud center ini.. Kita kena berdiri di tengah court tu.. Pemain yang lincah.. Tak bley banyak lemak sangat sebab takut tak larat dan jatuh pengsan. Sorry buat yang terasa.. Tapi ini memang fakta. Takut korunk silap pilih center untuk group korunk dan akhirnya group korunk leh kalah.. Buat center dalam group aku.. Aku yang dipilih. Kata Aisyah,memandangkan aku ketua dalam group tu.. So,aku dipilih.

WA

Yang aku faham maksud Wing Attack ni ialah penyerang.. Alah, apa susah.. Serang sahaja.. Cuma jangan serang guna pistol dan perang sudah. Hanya gunakan bola.. Untuk W.A. ini kami sekumpulan serahkan pada Aishah Halim,Baiti dan Masyitah.. ( yang atas itu bukan diaorang yer )

GD

Yang aku faham maksud goal defence ni ialah lawan kita akan jaringkan goal.. So, kita akan kacau lawan kita hingga bola yang nak dimasukkan itu tidak dapat dimasukkan. Hurmm!! G.D. ini kami sekumpulan serahkan pada Izzati kerna kau yang satu..yang setia..... ( dah masuk lagu plak dah) kerana Izzati itu seorang yang tinggi dalam group kami..Senanglah nak kacau lawan kami..

GS

Yang aku faham maksud goal shooter ini ialah orang yang akan jaringkan bola dalam jaring goal.. Hurmm! Yang ini penting juga dalam perlawanan.. Kena pilih orang yang tinggi, okey!! Kami sekumpulan pilih Hanani kerana dia orang kedua yang tinggi dalam group kami. 

Karang dah habis segala tugas-tugas yang diberikan. Memang adewww lagi. Tapi itu tak penting dalam group kami.. Kalau nak tahu, group kami adewww tujuh orang. Aisyah Khalil dipilih sebagai G.S. 2.. 

Semakin bertambah masa, semakin terbakar kulit kami menunggu giliran.. Akhirnya, giliran kami sudah tiba. Tapi yang sedihnya kami haru berlawan dengan budax darjah 6. OMG!!! Gimana si?? Hurmm!! Kena berlawan juga!! Firstly, budak darjah 6 dapat satu mata,dan secondly group kami lak.. Sampailah markah 4-4 hati semua orang nak bersungguh-sungguh bagi dapat satu mata..  Alamak!! Geng darjah 6 dapat satu mata.. Kami bersungguh-sungguh untuk nak dapatkan satu mata.. Nak menang gak!!

Wheettt!!! Wisel dibunyikan tanda permainan dah tamat. Alah!! Group aku tak dapat kalahka mereka..Tapi tak aper, group 2  kelas 5A masih adewww... Tak jadi masalah.. Last sekali, group 2 kelas 5A dapat no. 3.. 

Pada hari itu, aku seronok sangat.. Aku berharap pertandingan macam ini masih adewww pada tahun hadapan..  Kalau korunk semua nak tahu kedudukan untuk pemain2 ini..... Macam ini...


Sampai disini sahaja aku kongsikan. Semoga korunk semua faham ekk!! Kalau tak faham lagi tugasannya, cuba komen dikotak komen okey! Insya-Allah, aku akan jawab soalan korunk semua.. Bye!!

Suka menaip x suka menulis,
           Ashya Aziz




Banyaknya!

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog Ashya Aziz.
           Acewah!!Dah jadi pengacara plak!Hmm, lepas habis peperiksaan tak ada apa yang nak dibincangkan. Hanya main dan sesekali cikgu ada bagi kertas untuk disemak.banyak juga buku yang aku baca tapi..hmm, satu sahaja yang aku dapat habiskan..Antara buku yang aku baca ialah..



dan..buku yang sempat aku habiskan...


ada lagi.. tapi aku malas nak tunjuk.. mahu sembunyikan identiti aku.. mana bley bagitahu semua.. nanti heboh satu Malaysia.. Ek Eleh!! Ashya, kau bajet kau tu artis ker?Hurmm..


              Kenapa ekk?? Semenjak-menjak ini aku nak sangat banyak followers??Mungkin aku jealous dengan kawan aku.. dengan kak nisakay.. oppss!! Kak Nisa Kay itu memang dah glamour..Hmm.. saper2 yang baca entry aku kali ini.. Banyakkanlah berdoa semoga aku ramai followers,okey! Jangan korang doa sahaja tapi korang pun entah follow ker tidak.. Hurmm!

Setakat ini sahaja entry aku.. Semoga bertemu di lain lembaran!

AshyaAziz

p\s: Lupa aku mau ucap.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Panjat Tangga

Assalamualaikum..
        Mesti korang fikir entry kali ini membosankan bukan?Hmm, entahlah. NeverMind. Sebenarnya,aku ialah calon UPSR pada tahun 2013. Hmm.. kena naik tangga lagi untuk sampai ke kelas darjah enam ditingkat tiga. HUH!

Dalam fikiran aku pun hanya ada......

Mampukah aku??Hmm??Macam mana pula waktu ambil keputusan peperiksaan UPSR?? Adakah macam ini...

ataupun..


Ya-Allah, Bantu lah hamba mu ini..

Ashya Aziz




Cuti-cuti Photograph

Assalamualaikum..



Hmm!! Selama ini entry aku banyak berkaitan denga benda-benda yang tak sepatutnya yang korang malas nak baca. Jadi pada hari ini aku nak kongsi entry blog aku yang baru.
Sebenarnya, cuti tiga hari minggu lepas, cuti padahari Jumaat,Sabtu dan Ahad.(30,31 Ogos dan 1 Sept) aku berpeluang mengikuti rombongan sekolah ke Cameron Highland, Pahang dan Lumut,Perak.
Malam itu, ak bersiap sakan. Macam ahu tinggal disana selama sebulan. Aku bawak banyak baju. Sebab... hmm.. Aku malas nak taip panjang2. Adalah sebabnya. Okey,malam itu juga,keluarga aku gak sibuk berkemas sebab diaorang nak pi KL. Dah siap.. Sampai sekolah aku lebih kurang kul 10 malam.
Dalam perjalanan pada malam itu, kami berhenti di kedai minyak Shell dulu. Aku turun nak beli air mineral. Dahaga sangat. Dekat Shell itulah, aku nampak banyak mat-mat motor .. Aku kata kat kawan-kawan aku.Sistem Pencarian Jodoh ada di kedai minyak Shell. Nak yang mana? Dari hitam ke putih.. semua ada.Hehe..

Besuk itu kami sampai dalam pukul 5 pagi. Memang sejuklah.Selesai bersugi dan mengambil wuduk,aku solat berjemaah bersama-sama di Masjid Brinchang. Selesai dari itu, kami disuruh menukar pakaian(takut busuk plak). Selesai menukar pakaian,kami breakfast di sebuah medan selera.Aku hanya makan nasi goreng bodoh dan air suam.Lepas makan itu, kami semua diminta beratur dan bergerak perlahan-lahan untuk menuju ke bas. Sempat lagi berposing.....Jangan tak tahu!



Ini aku dan kawan aku ,Naurah Insyirah.Aku yang paling oppa ghangnam style. Yang kawan aku plak, gadismelayuterakhir.


Yang ini pulak kawan-kawan aku. Aku yang jadi photographer meraka. Sorry, background belakang tak cantik.

Bas mula bergerak perlahan-lahan dan semakin lama semakin biasa. Kami sampai di Agrotechnologi Park di mardi.Fisrtly, aku pergi ke Ladang Strawberry.Gamb
ar yang aku tangkap pun ader, dan gambar yang kawan aku tangkap pun ader.



Smile :)






Yang ini aku yang tangkap. Cantik bukan?? ngeh..ngeh..





yang ini kawan aku yang tangkap.Cantik tak?? hmm.. hehehe..

Lepas dari melawat ladang strawberry, aku ke taman bunga pula. Kalau nak tahu disana ada macam-macam. Taman Bunga,Ladang Teh,Ladang Strawberry dan banyak lagi.Yang ini aku ditama bunga.

Cantiknya pic ini.



Aku pun dah tak tahu apa dah jadi dengan bunga ini. Kena chicken pox kot.






Cantik tak bunga ini? Kawan aku yang tangkap. Bunga pink itu aku.Hehehe..

Selesai ke Agrotechnologi Park, kami pergi ke pasar malam yang berdekatan dengan hotel kami.*nama pasar malam,tapi kami pergi petang. Selesai membeli makanan, kami check-in di Hotel Pines And Roses.Kami duduk bersantai dan macam-macam lagi. Keesokkan harinya, kami pergi ke Taman Lebah. Disitulah tempat yang paling best aku jejaki di Cameron Highlands waktu rombongan sekolah ini. Aku masuk ke Sarang Sesat. Kami dikenakan dua ringgit setia seorang. Aku dan kawan ku, Sehah masuk kedalam.Kalau nak tahu, kami dua owg jer perempuan. Yang lainnya semua lelaki termasuklah ustaz.Firstly, aku dan Sehah masuk dalam sebuah lorong.

Lorong disitu gelap sangat. Keaddan tengah kelam-kabut. Kami bercadang berpatah balik
mengikut ustaz. Ahh!! Ustaz kami pun path balik tempat yang semula. Aku kata kat Sehah, jom masuk lorong tadi.Kami masuk dan dibelakang kami beberapa lelaki yang x handsome mengikut kami. masuk dalam itu, kami jumpa pintu. Lalu kami buka pintu itu dan kelihatan abang rambut sarang tebuan tengah lihat kami. Dia suruh kami cop dahulu kertas yang dihulurnya sejak awal lagi di salah sebuah meja di sarang sesat terssebut. Dalam keadaan tengah mengcop,aku terdengar suara ustaz menjerit, "ikut sini!"

Selesai mengcop, aku begegas keluar ke tingakat paling atas, menuju kearah cashier untuk mengambil hadiah. Akhirnya,sampai juga.

Kami pergi ke TeaBharat. Nak tengok pemandangannya?Sini!





Eh!! silap gambar pula!!hehe


Lepas ke TeaBharat. Kami menuju ke sebuah pasar. Dan ke LUmut. Di Lumut, aku ingat ker pergi Teluk Batik ker, aper ker. Rupa-rupanya kitaorang sempat ke Lumut Waterfront.Aku baru bercadang mahu beli sesuatu di Teluk Batik. Last sekali, tak beli aper pun.
huhuhu.. Siannya!!

Okey ah! Takat ini saja. Aku penat menaip nih tahu. Mengambil masa tiga hari untuk aku siapkan. So, korunk kena bersyukur dengan penat aku ini. Kalau tak, aku punya blog jadi kosong dan tak ada entry yang best untuk korunk.

Okey,
Ashya Aziz

Selamat Berpuasa!




Hmm..Dah lama sangat kan Ashya tak post perkara yang baharu. Sebenarnya, tiada yang menarik pun.ak bnyak.. Bukan tak ader langsung. Tapi.. Malaslah nak citer sebab takut erkeluar tajuk.. Alah! Macam karangan bahasa melayu. Mana boleh buat sesuka ati jer... Nanti filedlah.. Haisy! Okey!! Sekarang baper ari bulan ekk?? Owh! Ashya masih belum hilang ingaan.. Hari nih 21/7/2012. Bermakna hari nih umat islam di Malaysia sedang berpuasa...Sebenarnya tujuan menulis nih nak UCAP..

tunggu jap.. jangan tutup lagi...



Dah habis.. Nak lagi??! Cari sendiri Ahh!
Okeylah! Sampai sini jer tau!! Jangan lari kemana-mana..


Yang menaip,

Ashya’ Aziz


p/s: So sorry sorry ya! Kalau saya ada menggoriskan hai saper saper..

Jari jemariku!!

Pertama sekali apabila nak tulis kena ucap assalamualaikum. Buat rakan-rakan atu pengunjung yang selalu atau kekadang atau tak tengok langsung.. Juga pada spy-spy diluar sana yang suka melihat blog saya. ( kalau tak faham sudah! Tak suruh difahamkan pun. ) Tajuk kita pada hari ini ialah jari jemariku.
           Ini bukan kisah pasal jari jemariku yang cantik,seni dan sebagainya. Ini adalah kisah yang menyedihkan. Jari jemariku terkepit di pintu.Mesti semua yang baca blog saya berkata dalam hati.. " Jari terkepit pun nak heboh!" betul tak?
           Kalau dah kata macam tu, tak payah baca pun tak apa. Saya reda jer! ( Ayat tak berapa nak sedih!Biasalah,saya ini bukan pandai feeling sangat macam sepupu saya! ) Menangis-nangislah baca buku novel. Okey,kita sekarang dah terkeluar tajuk. Sebenarnya, saya nak tengok sama ada bilik saya sudah kemas ke atau belum. Biasalah, saya nikan terlampau rajin. Selepas saya siap tegok bilik saya yang sentiasa bersepah dan kemas, saya terus tutup pintu. Angin yang kuat menolak pintu dan....
           "Owh! my finger!!!"Saya turun kebawah dengan larian ala-ala olahragawati samil terlompat-lompat. Ituah larian baru olahraga seperti saya! Confirm menang punya!Saya pun dengan keadaan tergesa-gesa tak fikirkan apa,terus turun ke dapur dan basuh tangan di sinki.Ibu saya melihat dengan penuh tanda tanya. Saya pun menceritakan dari A sampai Z dengan keadaa yang terlompat-lompat. Memang sakitlah.
            Nak tunggu apalgi?Letaklah satu botol minyak angin. Acewah!! lawak sahaja!. Letaklah sedikt minyak angin. Huhuhu, begitulah cerita yang menyedihkan dan menyakitkan.aduh! masih terasa lagi jariku yng seni ini menyerang kesakitan. Terasa kebasnya dn Ahh~!! Berdarah!! Cewh~lawak sahaja! Okey, saya perlu solat. Jumpa nanti dengan perbagai kerenah lagi di blog saya.Mugkin nanti kepala kelapaku pulak.Hehehehe...


Ashya' Aziz yang menulis